Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jun-2014 03:19 Email | Share | Bookmark
Tokma Warded Hospital Segamat...

 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera....


Langit tak selalunya cerah... adakalanya ia mendung & hujan mencurah. Begitulah dengan hidup kita... tidak semestinya sihat sentiasa.. adakalanya sakit datang bertamu.... Kisah kali ni kami bergegas pulang ke kampong bila adik beritahu ma sakit. Rupa2nya appendik ma dah bengkak & hampir nak pecah. Ya Allah.. mujurlah adik2 cepat bawak ma ke hospital...

Kami adik beradik dari PJ & Klang ni bergegasla malam tu juga bertolak balik kampong. Abby tunggu ma kat hospital & malam kami bertolak tu juga ma dibawa ke bilik bedah. Esoknya.. Abby kata ma dah ok & doktor pun dah bagi ma makan makanan yang lembut2. Ma request nak makan bubur.. Esoknya kami2 yang ada kat rumah pakat masak2 untuk bekalan kami makan anak beranak & aku masak bubur untuk ma. Sempat juga petik cili hijau yang ma tanam ni untuk masak tauchu campur dengan ikan bilis. Kesian pokok cili tak terjaga sebab tuannya tak sihat....





Dah sampai Hospital Segamat...


Sementara menunggu waktu melawat, dorang ni berkelah dulu kat bawah pokok ni... nak makan kat kedai almaklumlah ramai2 satu rombongan ni... lebih jimat masak sendiri.. hehe..


Aku pulak pegi naik atas dulu jenguk ma.. mujurlah guard ok... jadi tukar kejap dengan Abby... bagi Abby rehat turun bawah dulu & makan dulu.. aku pulak suap ma makan bubur.. Sedih tengok ma terlantar kat katil wad ni... alhamdulillah semuanya dah selamat.. Yang penting biar ma cepat sihat... Malam tu dah janji dengan Abby giliran aku jaga ma pulak kat Hospital.. Tapi Abby tak sampai hati pulak nak biar kaklongnya sorang2 jaga ma.. hehe.. jadinya dua2 jaga ma kat wad tu... nurse kat Hospital Segamat ni semua baik2 & tak strict sangat. Semua peramah & baik hati sungguhlah! Doktor2 pun baik.. Syukur alhamdulillah...


Bila ma dah dibenarkan balik... barulah lega.. tapi tak dapatlah aku nak jaga ma kat kampong sebab anak2 sekolah & aku pun bekerja. Harapkan Abby & Dee ajelah yg jaga ma.. Terima kasih adik2ku...

Bunga2 ma yang sedang mekar waktu tu... tuan tak sihat.. jadi aku tolonglah siram2kan bunga2 ma ni... itu jelah yang mampu dibuat.. hehe..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net