Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Jun-2013 03:38 Email | Share | | Bookmark
Wedding Nani & Wari di Maran, Pahang (rumah pengantin perempuan)

 
 
 
View all 14 photos...
Salam semua....

Merajinkan diri edit & update gambar2 yang masih bersusun dalam folder tu... entah bilalah berjaya dimasukkan kesemuanya di sini. Inilah akibatnya suka simpan2 & tangguh2 kerja. Takperlah kan.. biarkan lambat asalkan semua kenangan tersimpan rapi di FP kesayangan ku ini...

Kali ni update gambar kenangan semasa kami menghantar sepupu en. suami yang bertemu jodoh dengan orang Maran, Pahang. Takdelah jauh sangat.. Raub & Maran tu kan... Pertama kali juga kami jejakkan kaki ke Maran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Majlis Wari & Nani ini berlangsung pada 30hb Ogos 2012. Masa ni Nani masih lagi berkursus di Sarawak.. balik cuti beberapa hari je masa hari perkahwinannya pastu terbang semula ke Sarawak. Eh! masa terbang balik Sarawak tu.. suaminya Wari hantarkan sekali.. kira bulan madu ke Sarawak gitu Alhamdulillah.. 10hb Jun 2013 baru2 ni Nani dah berjaya menamatkan kursusnya di Sarawak & telah kembali ke pangkuan suaminya yang tersayang. Barulah boleh menikmati kemanisan hidup berumahtangga yang sebenarnya kan.. hehe.. Kalau dulu balik cuti sekejap2 je... sabar jelah kan.. Jangan marah ye Nani & Wari.. kakngah ngusik awak je.. hehe..

Layan gambar ye...




Acara akad nikah diadakan di masjid berhampiran je dengan rumah pengantin. Pengantin perempuan ni anak kepada guru besar SK Ulu Luit.. Rumahnya pun berdepan je dengan sekolah tu..




Dah selamat dah.. maka sahla mereka menjadi suami & isteri...




Bergambar kenangan.. lepas selesai acara akad nikah.. kami dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera atau makan malam.. gambar tak ambil sebab suasana suram maklumlah malam kan.. dengan berbekalkan kamera hp ni.. lupakan saja niat nak ambik gambar... hihi..




Masa ni pagi keesokkannya.. sempat aku snap gambar hantaran dari pihak lelaki sambil2 menunggu giliran masuk bilik air.. maklumlah ramai kan.. hihi... Hantaran ni bukan hasil air tangan ku tau.. hehe.. tumpang ambik gambar je..




Kanak2 ribena... yang perempuan berbaju kurung tu anak2 saudara pengantin lelaki.. yang bujang tengah2 sorang tu anak kepada sepupu en. suami juga tu... kitorang berkonvoi ke Maran tak silap dalam 7 biji kereta kot (dah lupa plak sbb dah lama sgt).. Pihak perempuan dah siapkan 2 buah rumah persinggahan untuk kami semua...




Esoknya tu barulah majlis besarnya.. masih ada 2, 3 kereta keluarga kami yang bertolak dtg ke Maran pagi tu.. termasuk kakak & adik en. suami ku.. hehe.. dorang malas nak tidor kat Marah, so pagi2 dorang bertolak dari Raub.. alhamdulillah berjumpa kat rumah kenduri tu.. senang je nak cari rumah pengantin perempuan sebab kat tepi jalan besar je.. jumpa sekolah.. jumpalah rumahnya..

Bagi peluang kat anak2 dara je pegang hantaran... Tu kakak Dini dengan sepupunya Hanim (anak kakak en. suami) & gambar kat bawah tu.. rasanya pertama kali aku bergambar dengan adik beradik perempuan en. suami.. hehehehe... Sebelah aku tu.. adik en. suami yg nombor 4, sebelahnya kakak sulung en. suami yang sama sebaya umurnya dengan aku.. & yang tepi sekali adik en. suami no. 3.. manakala en. suami ku anak no. 2. Lagi 4 adik2 suami yang lain semuanya lelaki....




Menunggu ketibaan pengantin perempuan... ehh.. silap! Mula2 pengantin perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki.. bila kami dah sampai.. pengantin perempuan datang menyambut kedatangan suaminya la.. ehehee...




Maniskan warna pilihan baju pengantin.. suka pulak tengok warna biru tu...




Hantaran pun serba biru.. Pengantin dengan kedua2 ibu & mertua masing2...




Acara wajib bergambar bersama famili...





Makan beradap.. sebelum tu.. sebenarnya aku dah berbaris dah nak ambil nasi kat khemah tetamu biasa... memang kena berbaris sebab tetamunya ramai sungguh! Yelah.. guru besarlah katakan.. mestilah ramai yg kenal kan. Masa tengah berbaris tu kena cuit dengan kakak pengantin lelaki ajak penuhkan meja makan beradap.. alahaiii... sebenarnya aku dah terliur tengok sayur lemak umbut kelapa kat situ... heheee... takut kat meja pengantin takde hidang sayur lemak umbut tu.. hehe.. maklumlah kan.. biasanya kat meja pengantin ada lauk yang dimasak khas... hmm.. nasib baiklah ada juga lauk yang aku idam2kan tu.. aku ingat kalau takde.. nak aje aku mintak semangkuk dibawa ke meja mkn beradap tu.. kihkihkih... buruk benor perangai..




Makan kenyang2 ye semua... alhamdulillah dpt layanan first class dari keluarga pihak pengantin perempuan...




Sebelum kami semua balik meninggalkan pengantin baru.. sempatlah bergambar buat kenangan.. sebelum tu sempat juga bergambar dengan keluarga maklong en. suami yang tinggal kat Kuantan sebelum berpisah...


Ok itu sahaja gambar2nya........... till we meet again... but... don't know when.. hehe..
Lepas ni dengan gambar2 kenduri di sebelah rumah pengantin lelaki pula ye...


Terima kasih atas kunjungan kalian semua...

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye.. nak order kuih pun boleh.. MaDiHaA ada juga terima tempahan sambil-sambilan.. hehe.. (siap promote plak ye..)



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Tuesday, 18-Jun-2013 04:59 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 K.Terengganu 2012 (Part3 ~ Last Part)

 
 
 
View all 11 photos...
Assalamualaikum.....

Merajinkan diri untuk habiskan entry jalan2 Terengganu ni. Okay.. ini kesinambungan episod yang lalu ye... ni part yang terakhir dah ni ye... lepas ni update cerita lain plak..

Inilah aktiviti kami di Seberang Takir. Sampai je kat jeti tu.. bertanya2 kat orang kampong kat mana boleh beli keropok lekor. Saja nak beli kat situ.. fresh baru keluar dari periuk gitu.. kat pasar pun ada.. tp dah alang2 datang sini.. belilah sikit.. selain tu beli juga keropok keping (gambar di part 1 aritu) & belacan. Dah itu je yang berkenan.. ikan bilis pun ada.. tapi nampak macam kurang cantik so tak beli la.. Lepas masing2 dah beli apa yang dihajati.. kitorang pun bergerak semula ke jeti. Sebelum sampai ke jeti.. singgah dulu di kedai kopi berhampiran jeti untuk basahkan tekak. Sebenarnya perut belum terasa lapar sebab pagi2 sebelum keluar.. dah sarapan nasi lemak & bihun goreng yang en. hubby beli dari gerai... dia dah terer dah sikit2 jalan kat situ sebab dah kerap sangat dtg KT.. hehe.. Tapi walau perut masih kenyang.. jamah2 jugalah makan sikit2 sebab tekak teringin bila dah nampak makanan yg sedap2. Ada yang order nasi dagang, keropok lekor rebus pastu sempat gak merasa roti paung inti kaya homemade. Terlupa plak nak ambik gambar roti paung tu..





Bila masing2 dah hilang dahaga dengan budak2 ni paw lagi air botol & gula2... kami terus ke jeti untuk tunggu penambang. Snap2 gambar dulu sementara bot penambang sampai. Dari jeti ni kami nak sewa sebuah bot khas untuk kami sekeluarga. Hanya bayar tambang RM40 je untuk menyusuri sungai Kuala Terengganu.. perjalanan mengambil masa hampir 1 jam juga. Kami akan dibawa menyusuri sungai sehingga ke Pulau Wan Man untuk melihat Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal dari dalam bot... haa... lepas ni barulah puas naik bot kan... yang tadi tu sekejap sangat...





Ada beberapa bot sebelum tu.. tapi oleh kerana ada penumpang lain yang nak ke bandar kami kena bagi laluan untuk mereka dulu. Kena tunggu hingga betul2 takde penumpang barulah kami dibenarkan untuk sewa khas. Sekarang bot dah sampai.. & kami dapat bot yang sama dengan bot masa mula2 kami datang tadi.. hehe... Tapi naik bot ni.. takdelah pemandu pelancong yang nak menerangkan itu ini.. pandai2 sendirilah tengok apa yang ada sambil2 berborak sesama sendiri.. hihi..





Tengok tu.. penumpang lain dah takde jadi bolehla dok sesuka hati.. haha... tadi ambik gambar pun sipi2 je kot ternampak penumpang lain.. malu pun ye jugak... sekarang barulah jurufoto boleh ambik gambar betul2.. haha..





Masa kami ke KT hari tu.. dalam beberapa hari lagi akan berlangsung pertandingan bot berhias. Jadi sepanjang kami menyusuri sungai tu.. dapatlah tengok beberapa bot yang masih dalam proses dihias oleh mereka yang bertanggung jawap. Tapi aku hanya sempat snap sebuah je bot yang sedang dihias... bot yang dihias dengan kubah masjid Bot2 yang lain tu bukan taknak snap.. tapi jarak kami terlalu jauh... kalau guna kamera canggih memang selamatla jadi mangsa aku.. ngeh ngehh... Rupanya seronok juga dapat meronda dengan bot penambang ni... dapat tengok pelbagai aktiviti orang kampong kat tepi sungai tu yang tak pernah terfikir sebelum ni maklumlah hidup di tengah kota dengan hiruk pikuk kereta & kesesakan jalan raya. Bila sesekali dapat hirup udara nyaman & suasana kampong tepi sungai memang mengasyikkan. Sesekali teruja bila nampak ada bot2 besar atau bot2 nelayan yang tersadai tepi sungai tu... satu suasana yang lain dari kebiasaan bagi kami.. Ada juga ternampak beberapa orang yang sedang memancing dalam perahu kat tepi sungai di sebelah kiri kami.. dataran belah kiri tu takde kampong tp hanya pokok2 paya bakau.. mesti ada banyak ikan kat situ kan...





Dalam perjalanan tu.. bot kami bertembong dengan beberapa bot dari Taman Tamadun Islam River Cruise... wahhh.. mesti syok kan naik cruise tu... tapi tak kisahlah.. naik bot penambang pun syok juga.. bayar pun tak mahal sangat.. berbaloi satu bot hanya RM40 hahaha...




Dari kejauhan dah nampak dah Taman Tamadun Islam... tapi dapat tengok dari jauh jelah.. jadilah kan.. kalau masuk situ pun org kata luas sangat dalam tu.. letih kaki nak berjalan.. tambah ada budak2 kecik tu memang tak sesuaila..





Yang ditunggu2 dah semakin hampir dengan kami.... dah lama teringin sangat nak tengok Masjid Kristal... Akhirnya... berada di depan mata... berkilau2 dari kejauhan...





Dah semakin hampir... memang cantik sangat senibinanya... tapi sayangnya kami tak dapat nak masuk.. takperlah lain kali ada masa boleh pegi lagi.. insyaAllah...





Kat sini pun cantik juga... ada pokok2 lampu macam kat I-City Shah Alam.. ni kalau malam sure meriah kan.. Tak tau apa nama tempat tu...





Dah yang terakhir... inilah dia anak saudara baru ku... Kami panggil dia Mulan.. nama betul dah terlupa.. hahaha.. apa punya mak sedara nama anak sedara pun boleh lupa.. hihi...


Okaylah... nampaknya itu sajalah kisah kami di KT.... nanti kalau rajin2 ku update lagi xtvt kami yang lain pula.. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi terbaru dari MaDiHaA silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Monday, 17-Jun-2013 03:39 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 K.Terengganu 2012 (Part2)

 
 
 
View all 11 photos...
Assalamualaikum & salam sayang buat semua...

Sekarang dah pun masuk bulan Sya'ban kan.. cepat betul masa berlalu.. Umur pun dah semakin meningkat tanpa disedari.. anak2 dah semakin membesar. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan... Nampaknya tahun ni anak dara ku berpuasa di rantau orang. Nak buat macamana adat orang nak menuntut ilmu macam tu lah kan. Semoga kakak jangan sedih2 tak dapat berpuasa dengan ayah & ibu. Sebabnya.. bukan kakak sorang je macam tu.. kawan2 yang lain pun sama juga. Apapun sama2lah kita berdoa semoga dipanjangkan umur semoga kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini & semoga kita dapat memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia itu nanti.

Oklah jom nak sambung Jalan-jalan ke Kuala Terengganu tempohari. Kemain lama gambar2 ni tersimpan. Bila dah banyak sangat snap gambar mulalah rasa malas nak mengedit & update. Tu yang pelik.. snap gambar rajin tapi nak mulakan mengedit tu sikit punya malas.. Ni pun paksa2 mengedit sikit-sikit & alhamdulillah dapatlah kongsikan kat sini buat kenangan kami sekeluarga di masa hadapan. Sayang nak buang macam tu je gambar2 ni walaupun hanya ambil dari handphone. Sebab setiap gambar tu ada kenangannya yang tersendiri. Nak dicuci & simpan ke album zaman sekarang ni dah jarang dah dibuat kecualilah kalau gambar ambil dari kamera canggih tu kan. Gambar yang kurang kualiti gini aku simpan jelah dalam album digital ni buat tatapan anak cucu cicit ku nanti... hehehe...

Sebenarnya.. tempat yang kerap kami sewa tiap kali ke KT ialah di homestay Angsana gambar kat bawah ni. Homestay ni letaknya bersebelahan dengan Batu Buruk Beach Resort tu je... iaitu di belakang kedai makan sejajar dengan Pantai Batu Buruk... tu Gambar dari kejauhan Pantai Batu Buruk aku ambil dari halaman homestay tu. Homestay ni luas & ada banyak bilik tak silap ada 5 bilik atau lebih dah lupa plak sebab dah lama sangat.. hehe..... Kalau datang 3, 4 buah kereta pun masih boleh muat. Selesa sangat. Sebahagian bilik ada aircond & yang lain2 ada kipas disediakan. Bilik air ada 2.. hall pun luas, bahagian dapur luas kalau nak masak pun boleh... tapi kena bawak tong gas sendiri ye... periuk tak perasan plak ada ke tak.. sebab kitorang cuma masak air je guna jug heater tu untuk buat air teh o.... memang selesa sangat2 & harga pun tak begitu mahal. Kat bahagian luar ada tempat untuk bbq disediakan tapi kitorang tak pernah pun bbq takde masa. Tu kat bawah tu gambar kitorang makan malam kat restoren tak jauh dari homestay tu... jalan kaki je nak ke restoren tu.. tengok tu mcm2 memek muka anak2 yg boring tunggu makanan tiba.. Ni sebenarnya kami ke KT hari lain tak sama dengan yang episod 1 tu tau.. memang kerap kitorang ke KT tahun lepas.. ha.. jgn tak caya..





Malam tu masing2 makan nasi goreng pastu order lauk tambahan sup tulang, tomyam & somtam... yumyum... Nasi goreng yang warna pink tu nasi goreng Thai... alahaiii... nasinya ngapalah terasa manis.. sampaikan Alin pun taknak makan.. Pada hematku.. kemungkinan manis tu datang dari sos cili thai kot.. tak pun.. memang tukang masak ada letak gula.. hehehe... Sebenarnya ini bukan pertama kali terkena nasi goreng terasa manis (bukanlah manis leting.. tp mmg terasalah manis bila kita mkn tu).. ada satu kedai tu en. abang plak yang terkena nasi gorengnya terasa manis. Agaknya.. dorang goreng ada letak gula kot... dah la hubby tu lidahnya sensitif.. walau letak gula secubit pun dia boleh rasa.. hehehe... pastu 2nd time singgah kedai tu.. hubby pesan siap2 nasi goreng jangan letak gula ye... hehe...





Kat bawah tu pulak homestay lain plak tp terlupa namanya.. Yang ni pun kitorang datang hari yang lain juga (sebab tu pelakon2nya tak sama setiap gambar.. perasan tak? hihi). Memang tahun lepas boleh dikatakan beberapa kali juga 'melancong' ke KT ni... tiba2 je macam orang kaya plak asyik jalan2 je.. hehe.. masa ni sebenarnya kitorang dah booking siap2 kat tuan punya homestay Angsana tu nak sewa untuk malam tu.. Tapi hari tu kitorang bertolak lewat sebab ada beberapa hal yang nak diuruskan dulu. Jadi sampai ke KT ngam2 maghrib. Bila kami sampai tengok2 homestay tu cerah lampu terpasang & ada 2 buah kereta parking kat situ.. Alamakkk!! dah ada penghuni ke? Terus la kami call tuan punya homestay dan beritahu yang kami dah sampai (biasanya kami call untuk ambil kunci). Pastu tuan homestay mintak maaf sebab dia dah sewakan kat orang lain.. Sangkanya kami tak jadi datang. Hok aloh... kesiannya kat kitorang.. datang jauh2 tp homestay dah ada orang lain masuk pulak. Mungkin silap kami juga sebab tak telefon bagitau kami lewat sikit. Berkali2 tuan homestay tu mintak maaf.. & dia bagi nombor telefon kawannya & nasib baiklah homestay kawan dia kosong. Yang gambar kat bawah tu lah homestay kawan dia yang kami sewa malam tu. Tapi harganya mahal seratus berbanding dengan homestay Angsana tu. Apa nak buat.. sewa jelah daripada kena tidor dalam kereta kan.. huhuhu...Homestay kat bawah tu memang cantik hiasan dalamannya berbanding dengan Angsana.. tapi kalau nak ikut keselesaan kami lebih selesa di Angsana. Sebab tu tiap kali ke KT kami suka sewa di Angsana.

Ni kami bergambar sebelum keluar jalan2 keesokkannya..




Homestay ni biliknya pun banyak juga.. TAPIIII.. yang kurang best banyak tilam dorang tak best. Jenis tilam yang tenggelam bila tidor.. hehehe.. sebab tu aku kata homestaynya cantik hiasan dalaman tapi kurang selesa terutama tilamnya tu.. sakit pinggang dibuatnya tidor atas tilam yang tenggelam.. ma terpaksa bentang comforter atas lantai je sebab tak best tidor atas tilam.. hehe.. Oh ya.. homestay ni takde dapur.. takde ruang singki.. so kalau nak cuci2 apa2.. kena cuci kat sinki cuci tangan yang kecik tu je..





Pagi tu kitorang ronda2 kat Payang Walk ni (betul ke eh?) Cadangnya nak naik penambang. Saja aku nak merasa sebab belum pernah naik penambang. Ma kata kalau nak sewa penambang untuk menyusur sungai pun boleh... cuma RM40 je untuk satu bot/penambang. Tapi ni penambang tradisional la ye... bukannya bot yang canggih2 atau bot mewah tu.. heheee..





Sesambil tunggu bot penambang sampai.. lepak2 dulu kat sini...





Cuaca panas betul hari tu... lebih2 kat tepi laut macam tu..





Masing2 teruja bila bot penambang sampai. Aku? Teruja pun ye.. berdebar2 pun ye juga.. hehe.. Penambang kat sini ada 2 kalau tak silap aku la.. satu ke Pulau Duyong & satu lagi ke Seberang Takir. Kami naik penambang ke Seberang Takir dengan tambang RM1 bagi dewasa. Budak2 50 sen je kalau tak silap.. ingat2 lupalah. Masa ni ada juga penumpang2 yang lain yang kebanyakkannya baru balik dari Pasar Payang untuk membeli keperluan masing2. Kitorang ni umpama pelancong tempatan la... hahaha... naik penambang pun jakun... maklumla tak pernah rasa..





Anak2 pun sama teruja... memang seronoklaa kan sebab pengalaman pertama dorang... Tengok tu... masing2 muka teruja dapat naik bot.. hehehe...tapi tak puas sebab sekejap je rasanya...





Anak2 dah buat bot penambang ni macam dia yang punya... suka2 hati dia je nak duduk kat mana2..





Tengok.... dah sampai pun ke jeti Seberang Takir... destinasi kami yang tak tau nak kemana.. hehe.. yelah bukan ada sedara pun kat situ.. saja je nak merasa naik bot. Nak tau apa kami buat di Seberang Takir?? Ikuti sambungan Jalan2 ke Terengganu episod seterusnya ya... heheee... Nak masukkan semua gambar banyak sangat takut nanti lambat pula nak download... Ok hingga jumpa lagi dilain siaran ye...



Terima kasih sudi berkunjung ke sini...

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Wednesday, 22-May-2013 03:08 Email | Share | | Bookmark
Jalan2 Kuala Terengganu 2012 (Part 1)

 
 
 
View all 9 photos...
Assalamualaikum..... salam sayang buat semua silent readers sekalian...

Maaf ya sebab semua readers tak dapat nak meninggalkan komen di entry MaDiHaA. Bukan tuan rumah tak benarkan kalian meninggalkan komen.. tapi tak tau kenapa Fotopages dah tak boleh tinggalkan komen. Mungkin sebab banyak sangat komen2 iklan & sebagainya kot. Kalau ikutkan.. MaDiHaA sendiri pun rindu nak tinggalkan komen di entry kawan2 yang masih rajin update seperti FP Kak Rusnah & Pakcik PI... tp apakan daya.....

Syukur alhamdulillah.. hari ini diberikan keluasan masa & kesempatan untuk update lagi di fotopages yang banyak kenangan ini. Gigih MaDiHaA update gambar2 yang masih banyak dalam folder ni. Tak tau entah bilalah akan habis. Sekarang sedang berusaha untuk menghabiskan semua gambar2 di tahun 2012. Sekarang dah masuk tahun 2013... tapi gambar2 ni semua gambar2 tahun lepas... harap maklum ye... hehe...

Oklah tak mau membebel banyak... jom saksikan gambar2 kami di Kuala Terengganu!

Tahun 2012 banyak kenangan pahit, manis, sedih & pilu sehinggalah ianya membawa kami berkali2 'melancong' ke Kuala Terengganu. Yang pahit MaDiHaA malas nak kenang... biarlah ia menjadi kenangan & memori buat kami sahaja.. hanya yang manis2 sahaja nak dikongsikan di sini.. hehe... Gambar2 ni semua ada yang digabung2kan & macam berterabur sikit ye... tapi semuanya berkisar pasal 'percutian' kami di Kuala Terengganu... jom saksikan! Oh ya.. pada yang belum pernah ke Terengganu... silalah berkunjung ke Terengganu kerana tahun 2013 ini adalah Tahun Melawat Terengganu Darul Iman!

Selamat Datang ke Terengganu!
Pintu gerbang di sempadan negeri Pahang & Terengganu sedia menyambut kedatangan anda!


Sepanjang berada di KT... ada beberapa tempat yang pernah kami tinggal. Tapi yang paling anak2 suka tentulah di Batu Buruk Beach Resort ni sebab ada kolam & anak2 boleh berendam! Hishh.. budak2 ni.. macamlah tak pernah jumpa kolam renang... padahal kat rumah sendiri pun ada... tapi kat tempat orang juga yang dorang seronok.. hehe...



Sempat jugalah meronda2 sekitar bandar KT... sempat ke Hospital Besar Kuala Terengganu ketika itu melawat jiran lama ma waktu kat kampong dulu yang dimasukkan ke hospital. Sebenarnya arwah ayahnya tu ketua kampong kat situ. Tuan Hj. Abdullah bin Ali... inilah orangnya yang perkenalkan ma pada arwah ayah... hehe.. orang kata nak jadi jodoh kan.. Hj. Abdullah ni adalah guru besar di salah sebuah sekolah di daerah Dungun. Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Dungun. Sempat jugalah bersembang2 sekejap... maklumlah dah lama tak berjumpa. Semoga beliau segera sihat.. amin..



Terlanjur ke KT.. tak sah rasanya kalau tak singgah ke Pasar Payang... Tapi kami hanya meronda bahagian bawah sahaja. Nak meronda bahagian atas.. takde bajet ke arah itu... jadi baik tak payah pegi.. nanti buat teringin aje..hehe.. Lagipun pegi beramai2 dengan budak2 kecik ni leceh nak pegi tempat2 macam tu..




Meronda bahagian bawah Pasar Payang.. apalagi yang ada kalau bukan makanan2 jelah. So.. inilah antara yang sempat MaDiHaA capai serba sikit buat ole2 kawan2 & jiran2 di PJ. Kebanyakan makanan2 yang dibeli semua makanan feberet MaDiHaA & en. suami.. hehe..




Antara yang best.. jeruk mamang... hehe.. jeruk maman bahasa sepatutnya... ini memang feberet MaDiHaA... dulu masa berkebun memang selalu ma buat sendiri jeruk maman ni...



Sebelah petang pula.. ambil angin kat Pantai Batu Buruk sambil2 kekanak riang naik kereta kuda... layankan ajelah..



Banyak round juga kereta kuda ni buat pusingan... puaslah dorang naik...



Dan gambar kat bawah tu.. antara restoran yang wajib kami singgah tiap kali ke Kuala Terengganu... restorannya adalah di tepi jalan besar berhampiran dengan pantai... kiranya.. kalau on the way nak balik dari KT barulah nampak restorennya ya... Banyak menu2 dari negeri Terengganu yang ada kat sana.. ketupat sotong, nasi dagang, lempeng, rojak kateh.. semuanya sedap2 ditekak kami. Menu2 biasa seperti nasi lemak, nasi putih lauk2 kampong pun ada juga.


Nanti ada lagi sambungan jalan2 ke Kuala Terengganu part 2 ye... harap2 masih ada kerajinan untuk edit gambar2 tu...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Wednesday, 8-May-2013 07:39 Email | Share | | Bookmark
Raikan Hari Lahir Anak Saudara & Adik-adik.....

 
 
 
Assalamualaikum....


Malas sungguh nak godek FP skrg nih. Tiba2 mood nak update FP merudum. Sebenarnya hajat di hati nak update peristiwa2 family kami ke FP mengikut turutan.. tapi dek kerana gambar peristiwa seterusnya tu terlalu byk gambarnya terus niat nak edit gambar jadi lemau... heheheeee... banyak gambar salah, sikit gambar pun salah.. hahaha...

Untuk elakkan FP bersawang lebih tebal... terpaksa rajinkan diri edit jelah gambar2 yang sedikit ni... Mungkin beberapa bulan lepas tu aku dok kalut sibuk dengan macam2 hal kot.. Ni dah lega sikit kotlah datang rajin nak edit2 balik gambar2 yang berderet tu.. haha. Harap2 macam tu lah..

Gambar2 kat bawah ni gambar waktu meraikan hari lahir anak saudara aku iaitu Ayu yang sebaya kakak Dini. Genap umurnya 12 tahun pada 10hb Ogos 2012. Beza 13 hari je dengan kakak Dini.. hehe... Kek tu ditempah oleh adik aku.. katanya nak kek biasa2 je.. yang penting taknak cheese cake tapi nak letak blueberry... maka itulah kek yg berjaya dihasilkan buat anak saudara. Sponge Blueberry Cake.... Kengkawan Ayu tak percaya kek tu dibuat sendiri oleh maklongnya.. katanya dah serupa macam beli kat kedai.. hehe.. Itu baru maklong deko bodoh2 je tu... kalau maklong deko ala2 superwomen mau semua org terbeliak biji mata . acah je tu.... yg iyernya... setakat tu jer maklong pandai buat........ hehe... Apa2pun maklong doakan semoga Ayu berjaya dlm pelajaran ye..



Ayu jemput kawan2 berhampiran rumahnya... Angah sempat siapkan maggie goreng, dadih & burger. Sesuailah tu utk budak2 kan. Kuih tu jiran sebelah yang bagi... Sampai berlebih2 makanan... siap boleh bwk blk sorang sebiji burger tu...



Bergambar kenangan dengan sepupu2nya (anak2 ku) & kawan2nya... Gambar gelap sbb tak cukup cahaya.. maklumla maklong guna kamera handphone cap ayam jek.. masa ni handphone cap ayam maklong masih bernyawa lagi... la ni hp tu dah tamat riwayatnya.. huhu...



Beberapa bulan lepas tu... kebetulan adik2 ada datang KL.. maka berkumpullah kami 4 beradik serta ma kat rumah angah. Sedang molek masa tu besday2 mereka bertiga ni ada yang baru lepas & ada yang beberapa hari lagi. (Besday Dee 29/11, Abby 2/12 & Angah 23/12). Makanya masa nak ke Klang.. aku belikan kek besday berkongsi utk dorang konon2 buat surprise la.. hehe.. beli kek kecik je... nak buat kek sendiri tak sempat sebab deme ni kalau dtg KL suka datang mengejut! Nak beli kek besar poket masa tu tak berapa tebal.. hehe.. Jadilah kan.. wat tambah2 pencuci mulut...


Malam tu ma goreng mee goreng basah... yumyum.. sedapnyerla air tangan ma... Ada juga sira pisang & cekodok pisang & lagi satu dah terlupa dah apa benda.. haha. maklumlah dah lama sgt peristiwa ni...

So itu jelah cerita untuk kali ni... Ada kerajinan nanti adalah keluar cerita lagi..kalau takde tunggulah sampai tuan tanah kedaung rajin kembali...


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net