Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Mar-2015 01:37 Email | Share | Bookmark
Ketua Polis Negara, Family Gathering & Kakak Dini

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Lama betul tak update Fotopages ni. FP pun nampaknya sekejap ada & sekejap hilang... dah macam biskut pulak. Hari ni cuba2 buka FP barulah nampak macam okay. Jadi kita updatelah dulu sementara ada masa lapang ni.

Entry kali ni caca marba nampaknya. Sebabnya gambar2 yang ada tak berapa banyak.. Jadi kita campur2kan saja gambar yang ada jadikan satu entry. Bolehlahkan... asalkan berupdate sudah.

Kisah kejadian tahun 2013.... iaitu pada tarikh 6hb Julai 2013, kediaman kami di Bandar Sunway telah dikunjungi oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar. Sempatlah pegi jenguk sekejap meramai2kan orang kat kawasan perumahan kami tu. Meriah sangat. Abang Haziq pun sempat posing atas motor besar polis tu.... ehehehe... Sebenarnya ada sikit lagi gambar dalam hp en. suami.. tapi terlupa pulak nak bergigibiru... jadi kita masukkan gambar mana yang ada jelah... hehehe..





Kisah kejadian ke dua ni.. masa ni dah masuk bulan Ramadhan. Seperti biasa setahun sekali kami akan buat gathering berkumpul anak beranak yang ada kat Selangor ni sambil buat makan2. Oleh kerana dah masuk bulan puasa & kebetulan kakak Dini pun ada balik, jadi kami pun buatlah majlis berbuka puasa masa kakak balik dari asrama. Jadi dapatlah kakak Dini join sama berbuka puasa sama2 & menikmati hidangan yang enak2 tu. Yelah... orang duduk asrama tentulah teringin nak makan sedap2 kan. Asyik makan makanan asrama je... Tambah pula tahun 2013 tu merupakan tahun pertama kakak tinggal di asrama... masih belum dapat menyesuaikan diri lagi. Badan pun dah susut sikit dari biasa... hehehe...



Macam biasa majlis berlangsung di rumah mak saudara kami iaitu moksu sujah. Tuan rumah sediakan menu utama nasi beriani serta lauk pauknya iaitu ayam masak merah & kambing beriani.




Kazen ku Marlida masak pajeri nenas & bawak juga kek carrot, manakala aku pulak buat kuih pedas cara berlauk & juga kuih belimbing. Kurma pun ada tuan rumah sediakan... anak dara moksu sujah, syikin & naknie pulak tambah lagi dessert untuk hari tu iaitu cheesekut. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.... syukurr...



Kisah ke tiga ni pulak keesokkan harinya... aku & anak2 hantar kakak Dini ke Stesen Bas Pekeliling KL untuk pulang semula ke asrama. Memang dah jadi rutin bagi aku hantar kakak Dini setiap kali dia nak balik semula ke Raub sekiranya en. suami tak cuti. Masa mula2 rasa seram sejuk jugak sebab tak berani nak drive ke KL. Tapi sekarang ni alhamdulillah... dah berani. Cuma selalu risau kalau2 jalan yang biasa aku lalu tu tutup & terpaksa guna jalan alternatif lain... maunya sesat barat aku nak cari jalan lain... hahahaha...


Tengoklah kakak Dini tu dah lebih tinggi dari ibu... baru je masuk tingkatan satu. Dah boleh jadi mak orang dah ha....



Ibu doakan moga kakak Dini diterangkan hati untuk menuntut ilmu. Semoga kakak berjaya dunia & akhirat. Doa ibu sentiasa mengiringi kakak...

Ok itu je... lain kali update lagi ye..


Sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net