Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Mar-2015 03:46 Email | Share | Bookmark
Berubat Tulang Patah dengan Tabib Cina & Bomoh Patah Tradisional

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Kesinambungan kisah en. suami yang patah 3 tulang rusuk tu... kami ada juga ikhtiar berubat sana sini. Itupun atas saranan bos en. suami & juga mak kat kampong. Sebelum MaDiHaA mula cuti berhari raya, kami sempat juga dua, tiga kali pegi ke tabib cina untuk ikhtiar betulkan keadaan tulang rusuk suami yang belum betul tu. Maklumlah.. kat hospital pun doktor tak buat apa2 rawatan kecuali dinasihatkan membuat exercise pernafasan menggunakan alat yang dibeli tu je. Jadi cuba2 jugalah berubat cara tradisional ni. Tabib cina ni pun bos en. suami yang sarankan suruh pegi. Masa sessi pertama & kedua tu boss dia sendiri yang hantarkan en. suami pegi berubat. Selang beberapa hari sebelum balik cuti raya MaDiHaA pula hantarkan en. suami ke tabib cina tu. Mencabar juga mencari tempat yang kita tak pernah pegi ni. En. suami pun baru pertama kali pegi... belum berapa hafal jalan tu. Tapi alhamdulillah.. akhirnya berjumpa juga. Kalau tak kerana bos en. suami yang suruh pegi ke tabib cina ni.. memang kami tak pegi pun ke sini. Sebab memang tak tau pun wujud tabib cina pakar betulkan tulang ni.. hehe... Eh! ramai juga pelanggan mereka ni tau... kira menunggu jugalah utk dapatkan rawatan... ikut giliran macam kat klinik pula..





En. suami cuba juga berjumpa dengan bomoh patah tradisional melayu. Sebabnya dia rasa sakit sangat kat bahagian bahunya tu. mungkin sendi bahu terkehel ke apa tak sure la. Kebetulan kat kampong MaDiHaA ada sorang bomoh patah yang memang terkenal kat sana, jadi sebelum kami balik berhari raya di kampong suami (giliran beraya di kampong suami tahun 2013 tu) MaDiHaA kenalah drive balik ke kampong MaDiHaA dulu sebab nak hantar en. suami berubat tu. Memang agak mencabar balik kampong kali ni sebab all the way MaDiHaA sorang yang kena drive. Ya Allah.. syukurlah Allah kuatkan semangat MaDiHaA & memberi kekuatan untuk memandu sepanjang jalan itu dengan selamat. Dari KL ke Keratong, Keratong ke Raub, lepas raya ke Keratong semula untuk ulang berubat, kemudian baru balik KL semula. Penat memang penat drive tapi tak tau dari mana semangat yang meresap ke dalam diri MaDiHaA & dapat drive dengan selamatnya. Syukurlah...


Begitulah rupa en. suami sepanjang hari raya. Terpaksa berbalut dengan belat kain batik tu supaya keadaan tempat patah atau cedera kat bahu tu sentiasa dalam keadaan kemas. Lepas tu kena pakai andoh. Kalau tak berbungkus macam tu... berjalan atau bergerak en. suami terasa sakit mungkin sebab tulang atau sendi tu terkalih2 kot. Alhamdulillah.. syukur keadaan en. suami semakin baik lepas tu...

Oklah.. itu saja cerita kenangan pahit kami semasa diuji pada tahun 2013. Memang agak berat tapi redho dengan apa juga yang telah berlaku. Semua ketentuan Ilahi.

Hingga jumpa lagi dilain entry pula ye...

Sudi2kanlah ke Dapur MaDiHaA sekiranya ingin mencari resepi ye..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..

Okay hingga jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net