Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jun-2014 03:57 Email | Share | Bookmark
Jalan2 Chinese New Year 2013

 
 
 
Assalamualaikum...

Tahun baru Cina tahun lepas berpeluang lagi pulang ke kampong. Kalau dah balik Keratong... kenalah berkunjung ke rumah sahabat baik ma kat Kampong Gambir. Memang inilah yang biasa kami lakukan sejak dulu... Aidilfitri mereka datang rumah kami.. tiba tahun baru Cina pula kami pula ke rumah mereka.

Kali ni hanya kat rumah kak Wei je ambik gambar. Kak Wei hidang kami laksa Penang yang dimasak oleh anak perempuannya yang memeluk agama Islam. Anaknya kawin dengan orang Perak. InsyaAllah sejak anaknya dah masuk Islam.. bab2 kesucian memang sentiasa dijaga. Jadi takdelah timbul rasa ragu2 untuk kami makan apa yang dimasak. Kalau sebelum ni (sebelum anaknya masuk Islam) kami memang tak berani nak makan termasuk jika cookies yang dihidang yang dibuat sendiri. Kak Wei pun memang tak pernah hidang kami makanan basah sebab dia pun faham.. biasanya dulu hanya hidang kekacang, jeruk2, cookies2 yang dibeli, limau & air kotak. Sekarang je dia hidangkan makanan basah sejak2 anaknya dah masuk Islam.. Mudah2an, satu hari nanti.. giliran Kak Wei pulak terbuka pintu hati untuk masuk Islam... amin..

Datang2 je... terus dijemput makan laksa... yum yum.... Kuih muih pun ada... selain buah limau... jamu selera dulu..



Dah kenyang perut sembang2 dulu sebelum pulang. Sambil2 tengok budak2 main mercun...



Ini yang ditunggu2 oleh anak2... 2 buah rumah dapat 4 angpau setiap anak. Sebab dalam satu rumah 2 orang yang hulur angpau.. hehe.. seronok ler bebudak ni. Angpau yang sekeping tu pula.. ibu dia yang punya... tiap2 tahun big boss akan bagi angpau setiap kali tahun baru Cina.... senyum lebarlah hihihiii...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Salam sayang buat semua pengunjung ye... moga jumpa lagi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net