Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Jan-2014 08:58 Email | Share | Bookmark
Anak-anak & Sekolah Baru Mereka....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Nampaknya MaDiHaA nak kena pakai enjin turbo ni.... Cerita setahun lalu baru nak update tahun ni. Jangan tersilap ye... ini bukan cerita anak2 masuk sekolah tahun 2014... TETAPI.... ini kisah anak2 masuk sekolah tahun 2013.. hehe..

Nampaknya awal tahun 2013.. dua orang anak MaDiHaA masing2 dah memasuki era baru persekolahan. Kakak Dini dari sekolah rendah dah menginjak ke sekolah menengah. Haziq pula dari sekolah tadika.. dah memasuki alam persekolahan yang sebenarnya.

Kat bawah ni gambar semasa kami menghantar kakak Dini ke sekolah berasrama di Raub, Pahang. Ayahnya memilih sekolah menengah agama buat kakak melanjutkan persekolahannya. Mudah2an anak dara ibu akan menjadi anak yang solehah & dapat belajar dengan lebih baik di sekolah baru ini. Nampaknya kakak akan menemui kawan2 baru & terpisah dengan kawan2 sekolah rendahnya dahulu. Ramai yang bertanyakan Wan (Dini) bersekolah di mana kat FB. Ye.. Wan bersekolah kat Raub, Pahang... moga kawan2 Wan tak lupakan Wan.. Alhamdulillah selepas interview & exam, kakak berjaya diterima di sekolah tersebut & berjaya memasuki kelas A (1 Abqary). Syukur kakak dapat membiasakan diri bersekolah di asrama.. awal pagi dah kena bangun bersiap2 untuk ke kelas Tahfiz, kemudian menunaikan solat subuh sebelum bersarapan di dewan makan. Kemudian barulah ke kelas masing2 untuk belajar seperti biasa. Kakak kena lebihkan usaha sebab kakak kena catch up pelajaran 2 in 1. Ibu percaya kakak pasti boleh...


Banyak kenangan suka, duka, pahit & manis masa hantar kakak masuk asrama ni.. maklumlah pertama kali berpisah jauh... yang tak dapat MaDiHaA lupakan ialah bila Haziq yang menangis teresak2 selepas hantar kakaknya di asrama. Buat pertama kali berpisah dengan kakaknya.. nampaknya Haziq tak dapat menerima hakikat bahawa kawan gaduhnya terpaksa dok berjauhan.. hehehehe.. Ibu dia? Ibu dia cool aje. Idok le rasa sedih sangat.. masih boleh kontrol ayu lagi. Kakak Dini lagi cool... langsung tak menunjukkan hari nak hujan.. hehehe.. Memang semangat kakak kuat. Selamba je masa bersalam dengan kami, langsung tak menunjukkan rasa sedih & sebagainya. Sebaliknya hati ibu rasa sebal & sebak tapi simpan baik2 dalam hati supaya kakak tak sedih sama. Yang paling ketara ialah Haziq. Waktu bersalaman dengan kakaknya... (dia org terakhir bersalam) dia seakan taknak lepaskan tangan kakaknya dengan mencium tangan kakaknya begitu lama sekali. Hati ibu manalah yang tak sayu & hiba.. akhirnya.. meleleh juga air mata ibu yang dari tadi umpama empangan nak pecah. Tapi idokla ibu meraung kat depan asrama tu.. hanya bergenang air je air mata.. huhu.. Dalam 10 minit perjalanan... Haziq kat seat belakang senyap seribu bahasa... pas di tegur tanpa disangka2 Haziq menangis tak henti2... ya Allah anak teruna ibu hati tisu juga rupanya... ingatkan ok je sebab selama ni dia dengan kakaknya dok asyik bergaduh aje... tapi bila nak berpisah... boleh pulak dia sedih. Yang paling buat ibu sedih bila Haziq tiap2 malam sebut2 nama kakak bila nak tidur. Tiap2 malam nak tidor dengan gambar kakak... sebelum tidor berborak dulu dengan gambar kakak. Mula2 tak perasan juga.. tp masa buat kerja kat dapur dengar dia sembang2 dlm bilik.. ingatkan sembang dgn adik Alin.. tp bila jenguk tengok adik Alin dah tidor.. rupanya dia sembang dengan gambar kakaknya.. alahai... sedih plak ibu tengok..


Tiga malam berturut2 ibu sempat snap gambar abang Haziq tidor dengan gambar kakak. Hampir 2 minggu lebih juga macam ni.. dah lama2 tu bila ibu pujuk letak balik gambar kakak.. barulah dia okay..



Hari pertama sekolah.. muka masih mengantuk kena bangun pukul 5.40 am. Adik Alin pun bangun awal juga.. hehehe..



Sempat temankan Haziq kat sekolahnya... dulu kakaknya sekolah lain, Haziq sekolah lain pulak.. yelah.. dah tentu2 sekolah kakaknya dulu hanya untuk murid perempuan saja.. mana boleh hantar Haziq ke situ.. Macam biasa kalau dah namanya anak MaDiHaA & En. Rozi... mestilah murid paling besar & tinggi dalam kelas.. hehehe...



Masa kat sekolah agama pun sempat snap juga gambar sekeping.. jadilah buat kenangan hari pertama memasuki sekolah rendah buat abang Haziq. Moga abang Haziq jadi murid yang pintar ye cayang..


Oklah ni masukkan gambar masa kami bawak anak2 jenjalan kat Sunway Piramid. Gambar tak banyak.. jadi masukkan jelah sekali..biar cepat habis gambar2 dalam folder.. hehe... Waktu tu musim Chinese New Year.. jadi semua dekorasi kat Sunway Piramid tu deko musim CNY la. Sempatlah suruh anak2 pose kat Bahtera dari negara Cina ni.. hehe... Pastu sempat tengok pak Arab buat dekorasi dalam botol menggunakan pasir. Ralit sangat tengok dorang buat. Tengok senang je tabur2 pasir, tup2 jadi sebuah lukisan yang sangat indah...



Oklah cukup dulu untuk kali ini... ada masa nanti update lagi cerita2 basi hehe...

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye.. MaDiHaA juga ada mengambil tempahan secara sambilan.. kalau berminat bolehlah jenguk2 kat blog sana ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net