Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Mar-2015 02:46 Email | Share | Bookmark
Suami Kemalangan, Patah 3 Tulang Rusuk!

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Throwback kejadian pada 20 Ramadhan 1434 bersamaan hari Isnin 29hb Julai 2013. En. suami telah ditimpa kemalangan yang tidak membabitkan orang lain, tetapi kemalangan itu disebabkan jalanraya yang licin kerana terdapat minyak yang tumpah di atas jalan raya. Menurut suami, waktu motornya terjatuh dia tak laju pun sebab masa tu baru je bergerak selepas diberi arahan oleh polis trafic. Kebiasaaannya waktu pagi (peak hours) polis trafic akan bertugas di setiap simpang yang terdapat trafic light. Akibat jalan yang licin tiba2 je handle motor suami terlipat & tak dapat dikawal lalu jatuh kat situ juga. Suami jatuh disebelah kanan & bahu kanan yang menyembah ke jalan dahulu menyebabkan kecederaan di bahu & patah 3 tulang rusuk sebelah kanan. Akibatnya... suami diberikan MC selama 63 hari. Ya Allah... semasa MaDiHaA diberitahu yang dia jatuh motor.. berderau darah.. Mujurlah dia jatuh sebelah kanan kerana waktu tu dia berada di kanan sekali masa berhenti kat trafic light tu... kalaulah dia jatuh sebelah kiri rasanya.. mau digilis oleh kereta... ya Allah nauzubillah...



Masa ni masih dalam bilik rawatan akut (zon kuning) di Trauma & Kecemasan.. sampul hijau pada tangan hubby tu sampul yang berisi gambar x-ray dari klinik panel tempat kerja hubby. His boss & sorang lagi staff yang hantar hubby ke sini. MaDiHaA sampai di PPUM terus meluru ke aras Trauma & Kecemasan.. jenuh juga mencari di mana hubby sebab kat dalam tu ada banyak sangat bilik2.. rupanya hubby dalam bilik rawatan akut zone kuning ni.. nak mengalir air mata bila pertama kali tengok hubby terbaring macam ni.. tapi MaDiHaA tahan sekuatnya supaya air mata tak tumpah...!

Lama juga berada di bilik rawatan akut sebab doktor nak pantau pernafasan hubby. Menurut hubby.. selepas jatuh dia mengalami sesak & susah untuk bernafas. Hampir 1 jam hubby rehat kat tepi jalan sebab susah nak bernafas. Motor dia pun polis trafic yang tolong tolak ke tepi. Bila dah rasa lega sikit barulah dia telefon MaDiHaA. Lepas beberapa jam menunggu di sini.. akhirnya suami di hantar ke Observation Ward yang berada di Trauma & Kecemasan kerana dia belum betul2 ok lagi masa tu. Sebelum ni tak tau pun rupanya ada ward macam tu. Ingatkan bila sebut ward... mestilah ward biasa tu.. rupanya ada ward khas bagi pesakit2 yang perlu dipantau khas. Sepanjang di ward tersebut.. doktor arahkan suami banyak exercise menggunakan sejenis alat pernafasan. Dah lupa pula namanya.. tapi alat tu memerlukan suami menarik nafas dalam2 sehingga ketiga2 biji bola pada alat tersebut naik ke atas. Setiap sejam mesti kena sedut alat exercise tu untuk nak pastikan pernafasan suami ok atau tak. Kat ward ni jugaklah MaDiHaA setiap pagi & petang datang melawat suami. Kerja half day.. petang datang lagi jenguk suami. Kadang2 berbuka kat sana.. anak2 memang tak dibenarkan masuk sebab nak masuk kena lalu depan guard kat bahagian kecemasan tu. Alhamdulillah.. sekarang suami dah boleh bekerja semula.. tetapi dengan keadaan yang terbatas tak boleh buat kerja2 berat lagi.


Masa ni hubby kat Observation Ward di Trauma & Kecemasan... bahu kanan pun dah senget akibat tulang yg patah & bahu yang cedera tu... huhu... Sempat juga ku berbuka puasa bersama hubby di sini... tp sayangnya kat sini sangat strict tak boleh bawak anak2 bersama... nak masuk sini pun kena lalu depan guard... maafkan ibu anak2



Buah2an & makanan ni pemberian boss & kawan2 suami yang datang melawat suami semasa di rumah.



Selain buah tangan tersebut.. semasa suami berada di observation ward di trauma & kecemasan PPUM.. ada pula pihak MAIWP datang melawat pesakit di sana & telah berikan wang zakat/derma kepada semua pesakit di wad tersebut... syukur alhamdulillah.. itulah dinamakan rezeki. Kita sendiri kalau boleh tak mau berada di situ. Tapi bila dah kena macam tu.. redholah juga sebab apa yang berlaku semuanya sudah tertulis sejak azali lagi.. semuanya kehendak ilahi.. suami kata.. mungkin ini salah satu kifarah untuknya bagi mencuci dosa2 yang lalu.. kan..

Maka beraya lah suami dalam keadaan tangan yang memakai andoh.. hehe.. pergerakan tangan terbatas, nak sarung baju melayu pun tak boleh. Hanya boleh sarung baju berbutang je.. drive memang confirm tak boleh.. banyak benda tak boleh buat sendiri sebab dia tak boleh angkat tangan kanannya. Mujurlah wife dia bleh drive long journey untuk balik kampong. Sepanjang suami sakit, MaDiHaA layan hubby macam baby... mandikan, lap, bedakkan & pakaikan baju.. indahnya waktu itu rasa macam baru kawin... Eh! lebih lagi kot.. sebab masa baru kawin pun tak pernah mandikan atau lapkan en. suami... dia sendiri yang lap.. hahaha..


Sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net