Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Feb-2014 09:25 Email | Share | Bookmark
Berkelah@ Lata Lembek, Raub, Pahang

 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Masih dengan cerita2 tertunda untuk diabadikan di dada FP ni. Takpelah lambat pun asalkan semua gambar2 yang diambil dapat dijadikan kenangan kat sini.

20 Januari 2013 kami berkelah kat Lata Lembek, Raub Pahang. Tak jauh pun dari rumah MIL.. kira2 8 minit je berkenderaan. Gambar ni semua gambar tahun lepas.. kalau u all pegi sekarang.. dah banyak pembaharuan dibuat kat sana. Banyak kemudahan yang disediakan buat pengunjung kat sana terutama untuk anda yang sukakan cabaran seperti absailing, flying fox, jambatan gantung dan bermacam lagi . Kemudahan awam pun sudah serba lengkap sekarang. Nak bermalam kat sini pun dah ada chalet disediakan. Bayaran RM3 dikenakan bagi satu kenderaan yang masuk ke sini.. tapi bagi penduduk kampong berdekatan tak dikenakan bayaran. Oleh kerana MIL ku orang kampong kat sana.. jadi kami tak dikenakan bayaran... tak patutlah kalau orang kampong pun nak kena bayar juga.. betul tak..

Jomlah layan gambar tak seberapa ni. Gambar pun hanya ambil mana2 yang sempat je. Malas nak meneroka keindahan kat sana... kalau rajin memang banyak sangat spot2 yang menarik boleh diabadikan dalam kamera anda... MaDiHaA ambil gambar mana yang sempat aje.... bukannya jurufoto profesional pun.. hehe...

Waktu lalu kat situ.. dapat lihat orang sedang bermain flying fox merentasi sungai...



Sampai2 je kami kat situ... masing2 isi perut dulu sebab memang belum makan tenghari lagi.. masing2 memang dah lapar.. Masa berkelah ni.. ma & adik2 pun ikut sama balik Raub.. tu yang seronok dapat berkelah beramai2..



Tak sah balik Raub kalau tak dapat makan gulai aserong. Memang dah jadi makanan wajib setiap kali balik kampong. Lagi2 dari air tangan MIL... memang tak siapa dapat menandingi kesedapan air tangan MIL masak gulai aserong.

Jika ada yang nakkan resepi Kek Batik Beragar-agar.. boleh klik SINI untuk resepinya ya.. resepi ni agak lain sebab menggunakan agar2...


Perut dah kenyang... apa lagi... bermandi mandilah kita... Opss... gambar2 kali ni jangan cari tuan tanah ye.... memang takde gambar tuan tanah kedaung dalam entry kali ni.. hehehe... Layan jelah gambar2 mereka yang berseronok main air sungai yang sejuk tu. Kami pilih kat sini sebab airnya tak begitu dalam.. anak2 boleh mandi. Kalau suka kawasan air terjun.. boleh mandi kat bahagian depan sikit.. kami pilih port tengah2..



Adik Naufal anak adik ipar yang pernah MaDiHaA kongsi gambar2 perkahwinan mereka pun sama mandi.. tapi tak boleh lama sebab airnya sejukk sesangat. Menggigil kawan tu.. hehe.. Haziq pula... terubat rindu pada kakaknya bila dapat berjumpa setelah hampir 3 minggu berpisah setelah kakaknya tinggal di asrama...


OK nampaknya tu ajelah gambar2 yang ada untuk entry kali ni.. ada kerajinan nanti MaDiHaA update lagi.. Terima kasih buat semua pengunjung yang masih setia berkunjung ke sini...

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye.. MaDiHaA juga ada mengambil tempahan kuih muih secara sambilan.. kalau berminat bolehlah jenguk2 kat blog sana ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net