Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Thursday, 16-Dec-2010 07:57 Email | Share | | Bookmark
Meraikan Hari2 Istimewa.........

 
 
 
View all 5 photos...
Salam...

Hari ni.. nak habiskan stok gambar2 lama yg masih terperam begitu lama.......... antara kenangan bagi kami sekeluarga... masukkan juga di FP sebagai kenang-kenangan biarpun ianya dah lama berlalu....

APRIL 2010 ~ Hari kelahiran ku yang ke... ??
Hanya gambar ini yang ada sebagai kenangan..
Terima kasih kakak Dini ingat juga nak beli hadiah untuk ibu.....


Terima kasih ma kerana bagi kaklong hadiah harijadi yang begitu special........... kalau tidak.. tak merasa kaklong nak sandang beg berjenama & baju dari butik yg agak mahal ni.. (mahal bg aku ler... bg org lain mungkin biasa2 je )...... hadiah2 ni dibeli dari butik di Subang Parade...

Ada lagi hadiah dari Abby.. minyak wangi.. tapi aku lupa nak snap gambar... minyak wangi tu pun dah tinggal separuh.. TQ B bg hadiah utk kaklong...



JUNE 2010 ~ Raikan hari bapa
Takdelah raikan sangat pun... just belanja abang makan pizza domino aje....
Hadiah dari kakak Dini tu terlupa nak snap...




JULAI 2010 ~ Raikan hari lahir ma tersayang...
Kami buat surprise pada ma sebab masa hari kejadian... belum tiba lagi hari jadi ma. Disebabkan ma ada datang ke PJ dengan adik2.. jadi kami decide nak sambut besday ma awal sikit... kami berkongsi beli kek dari Secret Recipe & pizza domino... asyik2 pizza ye.. hehe.. sebenarnya.. aku ada beli kupon itu yg kerap mkn pizza domino...



Oklah... itu sahaja gambar2 yang ada....... kerana gambar2 sikit sangat.. sebab tu aku campurkan aje semua......

Terima kasih tak terhingga kepada pengunjung yang sudi meninggalkan komen mahupun silent reader... terima kasih atas kunjungan anda...

Sekian dulu untuk kali ini...... panjang umur berjumpa lagi

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


Thursday, 16-Dec-2010 05:16 Email | Share | | Bookmark
Menu2 Ulangan... silalah jamu mata...

 
 
 
View all 12 photos...
Salam semua...

Hari ni berkesempatan untuk update.. tapi maaf ye sebab tiada resepi.. hanya menu2 ulangan sahaja... jadi silalah jamu mata... Jika inginkan resepi.. boleh cari di link di sebelah ye..

Kita mulakan dengan menu sarapan

Sesekali layan lempeng pun sedap juga.. nak pula musim2 hujan sekarang ni...



Cucur jagung pun boleh tahan sedapnya...


Ini pula.. menu makan tengahari... layan ajelahh...

Bukan senang nak masak bubur lambuk ni.. sebab agak payah nak jumpa pucuk midin/ paku midin yg warna merah2 tu... bila sesekali dapat masak bubur lambuk ni... harus kena makan berulang2.. hehe..



Tomyam pun antara feberet.. tp jarang dpt masak kat rumah sebab cik abang kurang gemar...


Tak lengkaplah kalau takde menu minum petang kan?.... layann....

Apa kata kita buat bingka pisang...



Kalau nak agak moden sikit... layan muffin pun ok jugak...


Ok.. untuk makan malam pulak... kita layan bihun sup utara pulak laa......... memang takkan tolak punya nih....



Ok semua.. selamat menjamu mata... kepada yang berpuasa hari ni.. selamat berpuasa & selamat berbuka.... semoga apa yang dipaparkan dalam entry kali ni sikit sebanyak dapat memberi idea kepada puan2 untuk memasak nanti...

Nota : Gambar2 yang dipaparkan bukan dimasak dalam masa sehari... saja ku gabungkan begitu sekadar utk kenangan. Oleh kerana resepi dah pernah masuk sebelum ini.. jadi dah malas nak tulis resepi. Kalau teringin mencuba.. bolehlah belek2 resepi di link sebelah ataupun boleh juga rujuk di sini.

Sekian, jumpa lagi.

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


Thursday, 9-Dec-2010 01:33 Email | Share | | Bookmark
Mari Kita Mengenali Kuih2 Tradisi Melayu....

 
 
 
View all 9 photos...
Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung muslimin & muslimat..

Biarpun sudah 3 hari berada dlm tahun baru hijrah... tapi rasanya masih belum terlambat lagi kan utk berikan ucapan salam Maal Hijrah kepada semua pengunjung FP ku ini... Semoga dengan tahun baru hijrah ini kita akan lebih banyak memperbaiki segala kelemahan & kekurangan diri yang ada dengan penghijrahan ke arah yang lebih baik & sempurna dalam segala aspek.. mudah2an apa yang kita lakukan akan diberkati Allah S.W.T... Aminn...

Oklah kita teruskan dengan entry untuk hari ini... Rasanya dah lama juga aku tak masukkan sebarang resepi masakan di FP sejak akhir2 ini... Apakata hari ni kita mengenali resepi2 kuih2 tradisi melayu yang tidak begitu glemer ini... Rasanya jika tidak diperkenalkan... semakin lama kuih2 tradisi begini pasti akan dilupakan terus terutama pada generasi muda yang lebih cenderong dengan kuih2 moden & fast food sejak kebelakangan ini..

Ok.. untuk kuih yang pertama ini... kuih yang berasal dari Pantai Timur (Kelantan & Trengganu) yang tidak begitu popular sebagaimana kuih akok.. Kuih ini diberi nama Kuih Tepong Bunga. Kuih ini rasanya hanya dikenali oleh generasi orang2 lama sahaja... Namun.. mungkin ada juga generasi pertengahan macam aku ni yang tahu akan kewujudan kuih ini namun kuih ini tidaklah begitu femes. Mari kita tengok rupa kuih ini & bagaimana cara membuatnya..

Resepi kuih tepong bunga ini ku ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Resepi ini diperturunkan oleh allayarham ibu tiri Kak Nor kepada beliau & alhamdulillah Kak Nor sudi pula berkongsi resepi ini dengan semua kawan2.. Terima kasih Kak Nor & izinkan saya kongsikan resepinya di FP saya pula ya..

Quote:
KUIH TEPONG BUNGA

Sumber : Kak Nor
Bahan2
1 ½ cawan tepung pulut
¾ cawan (180ml) santan pekat (MaDiHaA tak sukat.. tp main agak2 je sambil uli)
½ st garam halus
2 bj telur (guna sebiji pun dah cukup)
minyak utk goreng
gula utk tabur (MaDiHaA guna gula kastor)

Cara2 Membuat
Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit ~ seperti doh buah melaka)
Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
Panaskan minyak dan leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan.
Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
Siap



Ok... untuk resepi yang kedua ini pula resepi yang mungkin agak femes juga di sesetengah negeri terutama di belah2 utara.. Dari info dalam akhbar Kosmo! yang ku baca tak lama dulu.. kuih Serabai ini sering dihidangkan kepada tetamu terutama bila ada kenduri arwah atau bila ada kematian disesebuah rumah terutama di utara.. Namun.. menurut Mat Gebu pula.. kuih serabai ini juga popular di negeri Melaka & juga dihidangkan sekiranya ada kenduri arwah.. Jadi dari mana asal usul kuih ini aku sendiri pun tidaklah begitu pasti.. Jika ada sesiapa yang lebih maklum.. sila kongsi2kan ye..

Ok.. mari tengok bagaimana Kuih Serabai ini dibuat.. Resepi ini ku ambil dari blog Mat Gebu. Mat Gebu pula ambil dari blog MamaFaMi. Resepi asal adalah dari Delila@Myresepi.. so.. terima kasih kepada ketiga2nya ye... halalkan MaDiHaA C&P resepinya di sini ye..

Quote:
SERABAI

Sumber asal : Delila @Myresepi
Copy terus dari blog Mat Gebu

BAHAN SERABAI
500 g tepung beras
300 g nasi, kisar halus dengan sedikit air
1 liter santan, masak hingga suam
1 1/2 camca teh instant dried yeast (MaDiHaA lebihkan sikit sebab nak bagi cepat sikit naik)
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH GULA
1 cawan gula perang (gula timbang)
2 cawan santan
2 biji pisang, dihiris (MaDiHaA guna pisang raja & letak lebih sikit)
2 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA
1. UNTUK SERABAI :- Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi 2 jam (mat perap lama sikit). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang adunan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaannya berbuih dan menghasikan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, boleh lah diangkat, hidangkan bersama kuah gula...

(tengoklah lubang2 yang terbentuk.. lubang2 itulah yang akan memerangkap kuah masuk ke dalam kuih & kuih ini sangat lembut.. )

2. UNTUK KUAH GULA Satukan semua bahan untuk kuah gula kecuali pisang, masak hingga semua larut, tapis dan masukkan kembali ke dalam periuk. Tambah pisang dan renih hingga kuah pekat. Sejukkan dan hidang bersama kuih serabai.....sedapppp!!!!

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gula timbang, boleh guna gula melaka dan campur dengan gula pasir (yg ni manis ikut tekak masing2, tapi seelok2nya jangan lah manis sangat). Dalam gambar tu mat guna non-stick pan saiz besar tu pasal serabai ku nampak nipis. Kalau boleh guna non-stick pan macam kat blog mamafami tu yeaa...


MaDiHaA hidangkan dengan 2 jenis kuah iaitu kuah manis & sambal mackerel. Resepi spt dibawah yea...

BAHAN SAMBAL MACKEREL (Resepi MaDiHaA yang dulu)
Bahan2
1 tin mackerel saiz besar (buang tulang tengahnya)
1 biji kentang saiz besar ~ potong dadu (kali ni tak letak sebab takde stok)
1 biji lobak merah ~ potong dadu (ini pun tak letak)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili padi*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai ~ dititik
2 cawan air
1 keping asam gelugur
minyak masak secukupnya
garam & aji secukup rasa
½ s/k gula

Cara Membuatnya:
1. Tumbuk halus semua bahan2 bertanda *. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk & serai hingga wangi. Masukkan air, asam gelugur, kentang & lobak merah. Biarkan merenih hingga kentang setengah empuk. Kemudian keluarkan/buangkan asam gelugur.
2. Masukkan mackerel serta sosnya. Hancurkan kasar2 isi ikan (sebelum dihancurkan tulang tengah mesti dibuang). Masukkan garam, aji & gula. Biarkan merenih hingga kuah agak pekat & kentang empuk sepenuhnya.
3. Biarkan secukup rasa & bolehlah dihidangkan sebagai cicahan ataupun sebagai lauk nasi putih.



Ok..untuk resepi yang terakhir ini pula aku tidak begitu pasti dari mana asalnya.. Namun yang pasti.. ini juga salah satu kuih tradisi yang jarang2 dapat kita jumpa. Aku sangat2 menggemarinya... Dah lama teringin nak buat sendiri.. Tapi oleh kerana tiada berjumpa dengan pisang raja salah satu bahan utamanya.. sebab itulah kena KIV begitu lama. Alhamdulillah.. masa pulang ke kampong Raub tak lama dulu.. pakcik ada bagi pisang raja 2 sikat maka dengan itu.. dapatlah aku buat Pulut Dakap yang dah lama ku idam2kan ini...

Resepi Pulut Dakap ini aku ambil dari FP Mariam sudah begitu lama... alhamdulillah.. akhirnya dapat juga ku buat sendiri.. Terima kasih Mariam kerana berkongsi resepi & cara2 membuatnya ya.. akak kongsikan pula di FP akak ye..

Quote:
PULUT DAKAP

Sumber : Mariam
Bahan2
500 gm beras pulut ~ cuci bersih & rendam anggaran 2 jam
1 ½ cawan santan pekat
Pisang raja secukupnya
Garam secukupnya
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya (dikoyakkan anggaran 7 - 8". Layurkan & dilap bersih)
Tali rafia secukupnya

Cara-cara
1. Kukus pulut anggaran 20 ~ 30 minit atau hingga pulut separuh masak & nampak lembut.
2. Sementara tu.. santan pekat dicampur dengan sedikit garam & larutkan hingga terasa lemaknya. Angkat pulut & gaulkan/arong pulut bersama santan hingga rata. (Kalau pulut terlebih masak.. boleh kurangkan santan sebab takut pulut jd terlalu lembik)
3. Sediakan sehelai daun pisang & sudukan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan. Tekan2 pulut supaya rata & nipis. Sebarkan pulut menjadi persegi seperti dalam gambar.

4. Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula. Kemudian letakkan sebelah pisang tadi di atas pulut.
5. Balut pulut menyelubungi pisang seperti membuat pulut panggang. Kemaskan kedua2 belah kiri & kanan dengan menekan2 pulut dengan jari yang basah. (jika jari tak sampai.. boleh potong sedikit hujung daun pisang lebihan dikiri/kanan kemudian barulah ditekan2 pulut yg berada di dalam daun pisang tadi). Bila pulut dah mampat lipat daun pisang kiri & kanan seperti kita membungkus lepat pisang.
6. Ambil 2 biji pulut yang sudah dibalut, dakapkan kedua2 pulut tadi & ikatkan dengan tali rafia di kedua2 belah kuih seperti dalam gambar.
7. Bila siap membungkus kesemuanya.. bolehlah dikukus pulut dakap selama 30-40 minit dengan api yang serdahana. Semasa mengukus.. balik2kan pulut dakap supaya masaknya sama rata.

Nota dari Mariam : Kalau nak gaul terus gula bersama pulut pun boleh, jadi pisang tu tak perlulah disalut gula lagi. Menurut Mariam.. pulut tu kalau boleh diratakan nipis2 saja.. barulah sedap.. Tapi MaDiHaA tak reti nak buat nipis2.. maklumlah baru 1st time mencuba..






Ok.. selamat mencuba...

Sekian dulu... jumpa lagi di lain entry...

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


Friday, 3-Dec-2010 02:00 Email | Share | | Bookmark
Gemerlapan I-City

 
 
 
View all 7 photos...
Assalamualaikum...

Apa khabar semua?? Harap semuanya sihat2 ye...

Hari ni baru berkesempatan update pasal I-City yang dah lama berlalu ni... Entah kenapa malas bebenor nak mengedit gambar2 ni.. Kami pegi ke I-City ni pada 23 Julai yang lalu.... belum puasa pun lagi masa ni... ni dah masuk bulan Disember baru nak masuk entry.. hehehe.. takpelah.. entry basi pun janji ada kenangan dlm FP ni kan...

Sebenarnya.. gambar2 ni semua ialah kali ke dua kami ke sini... kali pertama pergi kami hanya masuk tapi tak turun dari kereta sebab masa tu dah lewat sangat... so lalu tengok ajelah.. Anak2 terutama kakak Dini tak puas hati sebab tak turun.. hehe.. so kenalah buat lawatan kali ke dua.. Kali ke dua pergi.. kami ajak kazen2 ku Syikin & Naknie yang memang dok menyewa dekat2 situ sebab dorang kan pelajar UiTM... so.. sajalah ajak dorang temankan sebab dorang dah biasa masuk situ... sajalah buat kawan meramai2kan.. syok sikit ambik gambar

Ok layan gambar pulak ye....

Baru sampai.. dari jauh memang teruja tengok cahaya bergemerlapan...


Anak2 semua seronok tengok lampu... tak sempat masuk rumah salji sebab kami pegi dah lewat... dah tutup la pulak... jd kita tengok jelah pokok salji dengan kereta rusa si santa claus ni..



Terus melawat di bahagian lain pulak...




Sampai kat sini.. ada couple yg berkenan nak bergambar dengan Alin.. so dorang pun mintak izin dukung Alin utk ambik gambar... hehehe...


Last sekali sebelum balik.. tengok pokok2 kaktus yg ada mcm2 warna ni...


Okay... itu ajelah gambar2nya.... keluar dari I-City.. kami pegi cari makan pulak sebab perut dah lapar... lepas makan.. hantar kazen2 ku semula ke rumah sewa dorang... pastu teruslah kami balik PJ... Thanks Syikin & Naknie sebab luangkan masa temankan kami yer...

Sekian dulu... jumpa lagi di lain entry...

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


Friday, 19-Nov-2010 07:11 Email | Share | | Bookmark
Aidiladha 2010 & Open House Aidilfitri Rumah Tokcu...

 
 
 
View all 9 photos...
AIDILADHA 2010

Salam Jumaat & salam aidiladha...

Raya haji dah pun berlalu... cuti 3 hari sempena raya.. hari ni baru masuk kerja & gagahkan jugak update FP

Raya aidiladha tahun ni kami tak balik kg mana2. Sepatutnya giliran beraya dirumah mertua di Raub. Tapi ibu mertua pula nak balik beraya ke Kelantan dengan adik2 iparku. Kami tak dapatlah nak ikut serta balik Kelantan sebab cuti tak lama.. lagipun.. kekurangan modal.. Jadi kami ambil keputusan utk beraya di PJ saja... Inilah pertama kali beraya dirumah sendiri.. Memang agak bosan.. tapi nasib baik ada makcik kat sini yg jugak tak balik kg. Jadi adalah juga tempat untuk kami melepak.. hehe.. Selain tu.. sempat juga pegi beraya ke rumah pengasuh anak2 & juga bekas pengasuh anak sulungku.. Tak dapat nak berjalan jauh2 ke rumah kawan2 sebab anak dara kecik ku tak berapa sihat masa hari raya tu.. demam & perutnya meragam.. beberapa kali muntah.. asyik kena tukar baju saja..

Meh ler layan gambar yg tak seberapa ni... Gambar memang tak banyak sebab handphone kehabisan bateri..


Menu kami di pagi raya... gagahkan juga masak menu raya walaupun tak berapa semangat nak masak.. hehe.. Ikut pusingan jam.. ketupat segera, rendang hitam daging (abang yang masak), kuah kacang (feberet abang) & kuah lontong /lodeh berkari (resepi my mum ~ feberet aku & anak2). Kuah lodeh berkari tu masak pagi2 raya... Alhamdulillah.. dapat juga makan ketupat dengan kuah lontong berkari yang biasa ma masak setiap pagi raya. Kalau tak.. mesti rindu giler dengan masakan ma.. walaupun tak sesedap air tangan ma.. tp kira okeylah.. hehe.. Lepas abang balik dari masjid.. sempat dia tukar baju melayu ke baju biasa & turun semula dengan anak bujangku untuk pegi kat tempat orang melapah lembu korban. Cadang2 nak tolong melapah.. dah siap asah parang bagai malam sebelumnya.. tapi last2 balik semula sebab katanya.. orang yang melapah ramai sesangat sampai tak cukup lembu.. (lembu 6 ekor) hehehe.. mesti sebab ramai yg tak balik kg kot sebab cuti raya ditengah2 minggu.. sebab tu ramai yg menolong.. jadi akhirnya dia balik rumah semula & tak tunggu pun untuk ambil daging korban sedangkan kupon dah ada orang bagi untuk collect daging korban. takpelah.. takde rezeki kami.. lagipun kami keluar beraya dan hanya balik rumah sebelum maghrib..


Muka budak tak sihat.. (tengoklah rambutnya tu.. tokcunya tersalah gunting pendek sangat! huhu..) Ambil gambar si kecik yg tak sihat ni sebelum masuk kereta. Bergambar depan deretan kedai berhampiran parking kereta. Kedai2 semuanya tutup sebab cuti raya.. jadi bolehlah ambil gambar.. hehe.. Selalunya depan kedai ni sentiasa ramai orang lalu lalang.. tapi hari raya baru ni lengang!


Sementara tunggu enjin kereta panas.. duduk2 kejap... bukan senang nak ambik gambar si kecik ni... asyik bergerak je.. dahla ibu pakai kamera handphone je..


Sampai rumah Sujah (tokcu budak2 ni).. kazenku Ida dah lama ada sana... hehe.. Pastu apalagi.. dah namanya raya.. makan jelah kejenya.. hehe.. Sujah masak ketupat, pulut kuning, sayur lodeh, rendang daging, kuah kacang & puding triffle sebagai pencuci mulut. Menu yg 4 jenis tu seakan2 sama dengan menu kami.. cuma versi je lain2.. hehehe... Ini je gambar yg last sempat diambil.. gambar daging kambing korban jiran Sujah bagi pun tak amik gambar.. lepas tu terus handphone ku kong kehabisan bateri.. huhu.. Lepas asar pegi beraya rumah bekas pengasuh anak sulungku yang merupakan jiran lama Sujah.. so Sujah pun ikut sekali.. borak2 sampai kul 6 petang.. huhu.. Kami pulang rumah hampir maghrib.. lepas mandi & solat maghrib.. keluar lagi beraya ke rumah jiran sebelah pula sebab dari semalam dia pesan jemput kerumahnya.. Nak singgah siangnya masa kami keluar dia pula takde kat rumah.. so malam pun takpelah kan.. dah namanya raya.. siap Kak Ina jampikan kunyit & kapur utk Alin yg demam.. lepas beraya rumah Kak Ina.. pegi pula rumah Cik Ani pengasuh anak2ku.. pastu.. singgah lagi rumah Sujah sebab dah janji ngan kazen2 nak berbbq malam tu.. bakar 3 ekor ikan besau2 dengan sosej cicah air asam.... sangat full kami semua.. huhuhuu.. penat seharian berjalan hingga lewat malam & makan2 tak henti... tapi oklah juga ada xtvt.. sekurang2nya taklah bosan kat rumah aje..


OPEN HOUSE AIDILFITRI RUMAH TOKCU
Ok.. ni pulak aku rangkaikan sekali gambar2 masa open house raya puasa kat rumah Sujah... dah lama sangat terperap gambar ni.. jadi aku masukkan sekali dalam satu entry.. hehe...

Open house ni Sujah buat untuk kawan2 anak2nya serta anak2 sedara yg ada kat KL ni & kawan2 rapat aje... majlis berlangsung pada 24 Syawal bersamaan 3/10/2010. Macam2 menu yang Sujah masak dengan dibantu anak2nya seperti dalam gambar. Aku pulak.. Sujah tugaskan untuk masak nasi dagang lebih kurang dekat 5kg gitu.. tapi gulainya Sujah masak sendiri sebab aku takut tak sempat... Malam sebelumnya aku buat puding pelangi satu loyang untuk Sujah... Ida pulak sponsor kuih talam keladi.. Ok.. layan gambar pulak ye.. dah tak tau nak cerita apa sebab peristiwa dah lama berlalu.. hehe..



Suasana sepanjang majlis. Yang bergambar ramai2 dalam rumah tu antara kawan2 kazen yg hadir.. semuanya pelajar UiTM Shah Alam... seronok tengok dorang menjamu selera..


Adik Alin cium pipi tokcu yg berbaju melayu sakan pada hari kejadian.. hehehe.. sebenarnya acu ada majlis rasmi yang perlu dihadiri pada hari tu.. lupa pulak event apa.. tp ada tugasan yg perlu dilakukan dalam majlis tu.. sebab tu kena segak siap bersampin


Lagi gambar2 sekitar majlis.. Adik Alin dah tukar uniform.. kesian pulak tengok dah berpeluh2.. saja ambil gambar Alin lebih2 hari tu sebab agak susah nak ambik gambar dia sekarang ni..


Aksi Alin lagi.. hehe.. Gambar atas kiri.. yg lelaki tu.. anak sepupuku & isterinya.. baby yg didukung tu adalah babynya.. manakala baby didukung oleh isterinya adalah anak Bie & Nasa.... haishh.. mcm berbelit pulak penerangan.. hehe..

Oklah.. sekian dulu entry campur aduk untuk hari ni untuk mengubat rindu teman2 & pengunjung FP ku yang setia...

Jumpa lagi dilain entry insyaAllah...

Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net