Want your
own Fotopage?

























































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 30-Aug-2010 03:26 Email | Share | | Bookmark
Tempahan Popia Serunding Daging dibuka....

 
Salam Ramadhan buat semua.. & selamat berpuasa diucapkan...

IKLAN
Maaf ye sebab aku nak letak iklan sikit kat sini.. Iklan untuk membantu rakan dlm bisnes sempena raya nih yer.. bukan aku yang buat ni... cuma tolong edarkan aje.. & yang penting.. POPIA SERUNDING DAGING ni memang sedappp!! Serunding import terus dari Kelantan

Popia simpul serunding daging
Harga 1 bekas (><450 - 500 gm) = RM20.00



Jika ada yang berminat nak order POPIA SERUNDING DAGING ni bolehlah emailkan kepada ratna@zagro.com

HARAP MAKLUM... TEMPAHAN HANYA DIBUKA KEPADA MEREKA2 YANG BOLEH SELF PICKUP ONLY...

Lokasi MaDiHaA: Bandar Sunway, Petaling Jaya



UNTUK ENTRY TERBARU SILA SCROLL KE ENTRY DI BAWAH

hai..tengok gulai ikan akak ni ingat tentang NASI BERLAUK kat kelantan pagi2 saya memang suka sangat beli nasi berlauk gulai ikan macam akak masak ni. saya mintak pula kat mak cik yang jual nasi tu suruh letak kacang dan timun banyak2. Fri 27-Aug-2010 17:47
Posted by:wila  - [Link]
Air Max 90 Deluxe baroque brown baroque brown metallic gold $68.99.
Air Max 90 Mens Black Red $68.99 ,Mens Nike Air Max 90 White Silver $68.99 http://www.shoes-vip.com/mens-nike-air-max-shoes-c-161.html
Sat 28-Aug-2010 02:44
Posted by:cao cao250@yahoo.com
Sejak2 tinggalkan dunia fb, lama betul tak menjenguk umah kengkawan.....sihat ke? terliur lak tengok lauk2 yang bermacam2 nih....berkeroncong lak perut.....nina nak ucapkan selamat berpuasa (hehe...dah nak abis pose dah pun) dan selamat hari raya....maaf zahir dan batin ya jika ada....... Thu 2-Sep-2010 08:16
Posted by:Nina @ babybatriesyia  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 24-Aug-2010 07:48 Email | Share | | Bookmark
Berbuka yang ringkas2 saja....

 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Puasa tahun ni takde mood ler nak ambik gambar kesemua juadah berbuka kat atas meja mcm tahun2 lepas. Masa betul2 tak mengizinkan... Ambik gambar mana2 yang sempat ajelah... jangan ke tidakkk Lagipun.. tak sempat sgt nak buat kuih muih hari2 bekerja... semua main beli jer.. masak lauk pauk pun dah lepas berbuka... layan jelah apa yg ada ni.. semuanya resepi2 ringkas.. hehe..

Buat gulai ni sebab teringin sangat... ada kuah lebih esoknya buat jemput2 bilis... jadik ler rezeki hari tu kan...


Inilah jemput2nya........ Aku tak kira orang nak ckp apa.. nak masukkan juga resepi jemput-jemput bilis versi aku nih walaupun ni kuih yg paling mudah kat dlm dunia nih.. Bak kata Kak Su Mersing.. ini adalah antara kuih teknologi rendah.. hehehe... Tak kisahlah tu.. bukan apa.. anak2 suka sangat makan jemput2 ni... so.. biarlah aku masukkan resepi sini senang diaorang buat rujukan di masa2 akan datang.. lagipun.. lain orang lain cara membancuh jemput2 ni walaupun namanya sama... betul tak? Kami satu family memang suka jemput2 ni sebab lembut.. tambah2 bila dpt cicah ngan kuah gulai lebihan semalam.. tak kisahlah kuah gulai apa pun.. kalau takde sangat.. cili sos ler pilihan terakhir.. aku buat ni utk berbuka beberapa hari yg lepas.. mmg layan.. jom intai2 resepi.. sama tak ngan resepi u all?

Quote:
JEMPUT-JEMPUT BILIS

Bahan2
500 gm tepong gandum
Segengam ikan bilis kopek (angaran 3/4 cawan) ~ dimesin kering hingga halus
1 biji telur (gred A)
2 labu bawang besar ~ didadu
10 tangkai daun kuchai ~ potong 1 inci
2 gengam taugeh/kobis yg dihiris halus
1 sudu kecil garam
3 cawan air (agak2 le sendiri)
Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara2
Campurkan ke semua bahan2 di atas.. dan bolehlah digoreng hingga garing. Angkat toskan & hidang dengan pencicah kegemaran.


Sempoi tp sedap!


Hah... ni satu lagi kuih ala2 nak buat jemput2.. cuma cara memasak je lain sikit.. cara membancuh tu mmg sebijik mcm nak buat jemput2.. hehehe... Nilah dia.. muffin epal permintaan kakak Dini yg sedang berpuasa. Layanlah jugak walaupun kurang rajin nak membaking skrg nih.. tapi disebabkan nak latih anak berpuasa.. rajin2kan jugak buat sebab anak2 pun ada keinginan macam kita jugak..

Resepi asal sebenarnya resepi muffin kiwi yang aku ambil dari blog MamaFaMi yang beliau ambil dari All Recipes dot com.. Walaupun buah kiwi dok ada tergolek2 2 biji dlam peti ais tu.. ibunya kena mengalah sebab anak mintak muffin epal.. nasib epal hijau pun ada lagi 2 biji lebihan buat acar epal tempohari.. Sedap muffin ni makan panas2.. sebenarnya aku buat muffin ni dah pukul 10.30 mlm... godek2 kejap je dah pun siap.. ala2 jemput2 ler katakan..hehe so.. bila masak aje.. terus ler boleh dimakan.. nak buat sebelum berbuka memang tak sempat lor... TQ Tim Fink & MamaFaMi untuk resepinya yer.. mmg sedap.. maaf sbb ada tambah/tukar sikit bahan dlm muffin nih..

Quote:
APPLE MUFFIN
Source : Tim Fink of AllRecipes dot Com
Copy dari mamafami fp

Ingredients :

1 cup all-purpose flour
1/2 cup sugar
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon baking powder (MaDiHaA tambah)
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/4 teaspoon ground allspice (tak letak)
Dash salt
1 egg
1/2 cup milk
2 tablespoons butter or margarine, melted
2 kiwifruit, peeled and chopped (tukar ke 2 biji epal hijau)
1/2 cup raisins (tak letak)

Method :

1. In a bowl, combine the dry ingredients.
2. In another bowl, beat the egg, milk and butter. Stir into dry ingredients just until moistened.
3. Fold in kiwi and raisins.
4. Fill paper-lined muffin cups three-fourths full.
5. Bake at 425 degrees F for 15-18 minutes or until a toothpick comes out clean.
6. Cool for 5 minutes before removing from pan to a wire rack.


Tengok ni... anak dara ku yg kecik berselera sungguh mkn muffin nih... hampir habis sebiji dia makan..(tp bukan anak dara ni yg mintak muffin ni ye.. hehehe) ada video yg ku ambil masa dia makan muffin ni........ tapi tak reti nak letak kat sini lor...



Kat bawah ni pulak.. kue teow goreng resepi ambil dari blog Nuanza... memang sedap sesangat wehh!! Berbaloi2.. TQ Nuanza resepinya yer... akak dah edit sikit resepi ikut kuantiti 1kg kue teow..

Quote:
KUE TEOW GORENG
Sumber : Nuanza

Bahan2
1 kg kue teow
4 sudu rata serbuk cili ~ bancuh ngan air (nak pedas sikit leh lebihkan)
10 ulas bwg putih ~ tumbuk
1 kg kerang ~ rebus & ambil isinya
400 gm udang ~ buang kepala & bersihkan
4 biji telur
2 ~ 3 genggam tauge (letak lebih)
10 pokok kucai
1/2 sudu teh minyak bijan
5 sudu kicap pekat
7 sudu kicap masin
3 sudu kicap manis
Minyak utk menumis (dlm 2/3 cawan ~ agak2 je nih)

Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak lalu tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan pes cili
kacau hingga wangi.
2. Masukkan minyak bijan dan semua jenis kicap. Kacau2.
3. Masukkan telur yg dipukul sedikit & biarkan telur membeku sedikit sblm dikacau hancur. Pastu masuk udang & kerang.. biar kejap dalam 2 ~ 3 minit.
4. Masukkan kue teow yang dilerai2kan, tauge dan kucai & kacau biar sebati.

Nota: Kalau rasa2 kurang masin tambah kicap lg.. tapi resepi ni MaDiHaA dah siap tulis yg MaDiHaA tambahkan kicap2 tu.. so kalau anda seorang yg pemasin bolehlah tambah lg kicap.. Nak sedap lagi, tumbuk cili api + kicap.. atau boleh jugak dimakan dengan jeruk cili hijau... yummy...)



Dan terakhir untuk hari ni.. resepi mudah yang diperbuat dari roti......... pun sedapp.. anak2 memang suka kuih2 gini.. kakak Dini suruh buat lagi... Resepi aku ambil dari blog Lizahanum... TQ Liza... akak C&P kat FP akak pulak resepinya yer..

Quote:
BEBOLA ROTI GORENG
LIZAHANUM

Bahan-Bahan
14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ didadu halus2
sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan

Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya.. masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.


Sekian sahaja untuk hari ni & selamat berpuasa...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

RE: OOO AKAK ADA BERANGAN NK BUATLAH YEA.....TAK APA NEXT TIME, AKAK CUBA YEA.....
SY PUN MCM TU JUGA KAK.....MINTA MAAF KLU ADA YG TERKASAR BAHASA....DAN SEMOGA SYAWAL NE MEMBAWA RAHMAT BUAT AKAK SEKELUARGA...
Thu 2-Sep-2010 08:14
Posted by:AZURA79  - [Link]
re: sya jg ingin mengucapkan slmt hari raya, maaf zahir & batin buat kak Ma sekeluarga...
seronoknya nk blk kpg kn...mcm sya kpg dekat je...dlm 15 minit dh sampai....
kak Ma blk kpg berhati2 di jln raya....biar lambat asal selamat.......

tu la, skrg ni ramai yg dh mula meninggalkan fp....rasa sunyi sepi je...sya pn mcm
kak Ma jgk, hnya bertandang ke fp kwn2 yg msh aktif aje....tp sya sendiri pn skrg ni
mcm dh mls je nk update fp...heheh...sdgkn byk lg gambar2 yg beratur utk dipublish...
apa2 pn kita raya dulu...nanti dh lps raya br sya publishkn semua gambar2 tu.....
Thu 2-Sep-2010 15:50
Posted by:baayah  - [Link]
Selamat hari raya buat Ratna sekeluarga. mohon maaf jika ada salah silap....
Ratna bila balik kg ? slmt bertemu keluarga dikg....
sy mula bercuti 8 Sept..
Mon 6-Sep-2010 00:33
Posted by:Mamasya  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Wednesday, 18-Aug-2010 02:59 Email | Share | | Bookmark
Pajeri Terong, Telur Bungkus & Kuih Lipat

 
 
 
View all 5 photos...
Salam semua...

Hari ni ada beberapa menu ulangan yang mungkin dpt memberi idea pada kawan2 untuk di masak sebagai juadah berbuka.......... layan........

Antaranya ialah pajeri terong yang menjadi feberet aku ni Aku masukkan juga resepi sekali lagi untuk rujukan kawan2...

Quote:
PAJERI TERONG

Bahan2
7 ~ 8 biji terung panjang saiz sederhana/kecil [buang tangkai & belah dua tapi jangan putus ~ sila check juga kalau2 isi terung diserang ulat yer.. silalah buang bahagian tersebut ~ cuci bersih]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk (nak hiris pun buleh)
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk] (tak letak pun masih sedap jugak)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang (aku tambah)
1 biji buah pelaga (aku tambah)
3 kuntum bunga cengkih (tambah ini juga)
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak (aku lebihkan sikit)
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (guna yg goreng sendiri lebih sedap!)
Garam secukup rasa
serbuk perasa (aku tambah)
sedikit air asam jawa (aku tambah gak.. sikit je.. kalau buat pajeri nenas, kedondong atau mangga muda tak perlu letak dah asam jawa)

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, air asam jawa dan garam serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan terung. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta terung agak lembut.
5. Sedia dihidangkan.



Ini pula telur bungkus.. walaupun simple tetapi tetap menyelerakan...

Quote:
TELUR BUNGKUS

Bahan2
3 biji telur
1 ketul dada ayam - didadu isinya saja
1/2 batang carrot - potong dadu
1/2 biji cili capsicum - potong dadu
3 helai daun kobis - racik halus
(sayuran boleh digantikan dgn apa2 jenis sayur yg anda suka.. spt kubis bunga, brokoli, buncis atau apa2 sj. kali ni MaDiHaA hanya ada stok carrot & kacang peas dlm tin.. so guna 1 btg carrot & 1 tin kcg peas kecil)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
sos cili
sos tiram
garam sket
perasa
air sikit
minyak

Cara2
-Panaskan minyak, tumiskan bwg putih, bwg besar & cili kisar hingga wangi.
-Masukkan isi ayam, kacau2.. tambah air sikit jer.. kacau kejap biar ayam masak.
-Masukkan sayuran semua kacau lagi.
-Masukkan sos tiram, sos cili.. agak2 yer.. ikut byk mana suka.
-Masukkan serbuk perasa. Masukkan garam jika perlu. Biar kering sket.
-Bila sayuran dah masak.. bolehlah di tutup apinya.

Cara Menyediakan Telur Bungkus
-Pecahkan telur, campur 1 sudu besar air dalam telur, garam.. kacau2 bagi rata.
-Sediakan kuali.. lebih bagus non stick pan. Kalau kuali biasa.. bubuh minyak sikit sapu dengan daun pandan.. jangan byk nanti tak boleh nak dadar nipis.
-Bila kuali dah panas.. tuangkan telur dlm kuali.. kemudian angkat kuali dan pusing/lenggang kuali bagi telur jadi nipis dan lebar. macam kita buat kuih dadar. (guna kain pengalas yerrrr puan2.. panas telinga kuali tu )
-Bila dah masak.. guna sudip terbalikkan telur.. hati2 nanti telur pecah..
-Bila dua2 belah telur dah masak.. tutupkan api.
-Ambil sayuran yg dimasak tadi dan tuangkan atas telur tadi (telur dadar masih dlm kuali yer puan2)
-Lipatkan kiri kanan, atas bawah telur supaya jadi telur bungkus 4 segi.
-Ambil pinggan hidangan dan tekapkan pd telur tadi. Maksudnya terbalikkan pinggan tu atas telur/dlm kuali.
-Kemudian tangan kanan pegang tangkai kuali (bagi non stick pan) sambil tangan kiri pegang pinggan tadi (pegang kuat2 yer nanti jatuh tak tauuuu ) Bagi kuali biasa pun boleh buat gak.. tapi kena pegang kuat2 telinga kuali tu.. dan hati2 jangan terkena tangan anda... kuali tu masih panas.
-Dengan kadar cepat.. terbalikkan kuali tersebut.. maksudnya pinggan dah berada di atas tapak tangan kiri kita dan kuali pulak dah jadi terbalik.. angkat kuali pelan2.. and.. taraaaaaaaaa... jadilah telur bungkus...



Thanks to my mum yg ajar cara2 'membungkus' ni.. cara ni jugak yg dia selalu buat masa dia buka kedai mkn tak lama dulu.. (skrg dah pencen.. hehe)


Kuih lipat ini pula baru pertama kali mencuba.......... thanks to Mariam berkongsi resepi...
Sebenarnya tuan punya resepi bagi nama kuih tangkup.. tapi aku dah pepandai edit kepada nama kuih lipat kat gambar tu.. hehe.. takpelah ye Mariam sebabnya menurut Mariam dia pun tak tau apa nama sebenar kuih ni.. dia main taruk jekk.. yang akak pulak dah lupa nama yang Mariam taruk tu tp dlm kepala ni dok ingat kat nama kuih lipat.. hehehe... belasah jelah ye... apa2pun.. tq ye Mariam sebab berkongsi resepi kuih2 lama ni.. & mintak maaf di atas perubahan pd nama kuih tu... Kalau tak silap.. dlm FP Kak Rus ada gak kuih yg serupa ini dan dinamakan dengan apam perlis... Jom tengok resepinya.. tapi ada ubah suai sikit kat resepi ikut cara Wila.. harap Mariam tak kecik ati yekk..

Sebenarnya kuih ni bukan buat utk berbuka.. tp kuih ni dah lama dah pun buatnya.. tu yg masa edit nama tu dah tersilap tu.. hehe..

Quote:
KUIH LIPAT

Sumber : mariam FP

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)

Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)

Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.



Sekian dulu utk hari ni... selamat berpuasa...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

Pajeri terung tu mmg sedap.....sekali cuba mesti nk tambah lagi.... Sat 21-Aug-2010 17:59
Posted by:RnZ Photo JB  - [Link]
re~harap2 ayah chik tu dpt sihat blk smlm doc dah bawak keluar wad biasa lps operate tp masih tak sedar2 gak last2 ari ni masuk ICU blk masih koma lagi.mama dah mula ingatkan pasal arwah tok ki yg kena accident dlm bas lepas tu meninggal pastu teringatkan arwah ayah ngah yg accident gak lepas tu ni ayah chik pulak seme nya accident jln yg sama cuma simpang aje yg berlainan mcm tok ki simpang no1 ayah chik simpang no2 ayah ngah lak simpang no 3.harap2 ayah chik cepat sembuh lah tp tak tau lah doc pun tak bg tau apa2 Mon 23-Aug-2010 08:46
Posted by:ida  - [Link]
sya sepanjang puasa ni rajin jgk trn ke dapur tp malas btl nk amik gambo....
msa thn lps rajin jgk sya tayang n3 makanan time puasa...
la ni, malas dh tahap gaban....
sedap tgk telur bungkus tu.......
kuih lipat tu mmg x penah mkn lg.......
Fri 27-Aug-2010 04:28
Posted by:baayah  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Monday, 16-Aug-2010 07:19 Email | Share | | Bookmark
Award dari Suhaya & Resepi2 tertunda lagi...

 
 
 
View all 5 photos...
Salam semua...

Kita teruskan jelah ngan resepi2 tertunda ni ye.. tertunda ni maksudnya.. resepi2 yang dah lama dimasak iaitu sebelum masuk bulan puasa lagi ni.... hehe.. layan jelah yer sbb tuan rumah takde mood nak bercerita sgt hari ni... hahh... tapi sebelum tu... nak masukkan dulu award yg aku dpt dari Suhaya ni sebab berjaya jadi 1st commentor... TQ Sue...




Quote:
GULAI UDANG DENGAN PERIA BERINTI

Sumber : Kak Amal Thanks kak Amal..
Bahan2nya:
1 bungkus rempah kari udang/ketam ADABI (guna rempah ikan aje)
8 biji bwg merah -ditumbuk
2 biji bwg putih -ditumbuk
1 inci halia -ditumbuk
1 sudu kecik kerisik (guna kerisik buat sendiri lebih sedap)
RM 1.00 santan pekat
1 keping asam keping (MaDiHaA tambah)
air ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
2 biji peria ( di potong bulat 2 atau 3 bhg dan direbus selama 5 minit dgn air + garam)
Udang sedang dlm 10 ekor. (letak lebih.. hehehe)
Garam secukup rasa.
1 biji kentang

Untuk Inti Peria
Isi kelapa putih dlm RM 1.00
2 biji cili merah
1 biji bwg besar
1 biji telur (letak 2 biji)
sedikit jintan manis dan sedikit jintan putih dan garam secukup rasa

(Diblender semua ini kecuali telur hingga halus keluarkan inti ini dari blender ke dlm bekas lain dicampurkan dgn sebiji telur, gaul rata dan dimasak sekejap) kmal masuk dlm micro. dlm 2 minit. (MaDiHaA terpaksa blender dicampur sedikit air.. kemudian masak dalam kuali hingga agak kering..)
sumbatkan inti dlm peria dan tutupkan lubang kedua belah peria dgn potongan kentang.

Caranye:
Campurkan rempah kari dgn bahan tumbuk dan kerisik..+ sedikt air jadikan pes.
Panas minyak..tumis pes rempah hingga garing, campurkan santan dan air ikut kepekatan yg dikehendaki..kacau selalu takut kuah berketul, masukkan peria yg telah disumbat inti..kacau pelan2, Masak hingga peria & kentang empuk. Masukkan udang & asam keping...masak hingga mendidih, rasakan garam dan siap.




Resepi seterusnya... Siomay Meesua... kuih ni pun buat sebelum puasa tempohari..
Dah lama sangat2 dah teringin nak buat kuih ni. Berkenan sejak pertama kali tengok dalam majalah Sedap keluaran pertama tahun 2008 lagi uu.... Tu dia.. 2 tahun memendam rasa.. hehe.. akhirnya menjadi jugak.. Bukan apa.. terlampau curious utk tahu bagaimana keunikan rasa kuih ni... biasanya siomay diperbuat dari kulit siomay.. tapi kali ni diperbuat dari meesua... unik kan? Hmmm... bila dah siap.. nampaknya.. tak berapa kena pulak dengan selera aku.. hehehe.. tapi tak taulah ye sebab aku tak buat kuah kacang pencicahnya tu.. aku cuma buat kuihnya saja lepas tu cicah dengan cili sos.. ni sebab dah malas nak goreng kacang.. haha.. aku rasa kalau cicah ngan kuah kacang mungkin sedaplah kot.. aku tak masukkan resepi kuah kacang tu sebab rasa mcm kompius sikit dengan resepinya.. aku rasa kalau sesapa nak cuba buat.. buat je cicah dengan kuah kacang/ kuah satay tu.. sure sedap... so kat sini aku cuma masukkan resepi kuihnya saja.. resepi kuah kacang tu.. u all buat je kuah kacang nasi impit tu ye... (itupun kalau ada yg nak buat ler.. keh keh keh..)


Quote:
SIOMAY MEESUA
Sumber : Majalah Sedap Vol. 1, Bil. 1

Bahan2
100 gm meesua, dicelur dan dipotong2 (celur kejap je)
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus
50 gram isi udang ~ dicincang
50 gram tepung sagu (aku guna tepong jagung)
1 biji telur ~ dipukul ringan
50 gram lobak merah ~ diparut kasar
3 ulas bawang putih ~ dikisar/ tumbuk lumat
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudh teh serbuk stok ayam
50 ml air

Cara2 Membuatnya
1. Kacau rata semua bahan2 sehingga rata. Panaskan kukusan.
2. Gliskan acuan apam yg kecil2 tu dengan sedikit minyak masak. Masukkan adunan yang digaul sehingga penuh acuan dan susun dlm tray kukusan.
3. Kukuskan selama 25 minit / sehingga benar2 masak.
4. Keluarkan kuih dari acuan setelah kuih suam2 sedikit.
5. Hidangkan dengan kuah kacang/ kuah satay.

Nota MaDiHaA : Jika nak buat lagi.. rasanya lebih sedap sekiranya bawang putih & bawang besar ditumis dengan sedikit minyak sekejap sehingga wangi kemudian masukkan udang, kacau2 tutupkan api. Bila dah suam2 sikit barulah dimasukkan semua bahan2 lain. barulah di kukus dalam acuan apam.




Sekian dulu... terima kasih & selamat berpuasa


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

Salam Madiha......alahai sedapnya....semuanya sedap-sedaplah Madiha. Thu 19-Aug-2010 01:37
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
Salam Madiha...resepi Madiha banyak bantu saya yg tinggal jauh di perantauan...Ramadhan Kareem for u n family! Thu 19-Aug-2010 06:04
Posted by:Khairiah Khalid khairiah_k2@yahoo.com
Thanks for the info. I really like your site and will visit often. thanks a lot

[url=http://www.uggclassicsale.com]ugg classic boots[/url],
[url=http://www.uggclassicsale.com/ugg-classic-tall-boots-5815-c-67.html]ugg classic tall boots[/url],
[url=http://www.uggclassicsale.com]discount uggs[/url],
[url=http://www.uggclassicsale.com]ugg classic sale[/url],
Fri 20-Aug-2010 15:38
Posted by:UGG Classic Tall Boots
View all 11 comments Add comment


Friday, 13-Aug-2010 04:22 Email | Share | | Bookmark
Berkongsi Resepi Pula...

 
 
 
View all 6 photos...
Salam sayang buat semua...........

Selamat berpuasa....

Hari ni.. baru ada kerajinan sikit untuk berkongsi resepi... manalah tau kalau2 ada yang nak mencuba untuk juadah berbuka puasa terutama bagi ibu2 bekerja yang tak sempat memasak juadah berbuka di hari bekerja.. tapi mungkin hujung minggu ni adalah sedikit idea nak masak apa... jom tengok resepi Masakan2 ni semua masakan sebelum bulan puasa lagi ni tau...........


Buat nasi ayam goreng ni sebab dah teruja dek kerana pujian melambong2 dari si Midza. Siap potong Q lagi masak nasi ni... (padahal byk lagi resepi2 lain yg masih KIV) kuat betul penangan nasi ayam goreng nih.. hehehe... Nasib baik memang betul sedappp!!! Aku pun sama gak macam Midza.. malas nak buat kuah.. so makan jer nasi tu kering2 macam tu dengan acar epal & carrot, daun salad, ayamnya & juga acar buah yang kazenku Ida dok bagi aritu... memang sedap sangat2.. bertambah2 anak2 & hubby makan.. Tak rugi mencuba... thanks sangat2 pada penyumbang resepi ni..

Quote:
NASI AYAM GORENG
Sumber : Mek Jah (copy dari Midza)

Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam :
* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul (tak kira pun potong berapa.. belasah jek)
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya=
> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
sedikit minyak
& sedikit marjerin (MaDiHaA tambah)

Cara-Caranya:
1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. (ayam tu MaDiHaA masukkan sikit jer sbb hubby suka mkn ayam yg garing2..) Masak nasi hingga masak. (MaDiHaA masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)




Ini dia pelengkap nasi ayam goreng tu... iaitu Acar Epal Hijau Dengan Carrot.. sememangnya sedapp!!

Quote:
ACAR EPAL HIJAU DENGAN CARROT

Bahan2
4 biji epal hijau ~ cuci bersih & sagat kasar (bahagian biji jangan ambik lak)
1 biji lobak merah ~ kupas kulit, cuci & sagat kasar
1 biji bwg besar ~ belah dua & hiris nipis
1 biji cili merah/3 bj cili padi ~ hiris halus
5 sudu besar cuka/jus limau
garam & gula secukup rasa (agak byk gak sehingga secukup rasa)

Cara2
Gaulkan kesemua bahan2 di atas sehingga secukup rasa. Hidang terus selepas digaulkan. Memang best!!



Dulu hubby dengan kakak Dini tak suka sangat bila aku masak tauhu ni.. makan tu makan.. tapi certain2 menu saja yg dorang akan makan.. kalau ada tauhu dalam mee goreng pun dorang akan ketepikan.. hanya tauhu sumbat je dorang boleh makan.. tapi sekarang ni dah ubah angin agaknya... deme dua orang tu dah boleh terima dah apa2 menu tauhu dlm menu harian.. hehe.. cuma setakat ni.. si kecik & Haziq yg masih belum reti mkn tauhu ni..

Ok.. ternampak resepi tauhu/tofu yg agak menarik dalam blog Gert. Sesuai gak bagi mereka yang mengamalkan vegetarian untuk menggantikan protein. Aku tengok bahan2 pun simple... terus mencuba.. boleh tahan... sedap dengan gabungan rasa pedas, masin dan lemak bersatu disusuli pula dengan aroma daun kari serta ada rasa rangup2 sikit pd kulit luar tauhu.. terbuka selera.. Thanks to Gert for the nice recipe... allow me to share the recipe here..

Quote:
TOFU IN CREAMY SAUCE
Source : Gert My Kithen Snippet

Ingredients:
1 block of firm tofu – cut into 1” square (guna 4 keping tauhu biasa & potong ke 9 kiub tiap sekeping)
2 tbsp cornstarch
2 tbsp flour
1 tsp salt
1 tsp black pepper

For the sauce:

3 cloves garlic
3 sprigs of curry leaves (letak 2 tangkai je)
4 bird eyes chilies or one big red chili - cut small
1 cup of evaporated milk
1 tbsp butter
salt and pepper
1 tsp of sugar

Method
1. Cut and pan dry the tofu on paper towel until dry. Lightly sprinkle some salt and pepper.
2. Combined all the coating ingredients like cornstarch, flour, salt and pepper in a plate. Dredged the tofu with the flour mixture.
3. Heat up some oil and fried the tofu until golden brown. Set it aside. Remove all the oil from the frying pan.
4. Heat up the butter in the same pan, stir fry the garlic, curry leaves and chilies until fragrant and lightly brown.
5. Add in the milk, salt, pepper and sugar and continue to stir until the milk thickens and milk evaporated. Add in the tofu and continue to stir fry until the tofu is well coated with the sauce.
6. Dish out and serve with rice.



Note: The spiciness and the amount of gravy can be adjust accordingly to suit your taste

Cukuplah dulu resepi2 yang ada ni untuk hari ni yer.. lain kali masukkan lagi...

Sekian terima kasih...



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

SHIDAH MUJI: akak tak mahir sangat pasal kek ni shidah.. tapi ikut style akak.. bahan2 utk tulisan tu sama saja dengan bahan butter cream utk sapuan kek.. cuma perlu tambahkan pewarna yg kita suka.. itu saja.. Wed 1-Sep-2010 02:02
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Instead, we see people with ugly timberland shoes store problems in whom God is working so they can bloom beautifully — just like I now see in my orchids whether they are “lumps” or blossoms! On a certain timberland work shoes day at a certain hour, we will pull into the station. Bands will be playing and flags waving. Once we get there, so many wonderful dreams will come true and the pieces of our timberland wheat shoes lives will fit together like a completed jigsaw puzzle. How restlessly we pace the aisles, *ing the minutes for timberland for you loitering --waiting, waiting, waiting for the station. It is a good thing that the God Who made us is not impatient with people like me with my timberland shoe company orchid. He lovingly thinks about us all the time timberland boots and he even temporarily gave up His heavenly home and his timberland traditional handsewn hold on diety to die for the sins of timberland mens custom world nearly 2,000 years ago. His death back then covered the sins of every cheap timberland boots person who will ever live. He then rose to life after three mens timberland chukka? days and ever since has wanted us to accept His gracious act by loving Him and also those around us. When we do this, we will see people in a totally different timberland womens premium boots light — one that redefines what it means to be ugly or different or weird or strange. http://www.timberland4you.co.uk/ lrj Fri 3-Sep-2010 01:01
Posted by:timberland boots boots@timberland4you.com  - [Link]
Obliteration is precisely ugg boots cardy sale what nasa intends for the spacecraft. The reason is that Galileo may still harbor some ugg classic cardy boots signs of life on Earth: microorganisms that have survived since its launch from the Kennedy Space uggs bailey button uk Center, in Florida, in 1989. If the orbiter were left to circle Jupiter after running out of bailey button uggs chocolate propellant (barring an intervention, this would likely happen within a year), it might eventually crash into Europa, one of Jupiter’s large moons. In 1996, Galileo conducted the first of eight close flybys of Europa, producing breathtaking sale bailey button ugg boots pictures of its surface, which suggested that the moon has an immense ocean hidden ugg usa bailey button beneath its frozen crust. These images have led to vociferous scientific debate about the prospects for uggs boots life there; as a result, nasa officials decided that it was necessary to avoid the possibility of seeding Europa with alien cheap argyle uggs life-forms. And so the craft has been programmed to commit suicide, guaranteeing a fiery, spectacular end to one of the most ambitious, tortured, and revelatory missions in the history of uggs classic mini space exploration. http://www.uggcardyuk.co.uk/UGG-Classic-Tall-Boots.html XY Fri 3-Sep-2010 03:10
Posted by:ugg boots cardy sale ugg@cardyuk.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 11-Aug-2010 05:24 Email | Share | | Bookmark
Bila Ramadhan Menjelma.. Tiba2 Rasa Rindu Kampong Halaman...

 
 
 
View all 4 photos...
Salam Ramadhan buat semua....

Hari ni hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa... Rasa bersyukur sangat2 kerana masih diberi nafas untuk menikmati keindahan berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini.... tahun depan belum tentu lagi kan.. Maka dengan itu.. marilah kita melakukan ibadah puasa & juga amalan2 iringannya yang lain kerana bulan Ramadhan ini terlalu byk 'bonus' yang tersedia untuk kita sama2 rebut untuk 'bekalan' di 'sana' kelak..

Sejak aku belum berkahwin lagi.. bila tiba bulan Ramadhan pasti aku akan luangkan masa untuk pulang ke kampong halaman untuk bersama2 berpuasa dengan keluarga... Nostalgia & kenangan indah berpuasa semasa zaman kanak2 & remaja bersama ayah, ma & adik beradik itulah yang mendorong aku untuk pulang berpuasa di kampong.. suasananya tak sama dengan di bandar... sebab tu.. seboleh2nya nak juga balik kampong walaupun cuti cuma 2 hari... Sejak berkahwin ni.. nampaknya.. aturcara pulang ke kampong berpuasa dengan keluarga terpaksalah diselang selikan dengan kampong mertua pula... barulah adilkan.. Giliran yang kami praktikkan.. jika tahun ini giliran beraya di kampong aku.. kami akan pastikan akan pulang berpuasa di kampong suamiku... dan begitulah seterusnya pada tahun hadapan.. giliran beraya di kampong suami.. maka kami akan luangkan masa dlm bulan puasa akan pulang ke kampong aku untuk berpuasa..

Oleh kerana terlalu rindukan kg halaman... aku dah merajinkan diri mengedit gambar2 suasana kat kg yang aku ambil masa aku balik kampong tak lama dulu... tak dapat balik.. dapat tengok gambar kg pun jadilah kann...

Gambar2 ni.. gambar2 yang aku ambil dari depan rumah... ini pohon kelapa jiran depan rumah


Pohon 'ceri Malaysia' dah begitu meninggi...


Kat sini pun ada sepokok lagi... traktor tu byk kenangannya.. digunakan sejak arwah ayah masih ada terutama dlm kerja2 membajak kebun semasa arwah berkebun cili, sayur & lain2 lagi... tentu masih ada yang ingat cerita yg pernah aku masukkan pasal XPDC menjaring ikan tak lama dulu.. Inilah dia traktor yg digunakan.. Sampai sekarang traktor tu masih elok.. cuma jarang2 digunakan.. Biasanya ma guna untuk XTVT meracun kebun sawit, membaja dan sebagainya... Buat kerja tu pun.. ma buat dengan Dee aje.. alhamdulillah.. ma masih sihat & kuat


Gambar2 ni pulak.. antara yang ma tanam kat tepi rumah... cuma pokok kobis tu jer gambar yang aku dpt dari MMS adik ipar aku Tasya. Dia tanam kobis tu kat tepi rumahnya..


Itu ajelah kot entry untuk hari ni... entry masak2 lain kali ye...

Jumpa lagi..

Salam Madiha, memang seronok tengok kampong halaman bergini, lagi ada kebun sayur pulak, kat mana tu Madiha???
Seterus nya auntie ingin mengucapkan Selamat berpuasa semoga amal ibadat kita di terima dan di berkati Allah, amien...
Sat 14-Aug-2010 07:00
Posted by:auntie umi-kal
Manisnya kenangan masa kecil bulan Ramadan di kg kan...
segar nya sayur kubis mak Ratna tanam....geram nengok...
Sun 15-Aug-2010 14:59
Posted by:Mamasya  - [Link]
nike shox deliver blue: http://www.shoes-cheaper.com/nike-shox-mens-shoes-nike-shox-deliver-c-5_7.html Mens nike shox deliver
Thu 19-Aug-2010 17:00
Posted by:carl yaqi carlyaling@yahoo.com
View all 13 comments Add comment


Thursday, 5-Aug-2010 03:29 Email | Share | | Bookmark
Update Order & Majlis Bacaan Yasin Serta Tahlil di Kampong..

 
 
 
View all 16 photos...
Salam...

Malas betul nak update order.. bukan apa.. sebab dok ambik gambor benda yg sama aje.. sure org tengok pun boring.. hehehe.. tp takperlah.. sekadar utk record..

Sebelum tu.. nak umumkan order tempeyek untuk raya telah ditutup. Terima kasih kepada semua teman2 yang sudi order. Tiba masanya nanti.. jangan pula lupa ambil tempeyek yang dah dibooking yer...

Ni antara order sepanjang 3 minggu lepas..

12/7/2010
Order dari cikgu2 sekolah menengah di Puchong (tak sure nama sekolahnya) 10 peket tempeyek (yg 50 keping) & 4 peket tempeyek (yg 25 keping). Order ni melalui isteri my bos (cikgu) yang tolong promote tempeyek aku jual ni kat sekolah yang dia mengajar. Bila semua rasa.. dan2 tu juga cikgu2 kat situ nak order.. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah bagi my bos tempeyek ni.. lepas tu wife dia bawak pegi sekolah.. cikgu2 yg tengok dah berkenan.. tapi tak berani nak makan/order sebab takut tak halal (coz bos aku & wifenya kan Chinese) so dorang ragu2 ler takut bukan melayu yg buat.. hehehe.. lepas tu.. yg terbaru ni.. bos aku beli sepeket aritu dia suruh aku letak label & nama untuk menyakinkan cikgu2 tu yg tempeyek tu bumiputra homemade.. off course ler tempeyek org melayu yg buat kan? Tak tau ler kalau2 ada Chinese yg terer wt tempeyek ni.. ngeeee.... apa2 pun... thanks to my boss & isterinya yg bersusah payah tolong promote tempeyek tu.. thanks gak utk cikgu2 semua yg sudi order.. insyaAllah.. raya ni pun cikgu2 ni ada gak order..



12/7/2010
Order dari my auntie untuk Nutri Metic, PJ ~ 1 tray Puding Marbel Pelangi. Aku cuma buat puding je.. makcik masak nasi & lauk pauk utk N.Metic yang memang selalu order/cater dari makcik..


18/7/2010
Order dari Along Ayu, Ampang. 8 peket karipap sardin, 1 tray kuih lapis pisang & 3 peket tempeyek. Mula2 masa menempah Along nak 2 peket tempeyek je... lepas tu bila dia sampai rumah dia tanya kalau2 ada lagi ekstra tempeyek. Mujur ada lagi 1 ekstra.. so.. malas dah nk amik gambor lagi sebab semua dah masuk plastik.. hehee... terima kasih ye along sebab sudi order kuih muih dengan saya walaupun along dok jauh nun kat Ampang.. tapi sanggup datang ambil sendiri walaupun tak pernah sampai Bandar Sunway ni.. mintak maaf sebab terpaksa tunggu lama utk dapatkan giliran karipap tu.. & maaf juga sebab kuih lapis tu kurang menarik pulak warna lapisan atasnya.. tak tau kenapa.. masa mula2 masak tu ok warnanya kuning.. lama2 warna dah tukar jd gelap sikit... tersilap pilih pisang ke apa.. harap along puas hati ye.. Alhamdulillah.. dpt feed back yang sangat baik dari along pasal lapis pisang & karipap tu.. siap nak order lagi utk bulan puasa ni.. tak tau ler sempat buat ke idok...



24/7/2010
Repeat order dari Kak Dasila, Taman Sri Manja
7 peket tempeyek kacang tanah & 3 peket tempeyek kacang dal.. Tq kak.. ulang order lg dengan saya..


25/7/2010
Order dari Ida Marlida & Friend
10 peket tempeyek kacang tanah. Ida cakap.. kejap jer tempeyek dibawak ke opis licin.. hehehe... TQ Ida sebab promote tempeyek tu..


26/7/2010
Repeat order dari Kak Yati, Puchong.. dulu dah order 9 pek karipap frozen ni.. katanya dah lama abis... so order lagi 10 peket. Harap2 bolehlah digunakan utk stok bulan puasa ye kak Yati... so nice borak2 ngan kak Yati.. peramah orangnya.. Thanks kak repeat order ngan saya..



27/7/2010
Order dari jiranku yang setia.. Laily.. hehe.. 2 peket karipap untuk digoreng & dibawa ke opis.. ada meeting kalau tak silap. Makanan lain pun ada.. tp karipap takde org yg nak buat.. so dia beli karipap frozen aku & goreng sendiri. Thanks ye Laily..


1/8/2010
Repeat order lagi dari Ida Marlida & kawan2nya... tak cukup gamaknya 10 peket aritu..
so ulang order lagi 20 peket ko... dah macam nak raya aje... hehe.. tapi kata ida.. kawan2 Chinese yang banyak order ni.. thanks ye Ida & kawan2..


2/8 & 3/8/2010
Order ni dari 4 sekawan (kwn2 yg asalnya dari alam cyber) yang sangat rapat.. sempat lagi ditubuhkan kumpulan yg digelar Team Ketupat Bawang yang begitu aktif berfotopages & bergathering seketika dulu.. sapa tak kenal kan sampai skrg mereka2 ini masih rapat.. cuma dah kurang aktif berFP tapi skrg ni aktif berFB pulak.. Mereka ialah Watie, Mira, Iezah & Ila.. Masing2 order karipap frozen 4 peket, 5 peket, 3 peket & sepeket untuk Ila.. Thanks you all.. sanggup datang jauh2 utk ambik karipap frozen ni..


Sempat lagi bergambar dengan dorang ni sebagai kenangan.. bukan senang nak jumpa.. cuma Iezah takde dalam gambar sebab dia tak datang malam tu.. sebab Iezah minta aku hantar karipapnya melalui suaminya yang kerja di KWSP sebab dah tak jauh dengan sekolah anak aku coz petang pulang dari kerja aku memang ada kat area2 situ. Thanks ye buat semua..
(gambor gegor ler pulak.. kakak Dini yg ambik ni guna hp..)

3/8/2010
Dan terakhir.. order dari Suhaila Zakaria iaitu 2 peket tempeyek bilis & 1 peket tempeyek kacang. Thanks Sue.. semoga Sue selamat melahirkan baby nanti ye..


Habislah sudah semua order2 sepanjang 3 minggu lepas.. lepas ni dah masuk bulan puasa.. slow ler sikit kot.. sebab byk benda yang perlu dibuat utk persiapan raya... Kepada semua yang sudi order produk2 dari MaDiHaA diucapkan ribuan terima kasih...



Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Kaum Ibu

Okey.. kali ni aku masukkan sekali N3 majlis bacaan Yasin & Tahlil kaum ibu yang dah agak lama tertunda ni.. Mungkin ada yg masih ingat aku pernah cerita aritu.. Kalau tak ingat.. meh aku ingatkan semula . Majlis Yasin & Tahlil ni berlangsung kat rumah ma masa cuti hari Wesak bulan Mei aritu.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. Cuma gambar je tak banyak sangat sebab tak sempat sangat.. jurufotonya sibuk kat dapur.. hehehe.. ambik gambar pun mana yang sempat aje... ini pun ambik guna kamera angah... tu pasal lambat masuk FP sebab gambar baru je aku dapat masa pegi Klang mana menempah baju kat angah aritu...

Antara menu utama yang kami hidangkan untuk majlis tersebut ialah nasi impit, kuah lontong, rendang daging & kuah kacang. Kuih muih pencuci mulut pula... kami buat kuih lapis pisang, cara berlauk, puding berkuah, tembikai & kuih sagu pemberian jiran. Manakala untuk berkat (juadah untuk disedekah yang akan dibawa pulang oleh tetamu) ialah nasi ayam & dadih keladi.. Alhamdulillah.. semua juadah habis & tiada sebarang pembaziran... Hanya gambar2 ini aje yg sempat diambil.. Gambar meja hidangan utama tak sempat ambil sebab segan kat tetamu.. Meja tu dok betul2 depan pintu so kalau aku ambik gambor sure tetamu dari dalam rumah akan nampak.. nanti hairan pulak makcik2 tu tengok aku sibuk ambik gambor makanan . Gambor hidangan kuih muih je yg aku ambik sebab meja tu dok sebalik dinding... so tetamu tak nampok.. Kami hidang secara buffet aje.. hidang kat bahagian depan (luar rumah) sebab kat situ berangin sikit.. tetamu nak makan pun lebih selesa sambil2 makan di sapa angin petang..




Nasi impit dalam pinggan aku jer yg sempat aku ambik gambor... Puding berkuah tu memang sedap sangat2.. ada campuran puding kastard, buah laici, nata de coco, pisang emas goreng & apa lagi eikk.. lupa dah.. pastu makan dengan susu cair yg diperisakan.. Ma buat tu sebab dia ada makan kat rumah seorang kawannya di Kuantan.. tu yg ma cuba buat tu.. & semua tetamu kata sedap.. Kuih muih pun sama gak.. sampai ada yg tanya kuih2 tu tempah kat mana.. yelah.. mana ada nak jumpa kuih lapis pisang kat mana2 selain kat dapur2 ibu2 cyber kan.. kuih cara berlauk tu pulak.. rasanya kat kg memang jarang2 org buat.. kuih2 yg cerewet & perlukan masa & ketelitian.. memang jarang org nak hidang..


Selitkan sekali gambar cucu2 tokma sehari selepas majlis Yassin.. cuma cucu2 yg kecik jer takde... Alin & Nuur Lidya..



Sebelum menutup tirai.... aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak & selamat berpuasa kepada semua umat Islam... Aku juga nak mohon ampun & maaf kalau ada salah & silap sepanjang berFP.. maklum ajelah kan.. kdg2 ada gak terlepas tulis.. hehehe... Bagi ucapan awal2 ni bukan apa.. takut minggu depan tak sempat nak buat n3 khas.. sebab sekarang ni aku agak sibuk sikit dengan kerja2....


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

salam ramadhan buat akak sekeluarga....nak ngecek la...resipi rempeyek bleh??? hehehe if tak keberatan la Fri 13-Aug-2010 02:27
Posted by:mida
REPLY TO MIDA: Mida cayang.... akak tak pandai wt rempeyek ler dikk.... rempeyek/tempeyek yang akak jual tu bukan akak yang buat... kawan akak... akak cuma tolong jualkan aje.... akak pun tak berani nak ngecek resepinya dari dia...... almaklumlah kan.. resepi orang meniaga... Fri 13-Aug-2010 05:05
Posted by:MaDiHaA  - [Link]
Akak cayang...hehehe kalau mcm tu takpe ler...apapn saya selute akak...walaupn bekeje...lg telarat nak ambil order....SYABAS!! Fri 13-Aug-2010 16:55
Posted by:mida
View all 21 comments Add comment


Friday, 30-Jul-2010 05:40 Email | Share | | Bookmark
Floria 2010 @ PutraJaya

 
 
 
View all 15 photos...
Salam buat semua...

Hari ni takde cerita masak2 ye... Hari ni aku nak masukkan gambar2 semasa kami sekeluarga pegi ke pesta Floria 2010 di Putrajaya pada 17hb Julai yang lepas iaitu sehari sebelum Floria 2010 berakhir. Pegi ni gara2 nak balas dendam ni sebab tahun lepas tak berpeluang untuk pegi & lihat sendiri disebabkan masa tu Alin baru berumur 4 bulan... lagi pula masa tu.. wabak H1N1 sedang mengganas... jadi aku terpaksa akur dengan keadaan yang tak begitu mengizinkan pada waktu itu... Lantas tahun ini walaupun aku sibuk dengan order... tapi kerana minat yang begitu mendalam pada flora (& fauna) aku paksa & pujuk2 juga hubby supaya pegi ke floria tahun ni... Kalau ikutkan minggu tu minggu hubby kerja.. tapi aku dah paksa dia ambik cuti Terima kasih abang sebab sanggup ambik cuti sebab nak tunaikan permintaan ibu.... Walaupun pada mulanya rasa berbelah bagi kerana Alin demam pada petang Jumaat tu & aku sendiri pun tak berapa sihat... tapi alhamdulillah.. pagi Sabtu tu nampak Alin dah ceria semula & tak demam... akhirnya dpt jugalah kami pegi...

Walaupun dah hampir 2 minggu Floria berakhir.. tapi tak kisahlah... paparkan juga utk kenangan kami sekeluarga walaupun gambar2 tak begitu memuaskan kerana aku ambil gunakan kamera handphone sahaja.. Apa boleh buat... belum ada bajet utk beli kamera baru...

Mari cuci2 mata...
Baru saja memasuki Putrajaya... rasanya.. Alin baru pertama kali jejak kaki ke sini...


Terpegun seketika melihat kepakaran gadis ini mewarna batik menggunakan kakinya semasa kami melalui booth yang ada di situ...


Antara lanskap yang sempat difotokan... itupun tidak semua yang sempat kami masuk & ambil gambar kerana agak payah juga sebab kami bawa stroller baby... so banyak tempat yg tak sesuai untuk masuk.. lantaran pula.. cik abang ku itu asyik nak langkau2 aje.. hehehe.. kalau ikutkan hati aku ni memanglah rasa semua nak tengok.. tapi takperlah.. dia nak ikut tu pun dah seribu rahmat.. Oh ya.. kalau ada yang tak tahu.. Floria pada tahun ini bertemakan bunga Helikonia / bunga sepit ketam..



Tahniah pada negeri Johor Darul Takzim yang telah memenangi semua kategori dalam landskap pada tahun ini & juga tahun lepas.... (info diperolehi dari pemandu trem/kereta yg disediakan utk meronda dlm kawasan pameran yang kami naiki )


Susah sungguh nak ambil gambar anak dara cilik aku skrang ni... tak reti dok diam... byk gambarnya yg kabur almaklum ambil gambar pun dengan handphone.. mana ada shake free...


Anak2 dah kelaparan... tp yang sebenarnya lapar mata sebab dah nampak treller KFC ada kat situ...(ada byk lagi treller fast food yg lain ada kat situ) ikutkan dah sarapan bihun goreng dengan karipap sardin masa kat rumah.. masing2 dah sibuk mintak KFC.. layan ajelah sekali sekala.... Sedang molek sedang kami tercari2 port utk lepak & makan.. tiba2 nampak satu booth yg agak tersorok & kosong.. tapi ada meja, kerusi & yg paling best sekali kipas pun siap terpasang.. ada juga kesan2 orang baru lepas makan kat meja tu.. so.. aku mintak izin ngan meja kat situ utk tumpang makan kejap situ.. nak mintak izin dengan orang.. takde nampak sapa2 pun kat situ.. so ngan meja pun bolehlah kot.. jangan risau ye tuan gerai... segala sisa2 makanan kami dah buang ke dalam tong sampah... tp sedih gak tau.. lepas kami makan.. ada lagi org lain yg makan kat situ.. masa kami naik trem/kereta yg disediakan utk ronda2... aku nampak mereka tinggalkan aje cawan kertas atas meja tu... tak bertanggung jawap betul


Ok.. meneruskan perjalanan.. kami melawat gerai yang menjual bunga2an & pokok2 buah2an.. aku belilah juga sepasu orkid Renanthera warna merah tu sebab nak hadiahkan pada ma sempena birthdaynya yang dah lepas.. hehehe... nak beli hadiah lain rasanya semua ma ada.. aku rasa beli pokok bunga lagi baik sebab ma pun minat bunga macam aku juga..








Sebenarnya masa tengah meronda lagi Haziq dah sibuk nak naik trem/kereta kontot yg disediakan utk ronda2 tu... so sebelum balik.. layanlah juga kehendak Haziq ni ha... sedang elok 1 kereta kontot (sorry aku tak tau nak panggil nama apa) tu muat2 utk kami sekeluarga... so rondalah sekali lagi kami seluruh kawasan pameran tu...

Itu sajalah gambar2 yang ada.... maaf kalau ada gambar2 yang keluar pangkah sebab dah malas nak buat 2 n3 sebab ada byk lagi gambar2 yang belum published... tak sempat nak edit gambar & tak sempat nak update........ sibuk sikit skrg ni........

Terima kasih tak terhingga pada yang masih sudi singgah di sini dan meninggalkan jejak.. & terima kasih juga pada silent reader yang masih setia singgah FP ku yang serba kekurangan ini...



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

aku pun tingin gak gi tmpt tu ratna..tp bila pikio paneh...ermmm..x yah ler..kang jd penyakit plak...hehehhe...aku kan Princess Candle...kuikuikui Wed 4-Aug-2010 02:47
Posted by:Jasmeen  - [Link]
re-memang dia dengki pun kak long sbb takde org nak kawan dgn dia apa tak nya semua org buat salah dia aje yg betul keje dia tak buat suruh org lain buat salah org nampak salah sendiri sorok tiap2 ari nak jd polis gaji 5k tp keje hampeh..biasalah klu dah namanya c*** tu tp dia punya kaum pun bebulu gak entah bilalah nak berenti keje dia ni Thu 5-Aug-2010 04:45
Posted by:ida  - [Link]
-Wah! banyak gambar kat pesta floria nih....syiok layan.....best2...suka2..... Thu 5-Aug-2010 23:38
Posted by:@Min  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Wednesday, 28-Jul-2010 02:10 Email | Share | | Bookmark
Keema Nurjan & Apom Lenggang

 
 
 
View all 5 photos...
Salam...

Hari Nisfu Sya'ban sudah pun lepas.. tentu ramai yg mengambil peluang keemasan ini untuk berpuasa sempena hari tersebut. Sayang sungguh sebab kali ni.. aku tak diizinkan berpuasa sebab bendera merah sedang berkibar

Oklah.. kita layan entry makan2 pulak... Entah malam bila agak rajin sikit nak masak lain selain nasi.. so balik aje dari kerja terus bancuh adunan apom/apam lenggang & sementara tu bolehlah buat benda lain dulu mandi etc.. dah lama benar teringin nak buat.. kebetulan pulak tapai nasi memang dah lama buat & terbiar dlm peti ais.. konon2 nak buat apam kukus.. tapi takde masa pulak.. akhirnya jadi apom lenggang..

Untuk digandingkan dengan apom lenggang ataupun apom India ni.. aku masak Keema Nurjan disebabkan terliur Nur dok tayang dlm blognya.. Memanglah gandingan yang ideal.. hehehe.. cuma.. di lain kali.. kalau nak buat apom dengan cicahan pedas.. aku cadang nak kurangkan kandungan gulanya.. tapi kalau nak cicah dengan serawa ataupun kelapa parut dah okey dah sukatan gula tu..

Terima kasih pada Wila yang berkongsi resepi apom ni yer.. resepinya aku copy dari FP kak Rusnah.. biasalah kan.. copy men'copy' memang kerja akulah.. hehe... terima kasih juga pada Nurfikas kerana berkongsi resepi Keema Nurjan tu... mintak halal pada semua mana2 resepi yang dicopy & paste ni yer...

Quote:
APOM LENGGANG / APOM INDIA

Sumber : Wila
copy dari Kak Rus

Bahan2
150 gm tepung beras
200 ml santan
1/2 camt yis + dgn 50ml air suam-perap 10 minit
30 gm gula (lenkali nak kurangkan)
1/4 cawan tapai nasi

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bancuhan yis. Mesin bahan2 tersebut dan tapis kedalam bekas/besen yang lain. Setelah itu masukan bancuhan yis tadi & kacau rata. Tutup dan simpan hingga kembang berbuih2 lebih kurang 1 jam.
2. Setelah kembang, kacau bancuhan agar rata.
3. Panaskan kuali dengan sedikit sapuan planta/minyak masak. (boleh juga gunakan kuali non stick). Tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm kuali lalu dilenggang sedikit agar jadi spt kuih dadar. Biarkan seketika kemudian barulah kuali di tutup.
4. Setelah tepinya kekuningan kikis tepi2nya dan angkat.
5. Cara menghidang di lipat dua atau di biar terbuka pun boleh juga. Dihidang bersama kari ayam atau kelapa parut putih terpulang selera masing2.


Resepi Tapai Nasi
250 gm nasi yg tlh disejukkan
1 camca teh ragi yg telah dihancurkan
sedikit gula (MaDiHaA tak letak pun)
1 camca besar air (tak letak jugak)

Cara2 Menyediakan Tapai
Tapiskan ragi dgn menggunakan penapis teh ke atas nasi kemudian kacaukan supaya rata.taburkan sedikit gula dan renjiskan lebih kurang 1 camca besar air gaul rata.Tutupkan bekas dan simpan selama 2 malam sebelum digunakan untuk membuat kuih2 yg menggunakan tapai nasi(selepas 2 mlm tapai nasi ini mesti disimpan dalam peti sejuk.. tahan lbh kurng 2 bulan)





Ok.... meh tengok pulak resepi Keema Nurjan ni yer..

Quote:
KEEMA NURJAN

Sumber : Nurfikas
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
500 gm daging kambing cincang (guna daging (lembu) kisar ramlee)
1 sudu besar pes halia (MaDiHaA letak 1 inci)
1 sudu besar pes bawang putih (guna2 ulas)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
200 gm bawang besar Bombay, dikupas dan dihiris-hiris
1 cawan air panas
1/2 cawan krim putar (ganti dgn yogurt asli maknanya yogurt jd 1 cwn)
1/2 cawan yogurt
100 gm tomato, dipotong empat
1/2 cawan kacang pis
1 tangkai cili merah dan hijau dihiris-hiris
sedikit daun ketumbar dipotong kasar
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar
1/2 cawan biji gajus yang digoreng terendam

Rempah Tumis
~~~~~~~~~~~
2.5 kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
Pes Kari (digaul rata-rata)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1 sudu besar garam masala
1 sudu teh lada putih serbuk
1 sudu besar rempah kari daging serbuk
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar serbuk
1/4 cawan air


Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Masak daging dengan pes halia dan bawang putih selama 3 minit dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan mentega di dalam kuali lain dan tumis bawang besar sehingga kuning. Masukkan rempah tumis.
3. Campur pes kari dan goreng selama 5 minit. Tambahkan daging yang dimasak dan air panas. Renihkan.
4. Apabila daging empuk, masukkan krim putar dan yogurt. Tambah tomato, kacang pis, chili hijau, cili merah dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
5. Hias dengan gajus goreng dan hidang dengan roti atau naan.




Jemput tengok jelah yer... nak jemput makan dah abis dahh...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

salam ratna...terima kasih diatas ucapan pre-ramadan...dan terima kasih juga diatas ingatan ratna tu..semoga persahabatan kita berpanjangan ya..bila diingat kembali manis sungguh dunia siber ni..kerana disinilah di fp kita akrab berkawan walaupun tanpa penah bertemu muka..semoga ukhwah kita berpanjangan..walau ana sekarang ni tak dapat lagi nak berjalan-jalan ke fp macam mula-mula berfp dulu..huhuh masa begitu mencemburui untuk ana yg buat keja 2-3 jenis keja dalam sehari...

apa pun masakan ratna tetap mabeles..keema tu mmg nampak sedap dan pecah minyak..tq for sharing the recipe..salam awal ramadan buat ratna sekeluarga juga..
Thu 29-Jul-2010 09:28
Posted by:ana  - [Link]
x lama lg dah nak pose kan...... Fri 30-Jul-2010 02:32
Posted by:malasz  - [Link]
sedapnya apom lenggang....
mmg kena btl la cicah ngan Keema Nurjan ni....
Sat 31-Jul-2010 03:01
Posted by:baayah  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 21-Jul-2010 07:18 Email | Share | | Bookmark
Avocado & Potato Salad........ ; Sago With Creamy Avocado

 
 
 
View all 6 photos...
Salam....

Musim Avocado / Alpukat kembali lagi... dah hampir nak abis punnn Ini ada 2 resepi yang aku buat dari buah2 avocado yang ku petik kat rumah my auntie.. Ada lagi 3 butir.. tak tau nak buat apa.. makan dengan aiskrim ajelah kot... nak senang.. curah je susu pekat manis pun sedap jugak.. kalau rajin sikit buat jus atau boleh juga dimakan dengan santan & air gula melaka... hmm..

Jom tengok resepi kali ni Dua2 pun sedapppp

Quote:
AVOCADO & POTATO SALAD

Source : Amy Beh (Thanks Amy!..
Ingredients

1 avocado
200g boiled potato
1 red apple, core and cube
1 cucumber
2 cherry tomatoes, quarter (letak 1 tomato biasa)

Dressing (combined)
50ml mayonnaise
50ml plain yoghurt
1 tsp lemon juice
1/4 tsp sugar
Dash of pepper
1 tsp fresh parsley,

Method
Combine the dressing ingredients in a small bowl. Chill well in the refrigerator until further use.

Peel and halve the avocado, remove the seeds and cut into slices. Boil potato until just soft. When cooked, discard the water and dry boil the potato for one to two minutes (this is to keep the potato from being too sticky). Peel skin and cut into 1.5cm cubes.

Cut cucumber into half, remove seeded part, then cut into cubes, the same size as the apples. Soak in chilled water for 10 to 15 minutes, then drain.

Combine all the ingredients (cherry tomatoes included) in a mixing bowl. Pour chilled dressing over salad. Toss and leave in the refrigerator until well chilled before serving.

(aku main potong2 & terus je gaul dengan dressing tu.. takde nak ikut resepi sgt pun.. tapi epal potong last sekali sebab takmo lebam.)






Ini pula resepi dessert dari avocado.......... lazat & berkrim... kalo diet.. tak payah ler makan..

Ok.. ini resepinya yer.. resepi agak2 aje nih.. boleh diubah suai ikut kesesuaian & selera masing2 ok..

Quote:
SAGO WITH CREAMY AVOCADO
Source : Sendiri

Bahan2
1 biji avocado ranum (saiz sebesar buah jambu batu yg besar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air masak
4 ~ 5 sudu besar biji sagu halus (nak guna yg kasar pun boleh gak)
air secukupnya utk merebus sagu
gula merah/gula melaka secukupnya untuk dibuat air gula melaka
1/2 cawan santan pekat (MaDiHaA guna santan kotak 1/2 kotak je)
secubit garam
1 cawan air masak (boleh kurangkan or lebihkan)

Penyediaan
1. Cuci sagu dan rendam dalam 20 minit. Toskan & masukan air secukupnya (air biar lebih) lalu rebus sagu hingga masak & jadi jernih. Toskan sagu dilaluan air paip biar semua lendirnya hilang & tos lagi. Campurkan sagu tadi dengan santan, secubit garam & air masak. Jika terlalu pekat boleh lebihkan sedikit airnya. Ketepikan dahulu bahan ini.

2. Buah avocado dibelah dua. Buang biji & selaput warna coklat yg melekat di bahagian dalam buah. Kopek semua kulitnya lalu dipotong kecil2. (boleh ambil sedikit isinya utk tujuan deko atau jika anda suka ada chunk avocado dalam dessert) Masukkan dalam mesin pengisar, campurkan 1 1/2 cawan air masak & gula pasir. Kisar avocado sehingga halus & berkrim.
3. Sediakan air gula melaka & tapis.

Penyudahnya
1. Sediakan mangkuk atau gelas menghidang. Sudukan beberapa sudu kisaran avocado. Boleh tambahkan chunk avocado jika suka. Sudukan pula beberapa sudu sagu bersantan diikuti dengan air gula melaka secukupnya (ikut kemanisan yg anda suka). Akhir sekali bolehlah hias ikut kreativiti sendiri. Boleh sejukkan sebentar di dalam peti sejuk atau boleh juga terus dihidangkan. Lazatttt... berkrim!!




Sekian.........




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN

salam
sagu feberet sy tu, mane yg letak sagu memang suka,terutama pengat pisang ke mesti letak sagu bayk nampak resepi ni leleh airliur he he
emmm rasa cam nak try skr g gak tp avocado takde
kalu tak letak ok tak
Tue 27-Jul-2010 04:35
Posted by:k. nuri  - [Link]
Sungguh menyelerakan..!

Nak order Fruit Tart, Choc Tart, Chese with filling Tart, Apple Tart klik sini -> http://geequkiss.blogspot.com
Tue 27-Jul-2010 17:17
Posted by:Gee  - [Link]
salam perkenalan...bestnya..terhibur rasa hati bila dpt buat kuih/masakan hasil dari fotopages akak..semenjak saya dtg scotland..tiap2 hari saya bukak fp ni.. Sun 5-Sep-2010 07:00
Posted by:noraini zulkifliseman31@yahoo.co.uk
View all 26 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.