Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Dec-2013 04:19 Email | Share | | Bookmark
Year end 2012 Family Gathering & Tahlil...

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualaikum....


Lama sungguh tuan rumah tak bersiaran kat Fotopages ni. Ralit sungguh dengan rumah sebiji lagi tu.. Tiap2 hari rumah kat sana disapu & mop... tapi rumah lama ni dah hampir bersawang dah. Kesian kat pengunjung rumah ni datang2 tuan rumah takde.. hehehee... Apa2pun.. terima kasih banyak2 kerana masih sudi berkunjung ke sini. Apapun niat anda datang ke sini samada untuk mencari resepi maupun membaca cerita2 kami.. terima kasih diucapkan. Pada yang datang untuk mencuri gambar2 yang ada dalam ni & menggunakannya untuk kepentingan & keuntungan sendiri maupun untuk menganiaya kami sekeluarga... harap berfikirlah 2, 3 kali sebelum melakukannya... sesungguhnya Allah s.w.t maha melihat & tunggu sajalah natijah dari perbuatan anda.

Ok... cukuplah membebel... tetiba plak nak membebel kan.. hehe.. Jom kita teruskan dengan entry untuk hari ni. Sajian hari ni masih lagi cerita2 lama setahun yang lalu. Hari ini 20 Disember 2013... tapi cerita ini pulak cerita pada Disember 2012 okeh! Jangan tak caya.. hahaha... Banyak dah lupa apa yang nak diceritakan.. tapi yang tak lupanya.. gathering ni dibuat sekadar untuk pertemuan keluarga.. dibuat sebelum kakak Dini meninggalkan kami untuk masuk tingkatan 1 di sekolah berasrama. Tokcu Kathy kata.. eloklah kita buat makan2 sebelum kakak Dini duduk asrama.. nanti kalau kakak Dini dah pegi asrama dah kurang sorang korum.. hehe..

Maka terjadilah gathering ini.. bila dah berkumpul tu.. kami buat jugalah tahlil keluarga & sepupuku Marlida ambil kesempatan untuk sambut besday twin nya sekali. Meriah sungguh dengan makanan. Tokcu Kathy dengan main dishes nasi putih & nasi beriyani, lauk pauk & juga pecal... aku & ida masing2 bawak kuih muih... biasalah tu kan.. tauke kuih bawak kuih jelah.. hehehe...

Penamat majlis... kami berbbq pulak... bakar ikan, sosej dll.... perut kenyang toksah citerlah... sampai betul2 dah tak boleh masuk lagi... syukran di atas rezeki dari MU ya Allah... terima kasih semua yang menjayakan majlis ini...





















Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..



Thursday, 31-Oct-2013 05:44 Email | Share | | Bookmark
Wedding Duan & Ida @ Raub, Pahang

Assalamualaikum & salam bertemu kembali....

Masih ingat lagi entry pertunangan Duan & Ida dulu tu? Yang MaDiHaA deko brownies untuk salah satu hantaran dorang tu. Dah lama dah kan...? Kalau ada yang masih ingat.. alhamdulillah. Kalau ada yang lupa.. boleh klik kat SINI ye... hehe... Kini mereka sudah pun berkahwin.. & perkahwinan ni pun dah lama dah sebenarnya.. hampir setahun yang lalu iaitu pada 24hb November 2012. Biasalah.. tukang update sekarang dah tak sempat nak 'kejar' update laju2 macam dulu2... hehehe.... sorry pengantin baru! Dah setahun pun pengantinnya.. haha... tapi mereka belum lagi ada rezeki timang cahaya mata. Takperlah kan.. kalau ada rezeki insyaAllah pasti tak kemana.

Oklah cerita dah lama.. nak cerita pun dah tak ingat apa yang nak diceritakan. Layan jelah gambar yang hanya ada beberapa keping ni je sebagai kenangan kami di Fotopages ni.



Kenduri di rumah pengantin perempuan kami tak dapat hadir. Takpelah dulu masa tunang dah dpt kenal rumah pengantin perempuan... Kami hanya balik masa kenduri rumah mak sedara suami iaitu kenduri di rumah pengantin lelaki. Tahniah Duan & Ida... moga bahagia hingga ke Jannah hendaknya & cepat2 dikurniakan cahaya mata.. amin..





Gambar anak beranak belaka. Masa ni tetamu dah takde... yang tinggal hanya anak beranak yang baru sempat menjamu selera... Biasalah... bagi tetamu makan dulu... anak beranak makan kemudian.. tukang perabih lauk pauk pengantin pun ye juga.. hehehe...



Dah penat bekerja geng Salam Generasi rehat2lah sekejap... sempat le bergambar juga buat kenangan.. hehehe..

Takde cerita best la kali ni.. hanya gambar2 ni aje.. InsyaAllah ada masa nanti MaDiHaA update lagi ye. Itupun takdelah cerita apa sangat pun.. Cerita2 family je.. Sekarang ni dok asyik ralit kat FB je pulak.. hahaha...

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..


Tuesday, 24-Sep-2013 23:35 Email | Share | | Bookmark
Abang & Sleep Study

 
 
Assalamualaikum...

Lamanya tak update cerita kat sini. Mood sedikit merudum.. hehe.. Kat blog pun dah lama juga tak update. Ni semua kes lappy kat rumah 'masuk hospital'. Hmm.. tak habis2.. hari tu telefon yang rosak... ni lappy pulak bermasalah. Jadi bila ada gadget yang rosak.. tak dapat la nak transfer gambar & sebagainya. Ini pun update fotopages dengan gambar2 yang lama.. edit2 sikit waktu2 lapang kat ofis.. jangan maree.. hehe...

Hanya untuk kenangan kami... gambar2 en. suami semasa beliau jalani pemeriksaan tidor atau dipanggil Sleep Study. Berikutan masalah en. suami yang agak serius yang kerap terganggu waktu tidor doktor di PPUM sarannya en. suami jalani Sleep Study. Ujian ni dibuat di rumah dimana pihak yang berkenaan akan datang ke rumah & pasang segala alat2 yang diperlukan. Ujian ini dikenakan bayaran sekitar RM300 lebih gitu. Itupun bergantung juga kita buat dengan siapa. Ada banyak syarikat, hospital atau klinik yang buat ujian ni. Kalau buat kat hospital berbayar (swasta) pun boleh.. tapi perlu tidor dihospital. Bayaran yang dikenakan faham2 sajalah bila sebut hospital swasta... Kami yang tak mampu nak bayar beratus2 atau ribu2 ni.. pilih buat dengan syarikat yang mengenakan harga yang kami mampu jelah..

Untuk maklumat detail kenapa perlu buat Sleep Study.. bolehlah baca artikel di bawah yang ku salin dari internet.

Quote:

What Are Sleep Studies?


Sleep studies are tests that measure how well you sleep and how your body responds to sleep problems. These tests can help your doctor find out whether you have a sleep disorder and how severe it is.

Sleep studies are important because untreated sleep disorders can raise your risk for heart disease, high blood pressure, stroke, and other medical conditions. Sleep disorders also have been linked to an increased risk of injury, such as falling (in the elderly) and car accidents.

People usually aren't aware of their breathing and movements while sleeping. They may never think to talk to their doctors about issues that might be related to sleep problems.

However, sleep disorders can be treated. Talk with your doctor if you snore regularly or feel very tired while at work or school most days of the week.

You also may want to talk with your doctor if you often have trouble falling or staying asleep, or if you wake up too early and aren't able to go back to sleep. These are common signs of a sleep disorder.

Your doctor might be able to diagnose a sleep disorder based on your sleep schedule and habits. However, he or she also might need the results from sleep studies and other medical tests to diagnose a sleep disorder.

Sleep studies can help diagnose:

Sleep-related breathing disorders, such as sleep apnea
Sleep-related seizure disorders
Sleep-related movement disorders, such as periodic limb movement disorder
Sleep disorders that cause extreme daytime tiredness, such as narcolepsy

Doctors might use sleep studies to help diagnose or rule out restless legs syndrome (RLS). However, RLS usually is diagnosed based on signs and symptoms, medical history, and a physical exam.


Semasa pertama kali jalani test ni.. anak2 teruja semua dok kerumun ayahnya.. hehe.. Ibu pun teruja gak sibuk ambik gambar... Maaflah en. suami seksi sikit... jangan tenung lama2.. hehe...



Kali pertama semasa dah siap pasang alat2.. masa ni dah pukul 10pm lebih ni.. alat ni akan dipakai sepanjang malam semasa kita tidor. En. suami kata kurang selesa pakai benda tu.. terutama alat yang dikepit pada jari buatkan en. suami semakin sukar nak tidor. Akibatnya.. result graf yang keluar tak memuaskan. Jadi En. suami perlu buat sekali lagi ujian ni. Yang baju kuning tu ialah kali ke dua kena pakai.. adehhh... muka pun dah masam tak macam pertama kali pakai..

Kalau nak tahu.. ujian kali kedua pun masih juga tak mendapat keputusan yang memuaskan. Kena lagi buat kali ke 3... kali ni.. wakit syarikat yang pasang tu hantar orang yang senior sikit untuk pasangkan alat tu.. yang dua kali sebelum ni.. dia hantar orang yang agak baru kot... alhamdulillah kali ke tiga ujian barulah dpt keputusan yang memuaskan. Keputusan yang keluar tadi en. suami perlu bawa ke pada doktor semasa temujanji seterusnya di PPUM. Keputusannya.. en. suami perlu jalani pembedahan tonsil kerana masalah tidor yang en. suami alami adalah berpunca dari tonsilnya yang sentiasa bengkak sehingga mengganggu tidor. Aduhhh... kecut perut dengar kena bedah. Tapi hingga ke hari ni en. abang belum lagi jalani pembedahan sebab berlakunya kejadian yang tak disangka2. Dalam bulan puasa yang lepas.. en. abang kemalangan & patah 3 tulang rusuk & terpaksa mc selama lebih dari 2 bulan. Jadi abang kata.. tunggulah dia sihat betul2 dulu barulah sambung balik rawatan masalan tidor atau sleep apnea dia tu. Aku hanya mampu berdoa moga suami ku cepat sihat dari cedera patah tulang & dapat melalui pembedahan tonsil dengan selamat juga.. amin...


Hanya gambar pertama kali & kedua kali je teruja nak ambik gambar. Kali ke tiga aku dah malas nak snap gambar.. hehe.. Oh ya lupa nak cakap.. walaupun perlu buat hingga 3 kali untuk dapatkan bacaan graf yang memuaskan hati.. syarikat ini hanya mengenakan bayaran utk sekali sahaja. MaDiHaA terlupa apa nama syarikat yang buat ni.. nanti kalau rajin MaDiHaA salin & update kat sini ye sebab skrg ni kat ofis & info semua ada kat rumah.. hehe..

Ok kat bawah tu nama syarikat yang buat Sleep Studies ni ya...
UPDATED 8/10/2013 :
Compass Medical. Untuk info lanjut boleh klik link di sini --> Compass Medical

Hingga jumpa lagi..

Itu saja cerita utk kali ni.. ada masa nanti MaDiHaA update lagi ye..

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Wednesday, 28-Aug-2013 04:18 Email | Share | | Bookmark
Konsert & Konvo Tadika Sinar Merah 2012

 
 
 
View all 11 photos...
Assalamualaikum & salam sejahtera...


Kali ni MaDiHaA nak simpan gambar2 sekitar konsert, konvokesyen & penyampaian hadiah Tadika Sinar Merah semasa Haziq tadika tahun lepas (2012). Pertama kali MaDiHaA tengok konsert sebegini. Dulu masa kakak Dini tadika.. takde konsert2 atau sukaneka bagai.. maklumlah.. tak mampu nak hantar tadika yang bayar mahal2 ni. Masa kakak Dini dulu.. 2 tahun bersekolah di Tadika Islam yang sama.. hujung tahun hanya ada sessi bergambar dengan jubah konvo tu je.. hehe.. Haziq 5 tahun pun MaDiHaA hantar dia ke tadika yang sama dengan kakaknya dulu. Alhamdulillah.. rezeki Haziq masa umur 6 tahun.. baru ibu & ayah mampu hantar ke tadika Sinar Merah pula.. merasalah tengok konsert & konvo persembahan murid2 tadika dari umur 3 tahun hingga 6 tahun. Seronok tengok keletah anak2 buat persembahan. Tak kekok.. petah bila bercakap di khalayak.. & buat persembahan pun memang menjadi.. Tahniah pada guru2 yang telah menjayakan konsert & konvo ni.

Haziq ni kata cikgunya pemalu sangat. Suruh masuk tarian taknak. Jadi Haziq hanya ambil bahagian dalam nyanyian nasyid yang hanya memerlukan pergerakan yang minima. Selain tu Haziq juga ambil bahagian dalam lakonan yang memegang watak sebagai pemburu. Kisah semut yang menyelamatkan burung dari ditembak pemburu.. hehehe... pandai juga anak ibu berlakon disamping 3 anak dara.. heheh..

Gambar2 yang aku ambil ni memang banyak yang tak jelas. Memang dah sedia maklum la kan.. ambil gambar bergerak guna handphone... faham2 sajalah hasilnya.. hehe.. Sebenarnya kami ada beli cd konsert ni dari guru tadika.. jadi bila rindu2 tu.. bolehlah tengok kan. Update kat sini hanya sebagai kenangan kat sini.

Jom kita tengok gambar2 konsert yang mengenengahkan konsep 1 Malaysia ni.. semua jenis lagu & tarian pun ada dari lagu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil & Hindi.. memang satu Malaysialah!


Semua ibu bapa berdiri semasa lagu NegaraKu berkumandang...




Gambar yang atas sekali tu.. murid2 mengucapkan selamat datang kepada ibu bapa & memperkenalkan diri mereka dalam 5 bahasa.. (1 murid satu bahasa bermula dari bahasa Malaysia, Inggeris, Hindi, Mandarin & Tamil). Kemudian diikuti oleh nyanyian nasyid dari murid2.. segak abang Haziq & kawan2nya berbaju melayu..murid perempuan pulak berbaju kurung & bertudung.. semua comel2.. heee..




Lupa dah apa nama lagu nasyid ni... alahaii... nampak sangatlah dah tua.. hehe..




Yang ni.. layan tarian dari anak2 yang comel.. yang comel & montel berskirt ala2 hawai girl tu.. baru umur 3 tahun.. tapi cerdik sangat.. petah berbahasa Inggeris bila dia perkenalkan diri.. maklumla anak cikgu tadika kat situ juga.. menari pun kemain lagi ha.. hehe.. Sebenarnya gambar2 tu.. MaDiHaA dah campur2kan.. ada 2 persembahan kat atas tu..












Tiba giliran abang Haziq berlakon plak.. hehe... tp masa berlakon tu tak ambik gambar sebab MaDiHaA sibuk dok ambik video.. hehe.. yang ambik gambar sebelum berlakon & selesai berlakon masa diaorang nyanyi lagu sahabat upin ipin..








Masa anak2 berjubah ni dibawa masuk ke dewan dari pintu depan.... siap berkompang & berbunga telur bagai.. meriah.. sementara nama masing2 dipanggil.. duduk dulu kat kerusi ni.. dapatlah ibu ambik gambar dari dekat.. adik Alin pun tumpang sekaki.. hehe..




Selesai sudah acara yang dinanti2kan.. last sekali semua murid2 nyanyi lagi I'm 4U.. ehh.. betul ke nama lagu tu ek? Bukannya tau sangat.. hehe.. kalau salah mohon maaf ye..

Sebenarnya.. ada juga persembahan lain yang aku tak ambik gambar.. masa dok sibuk bawak Alin pegi toilet.. tertinggal ler.. pastu gambar masa tetamu VIP berucap pun tak ambik gambar gak. Panjang lebor berucap.. tetamu naik ngantuk dibuatnya. Yang boringnya bila berucap tu.. ada sikit2 berbaur politik.. haii.. jadi langsung tak minat nak dengar.. ada ke patut.. disuruh merasmikan acara konsert & konvo tu.. dia ambik kesempatan pulak nak berkempen.. tak kena langsung..


Sebelum beredar.. ambil gambar kenangan depan pentas. Masa ni kakak Dini ada.. ayahnya pun ada juga (tapi takde gambar ayah & ibu.. hehe).. ambik gambar kenangan dorang 3 beradik je. Tapi yang frustnya.. terlupa nak ambik gambar abang Haziq berbaju melayu masa baru sampai tu... kelam kabut masa tu membetulkan sampin dia yang tak berapa betul.. huhu.. sorry abang...

Oklah.. itu saja cerita utk kali ni.. ada masa nanti MaDiHaA update lagi ye..

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Friday, 23-Aug-2013 05:32 Email | Share | | Bookmark
Wedding Nani & Wari di Raub, Pahang (rumah pengantin lelaki)

Assalamualaikum...


Hari ni nak sambung entry perkahwinan sepupu en. suami dalam entry yang lepas tu ye.. tapi kali ni sebelah rumah pengantin lelaki pulak iaitu kat Raub (kg suami ku jugalah tu). Tapi sebelum tu.. MaDiHaA ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin buat semua pengunjung yang masih sudi berkunjung di fotopages MaDiHaA ni ye.

Oklah.. tak perlu nak buang masa... jom kita tengok gambar2 yang ada ni. Peristiwa pada tahun lepas ni ye.. makanya.. banyaklah cerita detail yang dah lupa.. hehe.. so kita tengok gambar sajalah ye sambil2 ku mengomel sikit2 mana yang ingat..



Sebelum pengantin perempuan sampai.. klik2 dulu gambar anak, anak2 sepupu, sepupu en. suami & mak saudara en. suami... hehe..




Antara hidangan pada hari tu.. feberet no. 1 ku mestilah kerabu umbut kelapa & sambal hitam (Pahang) tu... memang marbeles! Kempunan kalau tak dapat tau.. Tapi sambal hitam tu hanya dihidangkan istimewa untuk keluarga pengantin perempuan saja tau (bukan untuk semua tetamu).. sebabnya.. sambal hitam tu tak buat sendiri.. tapi ditempah khas dengan harga yang boleh tahan jugala kan.. hehe.. ye.. bukan senang nak buat sambal hitam tu tau.. Tapi alhamdulillah.. sempat juga aku merasa sebab kami makan selepas keluarga pengantin perempuan pulang.. jadi sempatla rasa sambal hitam yang terhidang kat meja tu sebab kitorang beramai2 dok makan kat meja makan beradap tu.. hihi..




Macam biasalah.. geng Salam Generasi yang berbaju merah inilah penggerak utama setiap kali kenduri kendara kaum keluarga hubby diadakan kat kg suami yang terdiri dari 3 generasi. Eh.. kaum wanita pun membantu juga.. jangan dilupakan.. tinggal lagi takde uniform jek.. hehe.. Apa yang penting... kerjasama.. pasti semuanya akan berjalan lancar.. betul tak?




Pengantin baru dari Maran akhirnya dah pun sampai bersama keluarga pengantin perempuan... tetamu masing2 sibuk dok ambik gambar termasukla aku jugak.. tapi aku ambik gambar dari beranda je.. hehe.. Dalam gambar kat atas tu.. pengantin disuruh baling gula2 untuk kanak2... berebut2 la budak2 tu mengutip gula2.. hehe..




Pengantin bergambar dengan keluarga pengantin perempuan dari Maran selepas makan beradap...




Tak sah kalau pengantin tak bergambar dengan geng Salam Generasi... sepupu2 deme belaka.. hehe...




Close up sikit ye... jangan maree... hehe..


Okla thats all untuk kali ni... nanti ada masa MaDiHaA update lagi dengan gambar2 peristiwa yang lain pula ye.. tapi tak boleh janji bila... hehe..

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye.. nak order kuih pun boleh.. MaDiHaA ada juga terima tempahan sambil-sambilan.. hehe.. (siap promote plak ye..)



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net