Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Aug-2014 03:44 Email | Share | Bookmark
Birthday Arissa 3 Tahun & Cuti Sekolah Bersama anak2 (2013)

 
 
 
 
Assalamualaikum & salam sejahtera....


Salam Aidilfitri buat semua pengunjung Fotopages MaDiHaA ye... Thank you to all of you sebab masih sudi bertandang di laman FP yang semakin suram ni ye... tak sangka pengunjung sentiasa bertambah dari sehari ke sehari walaupun FP semakin dilupakan... anda seperti juga MaDiHaA... masih lagi sayangkan FP kerana kat sini tersimpan terlalu banyak kenangan pahit & manis. Ralat jika dilupakan & dibiarkan begitu je. Tak taulah kalau satu hari nanti FP ni dibubarkan... memang menangis tak berlagulah jawapnya...

Oklah... entry hari ni masih cerita tahun 2013 okay... Sepatutnya dah masuk giliran cerita mengundi PRU13... tp malas bebenor nak edit gambar yg melambak2 tu. Padan muka.. rajin sangat snap sana snap sini... sendiri yg pening kepala... hehehe... Jadi penyudahnya.. MaDiHaA langkah ke entry seterusnya... kisah besday anak sepupu... cerita PRU13 tu bila datang mood rajin baru edit gambar2nya ye...

Hari kejadian... kazen MaDiHaA Bie minta MaDiHaA masak gulai asrong ayam, sayur campur & kuih sikit... ku buat talam tokyo.. tapi lupa nak snap gambar yang dah siap.. Gulai asrong tu permintaan suaminya Nasa yang dah mulai suka dengan gulai tu... selalu sangat dia request gulai asrong kalau kami nak buat gathering & makan2.. hehehe... Macam biasa kami selalu berkumpul kat rumah tokcu aka Sujah kalau nak baut makan2 ni.. meriah sikit sebab rumah bawah ada laman.. lagipun memang rumah Sujah ni dah jadi pusat berkumpulnya anak2 saudara.. hehe.. Sujah pun ada masak2 juga untuk majlis Arissa ni.. tp lupa dah apa yg Sujah masak. Almaklum dah setahun lebih berlalu. Gambar pun lupa nak snap pada hari kejadian.. jadi langsung lupa apa yang dimasak. Oklay.. layan je gambar yg tak seberapa ni...

Arissa anak kedua Bie & Nasa. Anak sulung mereka meninggal dalam perut.. mungkin kalau ada yang masih ingat.. MaDiHaA pernah buat entry masa kami nak kebumikan jenazah bayi yang meninggal tu yang tokcunya namakan Aisyah... Masa tu.. tokcu Kathy pangku jenazah baby Aisyah... Jadi Arissa ni jadi anak nombor dua lah... dan dah ada adik dah pun... adik pompuan juga... dua2 comel.. kecik molek je orangnya.. bukan macam anak2 kami.. semua saiz besor belaka.. hihi...


Tu 3 jenis yang ku masak... yg makcik masak tak ambik gambar.. hehe..


Besday girl Arissa bersama sepupunya yang lelaki tu.. dengan anak MaDiHaA jadi pangkat dua pupu la sebab MaDiHaA dengan ibu dia dah sepupu...


Itu je gambar2 masa besday... masa ni ramai lagi tetamu yang lain iaitu adik beradik Bie... tp malas bebenor nak snap gambar masa tu.. kepenatan.. hihi..

Gambar kat bawah ni masa cuti sekolah pertengahan tahun lepas... tak kemana2.. cuma bawak dorang gi jalan2 window shopping & makan2 je... owhh.. maaf makan KFC... lom boikot lagi masa ni.. ewahh! hihi..






Itu je cerita kali ni... takde cerita menarik.. hanya berkisah pasal anak2 je...

Macam biasa.. sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi2 terkini ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net