Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Mar-2013 05:11 Email | Share | | Bookmark
Sukaneka kali ke 52 S.K Assunta 2 (2012)

 
 
 
View all 10 photos...
Assalamualaikum...

Buat kesekian kalinya aku merajinkan diri mengupdate entry untuk hari ini. Dan buat kesekian kalinya juga ibu abadikan gambar2 sukaneka di sekolah kakak Dini pada tahun lepas iaitu tahun terakhir kakak Dini bersekolah di situ. Nampaknya.. lepas ni no more gambar2 sukaneka dari Sekolah Assunta II sebab sekarang kakak Dini dah pun masuk tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah agama (berasrama) di Pahang. Abang Haziq pulak tak bersekolah di Assunta sebab sekolah tersebut hanya untuk murid2 perempuan sahaja... hehe. Adik Alin pula.. lagi 3 tahun baru masuk tahun 1... masih panjang lagi masanya tu.. belum pasti lagi nak hantar di sekolah mana... just wait & see... hehe..

Oklah bercerita pasal adik Alin... syukur alhamdulillah dia telah pun sihat dari demam & kini sudah pun berselera makan. Genap 7 hari Alin tak sihat.. dengan demamnya, dengan sakit badannya, dengan tak selera makan & sentiasa mengadu sakit perut & kerap juga muntah2. Dah pun berjumpa dengan 3 orang doktor... Sekarang.. dia cuma mengadu sakit2 badan... mungkin sendi2nya masih sakit & badan masih lenguh2.. biasalah kan.. kita orang dewasa pun macam tu juga.. waktu demam & lepas demam mesti badan rasa lenguh2... Apa2pun.. syukur sangat2 kepada Allah s.w.t kerana telah makbulkan doa2 ku... kalau masih berterusan.. kami dah bercadang akan bawa Alin sekali lagi ke PPUM di bahagian trauma pula pada hari Sabtu baru2 ni untuk pemeriksaan lanjut. Tak sempat di bawa.. pagi Sabtu tu.. Alin dah minta makan.. alhamdulillah..

Oklah layan gambar yang tak seberapa ni.. Sukaneka S.K Assunta II kali ni berlangsung pada hari Sabtu 30 Jun 2012. Buat pertama kali diadakan di Padang Sekolah Menengah Assunta kerana pada hari yang sama S.K. Assunta I juga mengadakan sukaneka (sekolah tersebut berkongsi bilik darjah & padang sekolah di mana S.K Assunta II bersekolah petang & S.K. Assunta I bersekolah pagi dengan bergilir2 setiap tahun). Jadi bila sukaneka diadakan pada hari yang sama.. maka terpaksalah S.K. Assunta II pinjam padang sekolah menengah pula. Besar betul padang sekolah menengah ni... biasa nampak khemah & budak2 buat persembahan atau sukaneka dari dekat je.. kali ni jarak pemandangan agak jauh gitu... Dah la kamera 'canggih' bebenor.. jadi tengok jelah gambar2 yang tak semenggah ni yer... hehe...



Rumah sukan masing2 yang hanya mampu diambil gambar dari kejauhan. Tak larat nak ambik gambar dari jarak dekat... malas nak menapak.. hehe...




Macam biasalah.. acara pasti dimulakan dengan acara perbarisan. Kali ni kakak Dini dah malas nak masuk acara perbarisan.. tapi hanya daftar diri sebagai Quarter Master iaitu murid2 yang tolong siapkan peralatan semasa acara sukan dijalankan.




Perbarisan diteruskan dan peserta ambil tempat masing2 sebelum ikrar dibacakan...




Ikrar dibacakan & selepas tu... persembahan tari dalam lagu dimulakan.. aku selalu lupa apa yang patut dipanggil untuk acara ni.. hehehe.. memandai jelah aku panggil tari dalam lagu sebab murid2 ni semua menari2 buat persembahan ikut rentak lagu2 rancak yang dimainkan.. hehe.. ini juga salah satu acara yang ditunggu2 sebenarnya... ralit tengok dorang buat persembahan sebelum persembahan dari pasukan sorak tu.. Ini kali terakhir la dpt tengok murid2 buat persembahan gini sebab now kakak Dini dah bersekolah di asrama... sekolah agama plak tu... sah-sah la takde buat macam ni kot.. lebih2 lagi acara pasukan sorak yang pakai seksi meksi tu.. hihi...




Okey... tiba giliran pasukan sorak buat persembahan..






Hanya gambar2 3 pasukan je yang sempat ambik gambar iaitu Claire, Francis & Hermine... manakala pasukan Assunta (merah) tak sempat nak ambik gambar sebab masa tu si Haziq sibuk ajak gi mana tah... lupa dah.. gi toilet ke gi makan.. masa pegi ni memang tak bawak adik Alin sebab takut dia bosan.. dah la masa ni kereta tak berapa sihat... bimbang juga kot kereta buat hal.. ada budak2 kecik ni payah sikit.. so hanya pegi dengan kakak & Haziq je...




Padang sedang disiapkan untuk acara sukan.. tak ambik pun gambar murid2 bersukan sebab jauh sangat.. tak tau apa benda yang dorang mainkan... sayup sayup je... lagipun bateri hp pun dah nak kong dah masa ni..





Ini pula macam biasa.. selingan selepas sukan selesai iaitu sebelum acara penyampaian hadiah...




Antara gambar2 semasa kakak Dini masuk acara tarik tali. Ada gambar yang ditag oleh kawan2 kakak Dini kat FB sebab masa ni bateri kamera handphone aku dah habis sepenuhnya & memang tak boleh ambik gambar. Pasukan kakak Dini juara... hehe.. tahun 2012 kakak dapat 2 medal iaitu johan acara tarik tali & naib johan acara lontar peluru... tu jelah acara yang paling sesuai utk kakak nampaknya selain bola jaring... nampaknya memang pewaris ibunya jugak..


Oklah.. itu saja cerita kali ini..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Sekian dulu kisah untuk kali ni... ada kesempatan akan dikongsikan lagi cerita2 kami yang lain pula... Terima kasih semua...


Wednesday, 27-Feb-2013 21:54 Email | Share | | Bookmark
Taman Ular Sawa & Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan

 
 
 
View all 8 photos...
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Kembali bersiaran di fotopages kesayangan hamba ini.. Sebenarnya gambar2 ini semua sempat ku edit sejak minggu lepas lagi.. tapi nampaknya baru hari ini sempat di publish.

Dah dua hari aku terpaksa ambil cuti emergency sebab anak dara bongsu ku yang bambam sekali tu diserang demam panas. Sejak hari Sabtu dia demam sehingga ke hari ini dah masuk 5 hari... masih lagi demam. Hari Sabtu tak bawa ke klinik sebab masih ada ubat demam kat rumah.. jadi bagi ubat yang ada tu dulu. Hingga ke Ahad tak nampak perubahan akhirnya bawa ke Klinik berdekatan rumah. Bila doktor cek suhu badannya.. 39.6 darjah celcius! Ya Allah.. terkejut aku.. Doc kata tonsil pun bengkak.. mgkin sbb tu dia pun tak selera nak makan. Membawa ke hari Isnin masih tak berubah.. demam masih on off.. tp yg banyaknya memang panas sokmo badannya walau selepas 1 jam atau 2 jam beri ubat & antibiotik... macam ubat tak serasi je dgn dia.. jd Isnin tu kenalah ambil emergency leave. Malamnya berharap demamnya makin berkurang tapi nampaknya sangkaan meleset.. malam tu paling teruk panas.. terpaksa ibu berjaga utk pantau keadaan dia.. kena selalu jaram kepala dgn kain basah.. Kdg2 nmpak dia menggigil2 kesejukan walaupun dah berselimut dengan comforter... kesiannya Alin. Pukul 2.30 waktu beri ubat.. setengah jam kemudian rasa badan.. masih panas. Selepas sejam rasa badan.. masih juga panas. Terus sms ayahnya yang kerja mlm ajak bawak ke hospital pula esok pagi (selasa). Lepas hantar abang Haziq ke sekolah & pulang kerumah & bersiap sementara tunggu ayah pulang dari kerja. Kemudian terus ke hospital PPUM. Doktor cek segala & darah terpaksa di ambil sebab Alin dah 4 hari demam.. takut ada denggi juga sebab kulitnya dah nampak ada rashes.. Lepas 1 1/2 jam baru keputusan keluar.. alhamdulillah platlet darah normal bermakna bukan denggi. Tapi menurut doktor ada tanda2 viral infection.. Doktor am terpaksa panggil pula doktor pediatric untuk periksa lanjutan & lebih detail. Tambahan pula Alin tergolong kanak2 obes... jadi dos ubat kena lebih dari kanak2 normal. Hingga ke petang juga barulah selesai segala. Tapi alhamdulillah sebab tak kena admit.. Doktor hanya bagi ubat demam & antibiotik dengan dos yang sesuai dgn berat badannya. Masih ada rawatan susulan selepas ini.. harap2 semuanya okay. Doa2kan anak ku cepat sihat ye kawan2...

Oklah hari ni nak kongsi gambar2 sekitar cuti sekolah pada bulan Jun 2012. Waktu ini kami dalam perjalanan pulang ke kampong ku di Keratong sebab ada kenduri kahwin. Oleh kerana kami pulang siang hari (biasanya kami blk malam) jadi ambil peluang untuk singgah melawat Taman Ular Sawa di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Taman Ular Sawa ni dibuka pada Oktober 2010.. tapi aku tak pernah berkesempatan untuk singgah disebabkan kerap pulang ke kampong waktu malam.. hehehe.. Jadi bila dah ada peluang tu.. apalagi.. melawatlah kejap.. Sempat juga bawa anak2 mandi-manda di Ulu Bendul tu.. Bila sebut Ulu Bendul.. mungkin masih ada yang ingat pada Duta Ulu Bendul di Fotopages iaitu si Fazza Rinna kan? Yup.. sempat juga buat kali ke dua kami bertemu... kali ni sempat kami singgah sekejap kat rumahnya untuk melawatnya yang baru dapat baby no. 3. Baby perempuan yang sangat comel & montel iaitu baby QQ (nama timangan). Tapi sayang sebab gambar2 yang di ambil byk yg tak cantik.. maklumlah tangan org lain yg snap.. hehe.. Ok jom layan gambar2 yang ada ni ye...


Biasanya kami melalui susur Senawang untuk pulang ke kampong. Melalui jalan ke Kuala Pilah inilah kita akan jumpa Hutan Rekreasi Ulu Bendul.. Kat sinilah terletaknya Taman Ular Sawa satu2 taman ular sawa yang terdapat di Asia. Masuk ke sini (buat masa sekarang) adalah percuma.




Kena menapak naik tangga sikit untuk ke sini. Di bahagian tengah ditempatkan ular sawa yang saiz sangat besar. Tapi semuanya senang enak tidor. Gamaknya baru lepas makan... tak seekor pun yang bergerak. Semuanya berlengkar macam ular sawa... kekekekee... dah nama pun ular sawa kan.. agaknya sebab tu orang selalu cakap bila seseorang kenyang lepas makan lalu terbaring.. digelar macam ular sawa..




Ular2 sawa bersaiz sederhana diletakkan di dalam cermin begini. Jadi kita boleh tengok dalam jarak yang dekat.. Macam ada di depan mata saja. Tengok2 ular di dalam cermin ni.. kadang2 tengok2 juga kat bahagian bawah manalah tau ada ular liar yang tiba2 nak melintas.. hehehe... maklumlah kan dalam hutan.. jadi kena sentiasa berhati2..




Kat sini juga ada beberapa ekor ular anaconda yang dipamerkan. Tapi macam biasa semuanya malas & sedang berehat. Ada yang menyorok dicelah2 batu, ada yang menyorok di dalam lubang2 kayu yang disediakan. Waktu kami datang tu.. anak2 anakonda yang baru dilahirkan sudah berusia beberapa minggu. Menurut sumber 3 ekor anak anaconda dilahirkan oleh induk pertama pada bulan Mei (waktu kami dtg tu bulan Jun). Kemudian induk kedua pula melahirkan anak sebanyak 27 ekor menjadikan jumlah kesemua yellow anaconda menjadi 33 ekor (termasuk induknya). Banyakkan? hehe... comel2 jer.. Yer.. jangan tak percaya ular anaconda tidak menetas tetapi dilahirkan spt mamalia... kalau nak tau lebih lanjut silalah bertanya kepada en. google yer sebab aku tak tau nak cerita lebih2 sebab bukan pakar.. hehe... tapi itulah serba sikit yang diberitahu oleh penjaga taman tersebut.




Dah puas melihat ular2 tersebut.. kami pun turun semula ke bawah. Sambil turun sambil menikmati udara segar hutan & panorama hutan yang sangat mendamaikan...




Seterusnya bila dah sampai sini... tak boleh lepaskan peluang untuk bermandi manda.. Alhamdulillah sempatlah bawak anak2 mandi manda & berkelah di sini sebab awal pagi tu aku sempat goreng bihun & nugget untuk bekalan. Kat sini pernah berlaku kejadian kepala air yang telah mengorbankan 3 orang kanak2 (adik beradik). Jadi untuk langkah keselamatan pengunjung papan tanda amaran telah didirikan di sini supaya lebih berhati2.




Bukan main seronok anak2 & hubby bermandi manda. Aku bagi peluang anak2 mandi manda dulu sementara tu aku ambil gambar dulu puas2.. hehe.. Lepas tu aku pun turut sama keceborrrrrr dalam air.. jadi no more gambar sebab aku pun dah tak sabar nak berendam.. Bila dah masuk air dah malas nak pegang handphone... buatnya jatuh dalam air tu... nangis tak berlagu ler aku..




Sebagai kenangan walaupun gambar kelabu asap... letak jugalah gambar aku dengan Fazzarina ni kat sini.. Sempat kami singgah utk melawat baby QQ & Rinna yang masih dalam pantang waktu ni. Tahniah Rinna utk kelahiran baby ke 3 ni & terima kasih untuk layanan mu walaupun dalam pantang.. sempat juga jamu kami yang datang dari jauh tu.. Lepas ni Rinna akan berpindah ke rumah barunya (rumah sendiri) yang bakal siap tak lama lagi.. nnt bolehlah tengok rumah baru Rinna pula..

Ok that's all cerita untuk hari ini... next time will be more new story... insyaAllah..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Sunday, 17-Feb-2013 20:52 Email | Share | | Bookmark
CaCa MaRbA

 
 
 
View all 11 photos...
Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca....

Hari ni sekali lagi MaDiHaA merajinkan diri mengupdate FP kesayangan ini walaupun hanya sekadar gambar2 biasa xtvt kami di waktu-waktu lapang dengan anak-anak. Bukan senang juga nak ada masa bersantai macam ni sebab en. suami MaDiHaA cutinya bukan serupa dengan orang lain. Kadang2 hari Sabtu & Ahad pun dia kena kerja. Paling sedih.. public holiday pun kena kerja.. kalau dapat double atau triple pay okay la jugak.. ni kena kerja untuk replace cuti pada hari lain.. Contoh macam baru2 ni.. cuti Thaipusam dan cuti Maulidurasul pun kerja.. lepas tu tak dpt double pay tapi cuti dibawa ke cuti Chinese New Year utk dptkan cuti panjang.. hmm.. sebab tulah en. suami jarang2 ada masa dgn family untuk bersantai. Jadi bila ada peluang bersama anak-anak macam ni... kita gunakanlah sebaiknya...

Oleh kerana gambar yang ada tak banyak mana... jadi MaDiHaA campurkan dengan gambar2 bunga kesayangan ma MaDiHaA di kampong. (gambar2 bunga tu sebenarnya bercampur ada gambar lama & ada gambar baru) manakala gambar2 di Klang & Funfair tu gambar2 tahun lepas) Sebab tu tajuk entry hari ini MaDiHaA letak CaCa MaRbA.. heheheee...



Jika kami ke Klang... kerap juga singgah minum air kelapa muda di sini. Menghilangkan dahaga dengan air kelapa muda di bawah pohon ceri memang best apalagi bila ditiup angin sepoi2 bahasa... hehe.. Sebenarnya masa ni kami nak pegi ke rumah adik MaDiHaA untuk hantar kain nak jahit baju sekolah anak2. Adik MaDiHaA ambil upah menjahit.. jadi senanglah bila adik sendiri pandai jahit.. semua kain hantar kat dia je.. senang..




On the way balik dari rumah adik, sempat singgah sekejap di Tanjung Harapan bawak anak2 tengok kapal besar tu.. Tak banyak pun gambar ambik kat sini sebab hari dah malam. Takde kamera & hanya gunakan handphone (lama) jadi kualiti gambar memang teruk sangat2.. sedihh.. huhu.. Bila perut dah mula berkeroncong.. terus kami pegi isi perut dulu di Restoran Wira Buana... my feveret restoren sejak dulu hingga kini jika ke Klang...




On the way balik... ternampak Funfair.. anak2 ajak singgah pulak. Yelah dah lama juga tak bawak anak2 main2 kat funfair.. jadi bawaklah juga lepaskan keinginan anak2 walaupun ayah dengan ibu tengah pokai.. hehehe..




Seronoklah anak2 melayan permainan kat sini.. ayah & ibu tumpang tengok jer.. heee...




Gambar kat atas ni pulak masa anak2 main funfair kat kampong.. yang ini tokma diaorang yang belanja.. mainlah sepuasnya... tokma belanja semua cucu2 main kali ni.. tak banyak pun gambarnya sebab anak2 bukan boleh duduk diam2... ambik gambar pulak guna hp je.. jadi faham2 jelah.. bila ambil gambar yang bergerak terus image jadi entiti!




Ok ini pula gambar2 bunga tokma (tokma tu tok anak2 ku.. hehe)... tiap kali balik kampong.. tak sah tak ambil gambar bunga2 tokma ni.. tokma memang suka tanam pokok bunga. Sekarang ni menurun kat aku & angah (yg duduk kat Klang tu). Tapi nampaknya aku tak dapatlah nak teruskan hobi bercucuk tanam sejak dah berpindah ke rumah sendiri sebab keadaan rumah yang tak sesuai.. hanya angah je yang boleh teruskan minat.. dia duduk rumah bawah bolehla kan.. Sayang juga sebab banyak bunga & pasu2 bunga aku dulu (masa duduk menyewa) dah bagi kat orang. Ok jom tengok bunga2 tokma lagi.. Gambar ni masa kami balik dah lama dulu..




Cantik kan? Tokma minat tanam semua jenis pohok hiasan tak kisah samada jenis berbunga atau berdaun. Kalau jenis berbunga antara pokok yang menjadi koleksi tokma ialah gervera (tokma panggil daisi) & pelbagai spesis orkid. Orkid warna kuning kat atas ni sebenarnya 2 saiz yang berbeza.. yang satu kelopaknya kecil sikit & satu lagi lebih besar.. kami panggil ni orkid "Lady Dancing".. cer tengok betul2 bentuk kelopak tu... persis seorang perempuan berbaju gaun yang sedang menari kan? hehe... nama saintifik spesis orkid ini ialah Oncidium atau nama lainnya Golden Shower..




Tak tau nama pokok bunga yang kat atas tu.. tapi aku suka tengok bunganya yang kecil2 comel tu... cuba tengok betul2... ada 'burung kecil berwarna hijau' yang sedang bertenggek pada setiap bunga2 tu kan? Cute kan? Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu.. selalu berimaginasi kot2 boleh jumpa dengan orang kenit.. tapi yang ini burung kenit... hehehe... Menurut bos ku.. ada juga yg burung kenit tu warna merah.. tentu lagi cantik & cute kan? Kalau terjumpa.. mesti ma pun geram tengok.. hehe...




Antara koleksi orkid tokma yang sedang berkembang waktu MaDiHAa balik bercuti pada cuti Chinese New Year baru2 ni...




Yang ini pula MaDiHaA kolajkan gambar2 bunga orkid tokma dengan bunga Pagoda & Kemunting Cina.. Cantik kan?



Tumpang posing sikit dengan bunga tokma.... nak buat gambar profile facebook & blog.. sesekali nak enterprem boleh lah kan.. walaupun model tua...

Oklah.. itu saja cerita & gambar2 kali ini..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..


Wednesday, 6-Feb-2013 08:52 Email | Share | | Bookmark
Sports Day Tadika Sinar Merah 2012

 
 
 
View all 12 photos...
Assalamualaikum....

Salam kerinduan & salam sayang buat semua silent reader... yerrr.. sekarang ni semua pengunjung fotopages MaDiHaA adalah silent reader kan? Sebabb... sekarang ni FP mengalami masalah dalaman yang tidak membenarkan pengunjung & sahabat sekelian untuk meninggalkan komen. Geram tau.. dah penat2 tulis komen kat fp Pakcik P.I, Kak Rusnah & Kak Jie Jie.. tau2 komen tak keluar langsung. Haiishhhh.. sabar jelah..

Alhamdulillah.. kali ni berkesempatan untuk mengupdate lagi fp kesayangan ku ini kurang dari sebulan tempohnya.. kekekeeke... Yup.. ni dah habis rajin dah ni tauu... sebenarnya nak update tu takdelah malas sangat.. tapi nak edit2 gambar kat photoscape tu yang malas yang amat... Tapi yang peliknya.. nak ambik gambar sentiasa je rajin. Baru2 ni handphone ku rosak teruk... memang terjejas jugalah kesihatan ku dibuatnya... mandi tak basah, makan tak kenyang (kes nak mkn banyak lah ni. hehe) & tidor pun tak lena... kekekeeee... apa tidaknya... handphone tu ibarat nyawa... bila takde handphone rasa tersangatlah sunyi hidup ni.. sunyi bukan sebab tak boleh nak call atau sms orang... tapi sunyi sebab tak boleh nak buat bising klik klik klik gambar masakan kat rumah... heheheheee... memang parah! Aku & kamera memang tak boleh dipisahkan.. Tapi alhamdulillah... sekarang dah ada pengganti... bukan kamera, bukan dslr.. tapi masih lagi gunakan hp sebab 2 in 1 kan... mokcik belum kaya lagi nak beli dslr (bermimpi jelah) jadi mokcik hanya beli hp yang kamera bermegapixel tinggi sikit.. haha... dasar! Memang dasar takleh berenggang dengan kamera kan.. nak buat macamana.. hobi sejak dulu hingga kini... kalau dah takde hobi tu.. bermakna fp ni nanti akan senyap sunyilah buat selama2nya... tp kalau tiba2 fp ni senyap sunyi buat selamanya... itu bukan sebab hobi ku ini dah ditinggalkan... tapi kemungkinan besar sebab MaDiHaA yang telah meninggalkan dunia ni buat selamanya.. hehe.. kenang daku dalam doamu selalu la yer...

Oklah.. kemain dapat menaip berjela2 intro... oklah sementara idea keluar membuak2 ni.. mehla nak kongsi gambar2 & sedikit cerita semasa hari Sukaneka atau Sports Day Tadika Sinar Merah abang Haziq pada tahun lepas.. yerrrr... tahun lepas punya yer.. tahun ni Haziq dah pun masuk tahun satu... hehe.. takperlah biar lambat asalkan gambar ni selamat...

Jom layan gambar2 ni...



Sukan belum bermula lagi... ambil gambar budak2 ni dulu kat khemah mereka... khemah ibu bapa berhadapan je dengan khemah mereka...



Acara pertama adalah acara perbarisan dari semua murid. Tadika ini ada 3 kelas semuanya... Tak sangka yang abang Haziq yang jadi ketua perbarisan... mungkin sebab Haziq adalah yang paling besar & paling tinggi dalam ramai2 murid tu.. hehe (anak ibulah katakan.. mmglah besar.. kikiki..) makanya Haziqlah kena jadi tukang pegang bendera... hidup susah mati pun susah kena pegang bendera... hahahaaa... lawak je tu... ibu bangga sangat tgk Haziq berjalan di hadapan sekali.. Waktu ni.. ayah tak ikut.. hanya aku & anak2 je yang pegi sebab ayah dia kerja. Aku jemput juga Cik Ani & apak untuk tengok Haziq bersukan.. yelah.. Haziq kan rapat dengan Cik Ani... mana boleh lupakan 'mak' dia yang sorang tu.. hee...



Waaa... bersemangat abang Haziq berbaris & pegang bendera.. hehe... Waktu lagu Negara Ku diperdengarkan.. semua ibubapa berdiri & sama2 nyanyikannya... rasa sangat bersemangat gitu..



Waktu ni pula ikrar dibacakan oleh seorang murid perempuan. Berani sangat dia & sangat petah.. mesti ibu bapa dia pun rasa bangga... lepas berikrar.. murid2 membuat persembahan.. Menyanyi & menari.. lagu chicken dance salah satu lagunya.. memang terhibur tengok persembahan dorang.. hehe..



Kemudian Sukaneka ni dirasmikan oleh.... oleh sapa ek... dah lupa plak namanya.. tp org kuat BN la juga ni.. hee...



Acara pertama pun dimulakan oleh murid umur 3 & 4 tahun diikuti murid 5 tahun kemudian murid 6 tahun... Seronok tengok anak2 kecil yang comel ni menunggang rusa tu... pandai pulak tu... melompat2 rusa tu walaupun naik rusa getah pandai dia handle... masing2 semua gelak tengok gelagat anak2 comel tu...



Sekarang giliran abang Haziq & teamnya pula... ada 2 acara untuk murid 6 tahun... & alhamdulillah.. team bang Haziq jadi juara untuk kedua2nya.. tp medal dpt satu jer.. hehe.. memang semua murid dpt medal sorang satu & hadiah2 lain.. masa sukan ni berlangsung sama dengan Hari Ibu.. jadi ibu pun ada juga dapat cenderahati... terima kasih cikgu.... Acara pertama team 6 tahun ni bermain bola dengan kayu hoki keliling kun 3 segi tu..



Acara kedua pulak.. lari bawa 3 biji bola tanpa jatuh.. 2 bola besar kepit kat ketiak 1 bola kecik bawak dengan tangan.. pandai2lah mcmana nak gayakan asalkan bola tak jatuh.. hehe..



Ini pulak team 6 tahun.. permainan yang lain pulakk...



Acara untuk ibu bapa pun ada jugak... jalan beriringan bawa bola tanpa jatuh, lontar belon berair tanpa pecah dan mcm2 lagi.. Tapi aku tak dapat ler nak join sebab en. hubby tak datang.. hehe.. tengok jelah..



Gambar anak2 dengan Cik Ani & apak.. hehe.. dah lemas & panas duduk kat bawah khemah.. kita duduk kat bawah pokok ni pulak.. barulah selesa kena tiupan angin.. hehe...



Inilah medal & hadiah yang Haziq dapat... ibu pun dpt juga cenderahati dari cikgu sempena hari ibu iaitu.. sebiji mug & sapu tangan kalau tak silap (ingat2 lupa sbb dah lama.. hee). Murid2 juga dibekalkan dengan satu kotak set Happy Meal dari MC.D... suka sangatlah dorang.. heee.. Masa kat padang tadi pula.. juga disediakan sarapan untuk ibu bapa & penjaga iaitu nasi lemak, kuih muih serta minuman panas & minuman sejuk.. jadi takdelah perut berkeroncong bagi yang tak sempat bersarapan tu.. Sukaneka ni habis lewat juga... dalam pukul 12 lebih gitu... Sampai je rumah semua lepak kepenatan.. hehe..

Oklah.. itu saja cerita kali ini..

Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Sekian dulu kisah untuk kali ni... ada kesempatan akan dikongsikan lagi cerita2 kami yang lain pula... Terima kasih semua...


Thursday, 17-Jan-2013 07:53 Email | Share | | Bookmark
3rd birthday adik Alin & belated birthday auntie Syikin...(2012)

 
 
 
View all 8 photos...
Assalamualaikummmm....

Wahh.. diam tak diam dah 3 bulan rupanya fotopages ku senyap sunyi. Fuhh fuhhh fuhhhhhh.... banyak betoiii habuk...

Maaflah kalau ada yang dok keluar masuk kat sini asyik tengok gambar & cerita yang sama jer.... tuan FP sibuk betol dengan macam2 hal. Nak pulak bulan2 terakhir 2012 sibuk dengan persiapan sekolah anak2. Haziq pun dah masuk darjah satu... pagi sekolah kebangsaan & petang ke sekolah agama.. kakak Dini pulak dah masuk asrama tingkatan satu sekolah menengah agama di Raub, Pahang... alhamdulillah sekarang ni dah boleh bernafas sikit Cuma... haaa.. ada cuma jugak tu... sekarang ni yang sibuk gamaknya asyik la nak kena outstation melawat anak kat asrama pulak maklumlah tak pernah berpisah dengan anak2 dalam jarak yang jauh & lama kan... rindu wehhh walaupun masa dok sama2 dulu asyik berperang jer

Okla takmo ler berceramah panjang2.. sebelum nak teruskan dengan cerita kali ni nak juga ucapkan selamat tahun baru 2013 buat semua.... umur pun dah bertambah weeeeiiii... dah tua dah haa... tapi perangai masih sama lagi Perangai memang tak boleh diubah kan.. takperlah.. perangai yang baik2 boleh di simpan.. yang tak elok tu kenalah buangkan sikit demi sikit...

Ok meh tengok gambar2 terperam ni. Gambar dah hampir setahun juga ni masa sambut birthday adik Alin ke 3 tahun pada 5hb Mac 2012. Sambut juga birthday my cousin Syikin yang dah belated.... bukan sambut apa.. cuma aku buat extra kek untuk Syikin juga selain kek untuk adik Alin. Buat surprise gituh! Memang tak beritahu pun nak buat kek utk dia.. hehe.. Macam biasa kalau nak buat makan2 ni seronok buat kat rumah my makcik Sujah... sebab rumah sendiri takdok laman. Rumah pun sempit... kat rumah Sujah ni tetamu boleh sembang2 & kawasan pun terbuka... leh ler menyembang lama2.. hehe.. Tetamu pun hanya jemput pengasuh adik Alin (Cik Ani) & Jamilah sekeluarga yang sama2 hantar anak kat Cik Ani & yang lain2nya hanya anak beranak belaka.. adik beradik & sepupu sepapat yang ada kat Selangor ni je... takde bajet nak jemput rakan taulan.. maaflah yer...

Makanan pula boleh dikatakan semua dimasak sendiri... ada juga yang Sujah sponsor iaitu bihun goreng & kari ayam untuk dimakan dengan pulut kuning yang aku buat. Nakni pulak sediakan mashed potato dengan gravynya sekali. Aku pulak selain buat kek birthday Alin iaitu Strawbery & Peach Short Cake.. buat juga Red Velvet Cake untuk Syikin & Red Velvet Cup Cake. Yang lain2nya.. sempatlah aku goreng makaroni, kukus pulut kuning, buat creamy chicken soup yang dimakan dengan garlic french toast (beli punya) yang dibakar panas2 oleh Naknie.. ini menu paling laku.. sekejapan je licin! Dessert pulak sempat ku buat puding triffle & apam polkadot. Dah lama berlalu hampir lupa cerita detail kejadiannyer... kalau nak baca cerita sepenuhnya bolehlah klik kat SINI yer.. hehe...

Ok jom layan gambar pulak


Antara juadah yang sempat disediakan.... siapkan semua ni macam lipas kudung.. fuhh.. mujur ibu tak pengsan.. heee..



Mereka yang diraikan... Happy (belated) birthday to both of you.... semoga kedua2nya menjadi anak yang solehah & berjaya dunia & akhirat... amin... Alhamdulillah Syikin sekarang sedang sambung further study... ambik master pulak.. Naknie adiknya pulak baru je dpt degree... sedang mencari2 peluang kerja... kejap je sepupu2 ku ini dah besar panjang.. Masih teringat2 lagi masa dorang berdua kecik2 dulu... hehe.. harap2 nanti adik Alin & anak2 ku yang lain boleh ikut jejak auntie Syikin & auntie Naknie plak yer... berjaya dalam pelajaran & berjaya dalam hidupnya... amin...




Dah lepas potong kek... sebelum makan baca doa la dulu.. doa dibacakan oleh tokcu & doa makan pulak abang Haziq dengan Adam yang baca.. heee..



Ini jer gambar2 tetamu yang sempat di ambil. Terima kasih pada semua yang sudi hadir pada hari tu. Terima kasih juga pada yang bagi hadiah pada adik Alin.. semoga kalian semua dimurahkan rezeki.. amin..



Kalau nak resepi Red Velvet Cake boleh klik SINI dan resepi Strawberry & Peach Short Cake boleh klik SINI. Ke dua2 resepi tu ada MaDiHaA tunjukkan step by step nyer


Macam biasa.. sekiranya ingin mencari resepi2 yang lain silalah layari : Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Sekian dulu kisah untuk kali ni... ada kesempatan akan dikongsikan lagi cerita2 kami yang lain pula...



[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net