Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 1-Apr-2015 02:57 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 2013 di Raub, Pahang

Assalamualaikum....

Hari ni 1 April 2015.... berdebor2 nak membeli barang kat kedai.. almaklumla.. dah kena bayar GST la katakan... tapi nak tak nak.. nak isi perut sendiri & keluarga kena jugak membeli... kalo gaji naik 6% jugak boleh jugak cover2 duit GST tu.. kihkihkih..

Oklah takmo bebel2 dah duduk Malaysia kena akur apa pemimpin buat. Cakap banyak nanti sendiri yang susah. Hmm.. sempena hari GST hari ni MaDiHaA nak update kisah hari raya Aidilfitri 2013 lah hari ni. Update kat FP ni memang kena ikut turutan ni tak boleh langkau2... entah bilalah nak abis ni dah masuk tahun 2015 dah... cerita tahun 2013 tak abis2 lagi.. semput nak kejor.. haha...

Oklah.. sambung cerita lagi ok. Lepas je selesai berubat dengan bomoh patah kat kampong MaDiHaA tu.. esoknya kami bertolak balik ke Raub pulak. Sebab tahun 2013 tu memang giliran sambut raya kat sana. Takpela adinda akur dengan perjanjian walaupun adinda yang kena drive..

Layan gambar plak ye..

Bergambar sekeluarga. Ada lagi 2 family iaitu family kakak & adik en. suami yang belum balik kampong masa ni. Tema keluarga kecil kami tahun tu warna purple. Tak pernah2 pilih warna purple rasanya. Ok jugaklah.. tapi aku & anak2 pompuan purple campur putih yg lebih banyak. En. suami plak tahun tu tak dapat pakai baju melayu sebab memang dia tak boleh nak angkat tangan. Hanya boleh pakai kemeja aje. Itupun kena bantu... Tahun tu jugak en. suami tak dapat pegi solat sunat aidilfitri sebabkan keuzuran itu... apa boleh buat kan.. dah sakit.. redho ajelah.. Menu kami pagi raya ialah nasi impit makan dengan kuah kacang, rendang daging & gulai asamrong ayam. Tahun ni mak tak buat lemang.. tapi tetap mewah makan lemang rumah mak2 saudara.. Yumyum...



Ini pula sesi bermaaf2an di pagi raya. Masa ni adik2 ipar dah balik dari masjid. So beramai2 la bermaaf2an. Tahun ni terajin plak snap gambar. Selalunya kalau belah kampung suami agak segan2 nak snap gambar. Tapi kali ni nampak adik2 ipar pun memasing dok snap2... meriah masing2 dok ambik gambar.. selalu tak macam ni pun...



Siap makan pagi & sebelum keluar ziarah kubur & pegi beraya.. berfoto dulu kat luar rumah pulak.. En. suami kena pakai andoh sebab nak support bahunya yang cedera tu. Bahagian 3 tulang rusuk yang patah tu memang tak boleh buat apa.. tunggu dia elok sendiri je. abang Haziq tu nampak benor kurus sebabkan puasa sebulan. Kesian dia. Tapi alhamdulillah kuat dia puasa.. dari umur 6 tahun dia puasa penuh sampai la darjah 2 tahun lepas... Gambar 2013 ni dia baru darjah 1 ni.. harap2 tahun 2015 ni pun dpt juga dia puasa penuh. Tahun ni giliran adiknya pulak nak asuh puasa...




Ini rutin kami sebelum mula beraya.. pegi ziarah pusara bapa mertua & saudara2 yang lain juga. Kat kampong suami ni kubur dorang takde sistematik sangat. Kubur kat sini ikut kelompok2 family. Jadi semua family dikuburkan setempat je. Tak macam kat bandar atau kat Felda (kampong MaDiHaA) kena ikut sistem tersusun rapi je kubur. Kat sini kuburnya setompok2... setompok family si polan, kat sana setompok kubur keluarga si polan. Tapi bagus juga buat camni sebab mudah untuk saudara mara nak melawat sebab kubur dekat2 je bagi semua family yang dah arwah. Takdelah nak kena pegi jelajah sana sini kan.. kadang boleh lupa dibuatnya yang mana satu kubur pakcik, yang mana satu kubur atok. Kat bandar memang tak boleh buat macam ni sebab tanah terhad, kat kampong tanahnya luas.




Siap2 bersihkan mana yang patut (tak banyak pun nak dibersihkan sebab kawasan kubur tu baru je diracun rumputnya) kami pun anak beranak bacakan yasin & tahlil buat semua arwah. Last sekali en. suami minta kakak Dini baca doa tahlil. Test sikit anak dara.. orang sekolah agama kenalah pandai semua kan...



Selesai semua... masa untuk serbu rumah mak2 sedara la pulak.. hihi.. Rumah mak saudara suami ni ada 5 buah semuanya. Tapi yang sebuah tu agak jauh sikit dari perkampongan suami jadi jarang2 dapat pegi sebab tak cukup masa. Masa ni bateri hp dah nak kong. Jadi hanya ini lah saja gambar yang ada. Sendat perut asyik makan lemang dengan rendang. Kelamang (lemang tepong) pun ada.. sedap.. lemak2 manis gitu.

Hmm.. itulah saja kisah raya 2013 kami di Raub. Takde apa yang menarik sangat... sekadar untuk kenang2an kami sekeluarga saja.

Terima kasih kerana sudi membaca..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net