Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Apr-2011 01:30 Email | Share | | Bookmark
Kongsi Resepi Menu2 Semasa Hari Jadi Alin Tempohari...

 
 
 
View all 13 photos...
Assalamualaikum....

Hari ni.. tergerak hati nak berkongsi resepi pula... Oleh kerana entry yang lepas dah tayangkan majlis makan2 sempena hari jadi Alin tempohari.. jadi rasanya untuk kali ini aku nak kongsikan sekali resepi2 yang aku masak tempohari. Resepi2 yang belum dimasukkan di FP ni... mana2 yang dah pernah masuk tak payah le kan...

Oklah.. kita mulakan dengan resepi Rendang Tok yang sangat2 sedapp ini ye... Actually... aku pun baru pertama kali cuba masak Rendang Tok ni... selalu tu dok masak rendang resepi sendiri aje... kali ni kita cuba pulak rendang yg dicampurkan dengan rempah2 pulak. Ternyata sememangnya sedap!! Tambah pulak dilawankan dengan pulut kuning... memang ngam sangat2. Rendang Tok ni asalnya dari Negeri Perak kalau tak silap aku lah.. memang bestlah! Lenkali boleh masak lagi.. Tapi sebelum tu.. mintak maaflah sebab takde gambar yg elok sebab tak sempat pun nak posingkan rendang tu elok2.. al maklumlah masa tu sibuk sesangat... hentam jelah gambar rendang dari dalam kuali pun oklah jugak ye.. hehe.. Oh ya.. terima kasih pada Kak Liza (Chef Hanieliza) untuk resepi Rendang Tok ni.. TQ jugak pada Kak Ummi Zaihadi sebab resepi ni aku ambil dari blog beliau.. jadi inilah dia resepi rendang untuk kuantiti 1 kg daging... (yang dalam kuali tu.. 2.5 kg daging)

RENDANG TOK
Quote:

Resepi : Kak Liza Cari Makan & Resepi.
Sumber : Ummi Zaihadi

Bahan:-
1 kg daging (potong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (potong nipis)
3 sudu besar gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit - koyakkan
Garam

Bahan Mesin:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis (*ni ummi saja tambah... MaDiHaA pun ikut jugak)
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 - 6 batang serai
3 cm lengkuas

Cara Memasak:-
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping. Masak atas api perlahan dan dikacau hingga pekat sikit dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata. Masak lagi hingga benar2 naik minhyak dan cukup pekat (biar kering sikit - ni nasihat pakar ni). Siap untuk disantap bersama pulut kuning ku..hehe

Nota MaDiHaA: untuk rempah2 yang kasar & keras seperti kulit kayu manis & bunga lawang tu.. MaDiHaA tumbuk2 dulu dalam lesung batu kemudian barulah dimasukkan dlm blender kering bersama rempah biji yang lain & barulah dikisar. Manakala bahan2 lain yang basah seperti bawang, halia, lengkuas, cili dan lain-lain tu dikisar dalam blender basah.



Okay.. untuk resepi ke dua... menu dari Jepun pula yer... menu yang dah lama popular di kalangan kawan2 yang lain & para blogger.. aku je yang ketinggalan. Bukan apa.. memang dah lama nak mencubanya.. cuma masalah utamanya sebab takde acuannya tu... bila dah beli takomaker ni.. memang tak sabar2lah nak mencuba.. ternyata memang sedap! Takoyaki atau boleh digelar sebagai cekodok Jepun ni ada sesetengah orang tak boleh diterima tekak.. tapi alhamdulillah cik abang & anak2 suka semua... Masa buat kat majlis makan2 tempohari pun semua orang suka & cakap sedap... puas makan sebab buat sendiri.. kalau beli kat Jusco tu.. 3 biji = RM4.50... wo wo wo.. jimat banyakkk!!

Ok jom tengok resepi.. terima kasih kepada penyumbang resepi yang sangat simple & sedap ini... iaitu saudara Ilhamusafir... Bahan2 yang digunakan mudah dicari.. tak perlu guna tepong takoyaki.. guna tepong gandum saja.. & resepi sos nya pun sedap!

TAKOYAKI
Quote:

Resepi : Ilhamusafir
Ditulis & di edit cara penyampaiannya oleh : MaDiHaA

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )


Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.

5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!



Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.


Gambar takoyaki yang kat bawah ni yang dibuat selepas majlis makan2 tu... gara2 tak puas makan... so buat lagilah.. hehe..





Ok resepi seterusnya... resepi Apam Snow White yang dah banyak kali jugak aku buat. Sangat2 suka dengan apam ni sebab nak buatnya sangat senang sebab tak perlu guna tapai nasi.. hanya guna nasi sejuk aje... mudah kan? Jadi bila ada nasi lebih tu.. rajin2kanlah buat apam ni..

Jom tengok resepi! Sebelum tu.. terima kasih kepada empunya resepi & juga mereka2 yang terlibat yang dituliskan nama2nya diresepi tu yer...

APAM SNOW WHITE
Quote:

resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : resepidaria
C&P from 2nd source : hanamemories

Bahan-bahan

* 3 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan 6 sudu besar)
* 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
* 2 cawan nasi
* 3 cawan air
* 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam


Cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan. (MaDiHaA guna whisker lebih mudah).
4. Perapkan adunan selama sejam. (MaDiHaA perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut) Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .


NOTA dari kak.bdaria:

* Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula [MaDiHaA kurangkan 3 sudu besar untuk sukatan setengah adunan]) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
* Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
* Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.


(gambar2 apam snow white di atas adalah yang dibuat terdahulu dari masa majlis2 tempohari... apam snow white masa majlis tu takde ambil gambar closed up... )

Ok.. nampaknya.. itu sajalah untuk entry kali ni yer.. hingga bertemu di lain waktu.. Jumpa lagi...

Terima kasih kepada semua pengunjung yang masih setia...

Sekian...



Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



Thursday, 24-Mar-2011 08:29 Email | Share | | Bookmark
Makan-makan Sempena Birthday Alin 2 Tahun

 
 
 
View all 6 photos...
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua...

Rasa bersalah yang amat sangat pada semua pengunjung FP ku yang masih setia… Tentu korang semua kecewa kan?? Yelahh.. masuk2 je masih dengan cerita lama.. hehe… Nak buat macamana… tuan rumah asyik masyuk di blog sejak2 kebelakangan ni… hehe… Ku tahu masih ada yang sudi bertandang ke mari bila memandang jumlah visitor kat bawah tu semakin hari semakin bertambah. Ribuan terima kasih kepada semua visitor… tak kisah yang rajin tinggalkan komen mahupun silent reader sekalian di atas sokongan anda semua… Walaupun cerita dalam FP ini sekadar cerita merapu2 & cerita family yang berkisar pasal makan2, jalan2 & resepi… tapi rajin jugak u all semua datang melawat…

Oklah.. hari ni tak boleh tidak.. aku kena update jugak something kat FP kesayangan aku ni.. So untuk hari ni aku nak pos gambar2 masa aku buat majlis makan2 masa hari birthday Alin baru2 ni. Kebetulan birthday Alin jatuh hari Sabtu 5hb Mac baru2 ni.. sedang eloklah.. auntie2 dorang pun semua ada balik dari UiTM.. (yg sorang kat S.Alam, yg sorang kat Puncak Alam) jadi seronoklah sikit buat makan2 sebab ramai ada.. Aku takdelah buat majlis besar2 pun.. makan2 untuk anak beranak terdekat jer... bukan kata majlis harijadi sgt pun.. just kumpul2 anak beranak sebab aku cuma jemput pengasuh Alin & juga jiran depan rumah je... (Jemput jugak adik kat Klang.. tapi dia tak dpt dtg ada hal lain pulak…) sebab taknaklah menyusahkan jiran2 sebab aku buat majlis tu kat rumah makcik aku... agak jauh jugak dari rumah aku tu.. so.. setakat makan2 ala kadar gitu.. seganlah nak ajak orang lain beria2 sgt.. Jiran depan umah tu agak rapat sikit.. so jemputlah sekali.. tapi dia tak dpt dtg pulak sebab ada hal lain agaknya.. takpelah.. nak buat macamanakan.. takde rezeki… Alhamdulillah.. makanan habis semua sebab kawan2 anak lelaki makcik (uncle budak2 ni) ramai kat situ.. so.. tak membazirlah.. takpelah sedekah kat budak2 tu... aku ni jenis malas nak jemput2 orang pastu bagitau buat majlis harijadi gitu gini.. nnt takut menyusahkan jemputan plak nak kena sediakan hadiah bagai.. hehehe...

Oklah.. tengok gambarlah pulak yer... sebelum tu.. terima kasih pada Chengah yang sponsor kek birthday Alin.. ibu menempah sebab dah lama teringin nak mkn kek karamel tu.. tapi Chengah takmo amik duit plak.. T.kasih jugak pada makcik & pakcikku (Sujah & Acu) serta anak2nya yang sama2 membantu mana2 yang patut... jom layan gambar!

Opss.. sebelum tu.. nak pos dulu award yang aku dapat dari FP Nurul sebagai komentar yang pertama… TQ Nurul!



Dari seawal pagi aku rendam pulut untuk buat Pulut Kuning.. pastu perap Apam Snow White 2 adunan.. pastu terus masak Rendang Tok 2.5 kg daging, siap rendang.. masak Rendang Ungkep Ayam sesambil mengukus Apam Snow White pulak.. pastu goreng Ayam Rempah pulak.. Siap semua barulah kukus pulut yang 3 kg tadi. Semua aku masak sorang2... cik abang cuma aku suruh dia tolong kopek2kan bawang & tolong layankan si kecik tu jer.. gambar masa masak2 tak byk sebab memang sibuk giler masa tu.. hehe...



Pulut kuning yang aku kukus tu.. sebahagian aku masukkan dalam satu bekas kecik untuk dideko.. tapi aku suruh kazen aku Nakni (auntie budak2 ni) yang tolong hiaskan sebab aku dah letih giler dah masa ni...maklumlah dari awal pagi sampai ke petang masak sorang2 kat rumah.. pastu angkut semua makanan tu bawak pegi rumah makcik.. mau tak penat! Kek tu pulak.. Kek Karamel yang kazenku Ida Marlida sponsor... TQ semua yer..!



Sampai rumah makcik.. bergegas pulak kat dapur makcik dengan kazen aku Chengah atau Ida Marlida buat pulak Takoyaki (yg ni memang dah plan awal2 lagi nak buat projek tako ni..) Tinggal bancuh tepongnya aje sebab sosnya aku dah prepare awal2 lagi kat rumah... Sekejap je siap sebab acuan ada dua.. satu aku punya & satu lagi Ida punya.. Oh ya.. kepada sesiapa yang dah lama mencari atau teringin nak beli acuan Takoyaki/takomaker ni.. bolehlah order Chik Mimi. (boleh masuk ke blog aku untuk dapatkan linknya yer) Alhamdulillah.. ramai betul peminat Takoyaki ni.. & semua puji sedap.. ada yang kata lebih sedap dari yg jual hehe.. Sampai 4 adunan membancuh Takoyaki ni.. sedap makan panas2.. Pastu.. mlm tu (majlis ni sampai mlm) dpt tau pulak tokma budak2 ni nak datang.. bancuh lagi 1 adunan untuk dorang.. jadi kesemuanya 5 adunan takoyaki utk majlis mlm tu.. hehe.. berpeluh2 kepanasan membulatkan tako ni.. tapi seronok menjadi elok je bulat2 takoyakinya... t.kasih Ida sebab tunjuk skill cemana nak membulat takoyaki tu sbb dia dah biasa buat.. aku baru 1st time buat.. syok! Abaikan dapur makcik aku yg antik tu yer.. dapur cantik ada.. tapi dapur antik gak yg best guna...hehe.. Oh ya.. sebelum terlupa.. dadih keladi tu aku prepare malam sebelumnya.. manakala bihun goreng tu.. Sujah yang sponsor... TQ again!



Oklah.. meh tengok gambar budak tembam ni tiup lilin.. hehe....



Cik Ani & apak datang jugak malam tu walaupun sedikit lewat sebab Cik Ani kena pegi rumah Kak Wan jirannya sebab Kak Wan buat tahlil arwah suaminya... Kak Wan jemput jugak aku.. tapi tak dapatlah nak pegi sebab aku pun buat majlis pada hari yang sama... mintak maaf ye Kak Wan..



Gambar2 tetamu yang lain (kengkawan auntie & uncle budak2 ni) takde amik gambar sebab almaklumlaa guna hp... gambar2 yg agak terang benderang tu semua ikhsan dari kamera Nakni.... TQ again Nakni!



Oklah.. nampaknya.. itu sajalah alkisah & gambar2 yang ada untuk kali ini... hingga bertemu di lain waktu....... samada cepat atau lambat... insyaAllah.. pasti ada lagi jika dipanjangkan umur...

Terima kasih sekali lagi kepada semua pengunjung yang masih setia...

Sekian...



Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



Monday, 7-Mar-2011 06:40 Email | Share | | Bookmark
Tokma 3 kali.. Ibu sekali.. hehe..

 
 
 
View all 4 photos...
Bismillahirrahmanirrahimmm...

Lamanya aku tak masukkan apa2 cerita kat sini........ macam dah tak reti je nak mulakan bila dah lama tinggalkan rumah kesayangan aku ni.. hehe... Ada ke lagi orang masuk sini agaknya yer..? entah2 aku bercakap sorang2.. ehh!! Mana ada bercakap.. tapi mengomel dengan menggunakan jejari..

Kali ni takde apa2 cerita menarik sangat pun.. Cuma nak masukkan gambar2 kenangan masa ma a.k.a tokma budak2 ni datang ke PJ masa awal tahun baru2 ni.. Masa ma datang masa tu.. kitorang asyik2 dok pegi makan luar je... asyik2 tokma nak belanja kitorang makan kat luar.. hehehe... tu yang tajuk kat atas tu macam tu sebab tokma belanja 3 kali.. tapi aku belanja sekali je.. nak bagi merasa duit bonus.. hehe.. sebabkan tokma datang beberapa hari je.. jadi kiranya tiap2 malam ler cuti masak & asyik makan kat luar jer... Ada yang aku ambik gambar.. & ada yang takde gambar sebab hp takde bateri/malas/segan..

Malam pertama makan malam kat Restoran De' Selat, Port Klang dengan semua adik beradik. Sebab masa tu ma baru sampai & Dee yang anto ma pun belum balik ke Keratong lagi.. so.. dapatlah kami 4 beradik dengan famili masing2 ni pegi makan sama2 atas sponsor tokma.. Kat sini aku tak amik gambor sebab bateri hp weak. Ini merupakan kali pertama kami mkn kat De' Selat ni.. tau pun sebab adik aku kat Klang tu penah makan situ.. makanannya okay gakla.. cuma terlebih masin sikit bg aku ler.. hehe.. Lagi satu.. servisnya agak lambat sikitlah.. mungkin sebab pekerjanya dah letih kot masa tu.. sebab kami sampai situ dah agak lewat dah.. Kami pilih makan kat bahagian tertutup yg ada aircond.. sebab kat bahagian luar tu bising sangat orang dok berkaraoke kat stage... Lagipun.. dengan cucu tokma yg kecik2 yg tengah melasak ni... dok kat tempat bertutup tu selamat sikit kalau dorang nak berlari sana sini. Kat tempat kami makan tu.. dah takde orang lain masa tu.. tinggal famili kami je.. yelah.. mungkin sebab dah lewat.. pelanggan lain yg ada kebanyakan pilih kat tempat terbuka berhadapan ngan stage tu.. kira bilik besar beraircond tu kamilah yg punya malam tu..

Malam esoknya.. ma ajak pegi makan kat restoran Salam Marhabbah, Shah Alam yang kami pernah bawak ma dulu. Kalau kat sini.. kami suka makan bubur nasi dengan lauk pauk. Kat sini pun takde amik gambor gak sebab malas + segan kat org.. hehe.. Kat sini.. biasalah.. menu feberet anak2 iaitu caipo..! Ada menu baru yg kami cuba malam tu iaitu kerabu kangkong.. sedappp!! Sebabkan makan yg pertama tu sedap benor.. kami order lagi 2 pinggan! hehe...

Malam esoknya pulak.. tokma tanya cucu2nya ni nak makan apa lagi... amboi2... kali ni betul2 tokma nak jamu anak cucunya makan puas2.. Cucu2nya ni apa lagi.. mulalah dok sebut makanan segera.... Yang jadi pilihan malam tu.. ialah ayam panggang pakcik Kenny.... Kat sini barulah ada ambik gambor sikit.. tu pun beberapa keping jer wt syarat..




Malam terakhir sebelum tokma balik.... ibu nak gak bagi tokma merasa duit bonus ibu. Yang sebelum2 ni memang tokma tak bagi kitorang bayar.. siap main tepis2 lagi... hehehe.. tapi kali ni biarlah ibu pulak belanja.... Restoran Wira Buana, Klang yang jadi pilihan kami sebab kat sini masakannya menepati citarasa kami. Kali ni.. ibu serahkan pada mereka2 untuk order apa je yg diaorang nak selagi boleh makan.. hehe... Kat bawah tu je ada gambar sikit... payah sikit nak amik gambar sebab masa ni adik Alin tidor... ada jugak gambar2 yg gegar & kelabu... faham2 sendiri sudahlah.. dah awak amik gambar guna handphone jer..


(cik abang ku pakai baju sama je dua malam berturut2 tu.. dia kata bukannya kotor sangat baju tu.. pakai kejap jer.. belasah lah ayah... hehe..)

Oklah.. itu ajelah yg ada.. banyak cerita dari gambor... bercerita pun gitu2 je sebab benda dah lama berlalu.. dah banyak yg terlupa... So jumpa lagi di next entry jika dipanjangkan umur...

Terima kasih pada yang masih sudi bertandang...

Sekian...



Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



Wednesday, 23-Feb-2011 07:24 Email | Share | | Bookmark
Berkongsi resepi pula....

 
 
 
View all 14 photos...
Salam semua...

Hari ni teragak nak kongsi resepi pulak kat FP... nak mengedit gambar2 yg lain tak berapa nak sempat minggu ni.. so.. layan resepilah pulak yer...

Resepi terpilih kali ni ialah.... jeng jeng jenngggg....

Quote:
PANKEK MAYO

Sumber : Hajar
Copy dari : Kak Zai Teratak Impian : Kak Nor Secubit Garam (TQ to all!)

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar mayonaise

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.

* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
updated:
bagi yg nak tau kaedah apa yg K.Nor guna utk masak pancake bg menghasilkan saiz yg sama.. meh nak tunjuk


Caranya:
K.Nor guna 2 frying pan.
1. frying pan yg saiznya paling kecik kut yg ada kat pasaran dlm 12cm
2. frying pan yg saiznya lebih besar, tak kira la berapa saiznya tu 20cm atau 22cm asalkan lebih besar dr 12cm
3. bila guna pan yg kecik ni kita boleh hasilkan saiz pancake yg sama besar
4. panaskan pan dgn api yg sederhana jgn terlalu kuat
5. masukkan 1 senduk kecik adunan dan masak hingga keluar buih2/lubang2 kat atas permukaannya
6. terbalikkan atas pan yg satu lg tu (yg juga telah dipanaskan)
7. masak hingga pancake masak, angkat dan hidangkan
8. ulang hingga semua adunan habis dimasak.
9. kaedah guna 2 pan ni juga mempercepatkan tempoh memasak pancake, kan. tak la lama sgt anak2 menunggu utk makan


Nota: Sedap makan bersama madu, aiskrim, jem dan sewaktu dgn nya...




Resepi ke dua pula............ sesuai dijadikan sarapan.. sangat sedap & tersendiri rasanya.. lain & berbeza dari bihun goreng walaupun nampak serupa... cubalah sendiri kalau nak tau kelainannya...

Quote:
MEE SUAH GORENG

Copy & Paste by Ayu Singapore
Sources:- From Puan Asmah Laili, if not mistaken (thanks to both of you....)

Ingredients:-
350g mee suah-
2 biji telur-( 2 eggs)
1 tbsp lada kisar-(chili paste)
1 tbsp bawang putih cincang-(garlics minced)
2 biji bawang besar dihiris-(large onions sliced)
3 biji lada merah dihiris-(red chillies sliced)
200g kobis hijau dihiris-(green cabbage sliced)
1-2 batang karot parut kasar2 panjang-( carrots shredded)
2 pokok daun bawang-(spring onions) MaDiHaA tak letak takde stok
300g taugeh-(bean sprout) ini pun MaDiHaA tak letak.. lupa beli, tapi letak kobis lebih sebagai ganti
250g udang hidup kupas kulit-(prawns deshelled and deveined)
3 ekor sotong saiz sejengkal (dipotong) Ini MaDiHaA tambah
5 keping fish cake (dipotong) Ini MaDiHaA tambah
2 tbsp kicap cair-(light soy sauce)
1 tbsp sos tiram-(oyster sauce)
sedikit minyak bijan-(some sesame oil)
sedikit lada sulah-(a bit of white pepper)


Method:-
Goreng telur dengan sedikit minyak, taburkan garam dan lada sulah, pecah2kan dan ketepikan. Goreng pula udang dengan minyak sedikit. Taburkan sedikit garam dan lada putih. Setelah masak angkat dan ketepikan. Mee sua digoreng sebentar, dengan banyak minyak. Angkat, toskan dan celurkan didalam air panas mendidih, sehingga lembut sedikit dan tapis. Didalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak. Tumis lada kisar hingga garing. Masukkan bawang putih cincang dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan bawang dan dada hiris. Gaul sebentar dan masukkan kobis hijau dan karot. Jika sayur mayurnya kelihatan kering masukkan sedikit minyak goreng udang tadi. Gaul supaya sayur mayur rata. Masukkan sos tiram, kicap cair, mee suah, udang, telur goreng, lada putih dan minyak bijan.Jika masih lagi meenya kelihatan kering, masukkan sedikit minyak goreng udang dan gaul lagi. Meenya harus lembab sedikit. Masukkan taugeh segera matikan api. Hidang dengan bawang goreng dan lada jeruk. (Tak buat pun lada jeruk.. huhu)




Jemput makan....


Ok... resepi lauk pulak yer.... kali ni.. aku share resepi gulai tempoyak resepi dari Mariam... ternyata sangat sedap! Kalau sebelum ni.. aku kurang minat dengan gulai tempoyak yg warna kuning tu.. tapi resepi yang Mariam share ni sedap pulak di tekak aku... thanks ye Mariam..
Quote:

GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBONG
Sumber : Mariam’s Mum


Bahan-bahan
Ikan (apa2 ikan yang sesuai ~ MaDiHaA guna ikan kembong)
3 sudu besar tempoyak ~ dicampurkan dengan sikit air jadikan pes
Daun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 2
1 ~ 2 keping asam keping
2 ~ 3 biji cili kering* (MaDiHaA letak 4 biji ~ direbus)
1 inci lengkuas*
1 biji bawang besar*
1 inci kunyit hidup*
Air secukupnya ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
Garam
Gula (optional/ ikut citarasa/ boleh tambah sekiranya guna tempoyak lama yg agak masam)

Cara-cara
Bahan2 bertanda* dikisar halus. Masukkan air & bahan-bahan kisar ke dalam periuk & didihkan. Kemudian masukkan bunga kantan, tempoyak, daun kesum, asam keping, garam & gula secukupnya. Tunggu hingga mendidih kemudian masukkan ikan. Bila ikan sudah masak & kuah secukup rasa bolehlah di tutupkan api & dihidangkan dengan nasi putih berserta sayuran & ikan masin.





Ok.. lauk dah ada... kenalah ada sayurnyer kannn... apa kata kita buat kerabu kacang botor pulak.... memang sedap walau diratah begitu saja....

Quote:

MY SIMPLE KERABU KACANG BOTOR
Sumber : MaDiHaA

Bahan2
250 gm kacang botor/kacang kelisa ~ hiris menyerong, celur kejap & tos
1 ¼ cawan kelapa parut putih
1 s/b kerisik yg dibuat sendiri utk lebih sedap (optional ~ lupa nak lembutkan kerisik yg ku simpan dlm esbox.. so tak letak sbb nak cepat)
1 kuntum bunga kantan ~ hiris nipis
3 ~ 4 biji limau kasturi ~ ambil jus (boleh ganti dgn 1 s/b asam jawa jdkan jus sebanyak ¼ cawan menggunakan air masak)
garam, aji & gula secukup rasa

Bahan2 dikisar halus
1 ½ s/b udang kering
1 ~ 2 batang serai ~ hiris nipis
6 ulas bawang merah ~ belah 4
1 biji cili merah ~ patah2kan
8 biji cili padi
1 s/k belacan ~ bakar sekejap


Cara2
1. Bahan2 yg perlu dikisar halus dibersihkan (kecuali belacan) & digoreng dlm minyak sedikit hingga wangi. Angkat & sejukkan kejap kemudian dikisar bersama2 dengan belacan bakar dlm pengisar kering sehingga halus.
2. Kelapa parut disangai sekejap jangan sampai kuning. Tutup api & biarkan ia didalam kuali. Masukkan bahan2 kisar tadi & gaul rata.
3. Masukkan kacang botor yg telah dicelur ke dalam kelapa parut tadi berserta bunga kantan, jus limau/jus asam jawa serta bahan2 perasa secukupnya.
4. Gaul rata2 & secukup rasa. Hidang segera bersama nasi putih & lauk2 tambahan yang lain.



Ok... ini pulak... menu minum petanglah pulak yer.......... layan jelah sementara tuan rumah rajin nak update resepi hari ni..........
Quote:

KEK ALUNAN KASIH

Dari Puan Mastura Yasak - FB (Kongsi Resepi)
Copy dari Mamasya (terima kasih semua yang terlibattt...)

BAHANNYA
* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau 250g butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (MaDiHaA guna kastor & hanya letak 1 ½ cwn je)
*1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
* ½ cwn susu cair**
*1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
* *Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2.. MaDiHaA guna hijau & merah terang)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.



Cara2:
*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama (merah).. (MaDiHaA letak setengah dari setiap warna.. bermakna kek hanya ada 4 lapisan) ratakan dlm loyang dan
*ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua.. (letak setengah) warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…


Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.


Ok kepada semua... selamat mencuba resepi2 yang dikongsikan... actually.. tu semua resepi2 yang dah lama dicuba & telah lama dikongsikan di blog... tayang di FP agak lambat sebab kesuntukan masa utk berbuat demikian.. Jadi... ku masukkan sekali banyak2 gini... terlebih sudaaaaaa... hehe.. takpelah kan daripada FP ni tak berupdate.. baik update juga sesuatu untuk dikongsikan... boleh gak pengunjung jamu2 mata..

Ok.. itu aje utk kali ni.. bertemu lagi di lain siaran... insyaAllah.... Terima kasih kerana masih sudi berkunjung di sini....

Sekian...



Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



Thursday, 17-Feb-2011 09:09 Email | Share | | Bookmark
Family Steamboat, BBQ & Gambar Anak3 2010

 
 
 
View all 8 photos...
Salam di hari Jumaat yang mulia.....

Semoga semuanya berada dalam kesihatan yang baik sentiasa di samping keluarga tersayang... jika tak sihat tu cepat2lah jumpa doktor yer... bukan setakat jumpa jer.. ubat kenalah makan dengan teratur... barulah cepat sihat...

Oklah.. kali ni nak update pasal makan2 famili pulak.. kejadian dah tak ingat bila... tapi dalam penghujung tahun lepas ler ni... Cetusan idea dari aku & hubby... teringin benor nak steamboat ramai2 ngan famili.. alhamdulillah.. dapat gaklah sepupu sepapat yg dekat2 ni berkumpul lagi malam tu.. Steamboat ni.. makcikku Sujah & co. yang prepare semua sebab Acu je yang tau kat mana nak beli semua ball2 tu semua..... aku cuma kuar modal jer.. pada mulanya memang niat aku & hubby nak sponsor semua.. tapi di larang plak oleh pakcikku Acu... last2.. dia pulak yg lagi tebal kuar modal berbanding aku utk makan2 kali ni termasuk ikan2 yang dibakar pada malam kejadian.. so.. dah jadi share2 plak makan2 kali ni.. hmmm... apalah punya baik pakcik... dahlah dia semua beli barang2 tu.. anak sedara ni tau datang makan jer.. hehe.. Thanks Acu, Sujah, Syikin & Naknie yang sama2 menjayakan...

Oklah.. Gambar2 memanglah kelabu........... jadilah buat kenangan....


Sessi rebus merebus & mencedok... stemboat kitorang senang jer.. belasah je guna periuk... hehe... ini steamboat kampong namanya (walaupun orang kg pun ada periuk khas deme... heheh). Ada dua jenis sup yang Sujah buat... yang satu sup biasa & satu lagi tomyam...


Acara bakar2 tak ketinggalan... selain bakar ikan.. sempat lagi kazen ku Ida bakar kek lemon.. sedap woo makan kek panas2... Malam tu Ida tidor umah Sujah ngan anak2... so.. apalagi.. kitorang makan2 sambil sembang2 ler sampai jauh mlm pd mlm kejadian..


Sebagian famili kecil kami yang ada kat Selangor ni... belum berkembang lagi ni.. masing2 baru ada sorang dua anak.. aku jer ada anak tiga.. hehe... Kazen yang kat Semenyih tu ada juga.. Adik aku pun ada kat Klang.. tapi jauh benor nak jemput diorang datang malam tu... tak berbaloi sebab kitorang makan2 sempoi jer...




Oklah.. sebab gambar2 kali ni sikit sangat.. aku selitkan sekali gambar anak2.. Dah lama rasanya tak ambik gambar anak2. Selalu dok ambik gambar makanan jer kan? (opss.. gambar makanan byk pose dalam blog je sekarang nih..). Gambar2 Haziq ni sebenarnya.. auntie Naknie nya yang ambil... tengoklah Haziq tu dengan jam di kedua2 belah tangan........ dilarang.. nak jugak.. hah gasak situ!


Adik Alin pun nak join sekaki.. Actually... masa ni selepas kami pulang dari Taman Pertanian tempohari.. balik dari Nagoya, Carefour tu kitorang angkut sekali bebudak dua orang tu... then lepas mandi, solat bagai barulah pegi hantar dorang balik rumah... tu yg sempat auntie Naknie melayan dorang bergambor..



Yang ni pulak.. gambar anak3 sebelum kami sekeluarga keluar untuk pegi ke majlis tahlil arwah atok sebelah umah cik Ani yang telah pulang kerahmatullah. Aku pernah masukkan gambar jiran cik Ani yang Haziq panggil atok tu kat dlm FP ni kat SINI.
Al-Fatihah untuk arwah abang Sabri..


Oklahlah.. itu saja cerita ceriti untuk hari ni... Mintak maaf jika ada antara pengunjung FP ni yang kecewa setiap kali datang tapi takde entry baru.. huhu.. Bila dah ada dua 'rumah' ni... terpaksalah berbagi dua.. (serupa org bermadu ler jugak.. hehehe). Selain tu.. tugasan yang wajib (kat opis) ni pun perlu diutamakan terlebih dulu.. update FP atau blog.. hanya dapat dilakukan di waktu free atau lunch time jer... Apapun.. terima kasih atas kunjungan anda semua samada yang rajin meninggalkan komen mahupun silent reader... InsyaAllah FP ni akan tetap bernyawa selagi tuannya bernyawa & selagi fotopages tidak di tutup oleh pengendalinya.

Sekian...

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN



[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net