Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 22-May-2007 03:53 Email | Share | Bookmark
Mexican bun & Sunflower seeds & raisins muffin

Mexican Bun
Sunflower seeds & raisins muffin
Mexican bun & muffin ni pun dah lama gak buat.. buat hari yg sama.. resepi mexican bun tak ingat ambil dari siapa... copy & paste ajer... resepi muffin pula ambil dari FP Nina kalau tak silap.. tq Nina dan juga empunya resepi mexican bun ni...

Mexican Bun

Bahan-bahan

A. High protein flour (500 gm)
Gula (100 gm)
Garam (5 gm)
Bread improver - pelembut roti (5 gm)
Yis – Mauripan – (15 gm)
Telur (2 biji)
Susu Tepung (10 gm)
Air (Paip) jgn air suam tau (210 gm/ml)

B. Margerin (100 gm)

C. Mentega (kiub untuk inti, kalau nak senang potong masa sejuk pakai pisau tajam, masuk balik dlm peti ais)

Cara-cara:

Pukul A sampai kembang. Pukul low speed sekejap sampai combine, baru medium speed. Kalau mixer kommersial dlm 10 min. Kalau hand-mixer, lama le sikit.

Campur margerin, pukul lagi dlm 5 minit. Pukul sampai doh boleh ditarik macam belon yang dah pecah. Doh dia memang lembut sikit. Kalau nak potong, jgn lupa tabur tepung. Kdg2 orang salut je dengan butter, lagi senang.

Rehatkan doh 5 minit.

Bahagikan doh 30 gm. Kalau nak besar mcm kat KLCC tu 60 gm. Tapi, kalau takat makan kat rumah, potong le ikut suka, tak payah timbang-timbang.

Masukkan inti. Kena seal betul-betul tau, takut meleleh inti keluar.

Rehatkan lagi 1 ½ jam – 2 jam

Sementara tu, boleh buat topping.

TOPPING

Telur (90 gm) 1 telur B = 55gm
Gula (90 gm)

Pukul sampai stiff – kembang dan pucat mcm lemon

Low protein flour (110 gm)
Mentega (dicairkan) (100 gm)
Kopi segera / coffee paste (sesedap rasa)
Baking powder (2 gm)

Dah pukul telur dengan gula tadi, campurkan tepung, gaul rata. Akhir sekali, masukkan mentega cair, gaul rata.

Masukkan dalam beg plastik, potong hujung plastik kecik je, paipkan spiral atas doh tadi dan bolehlah dibakar.






Muffin Biji Bunga matahari

Bahan A
175 gm tepung high protein
110 gm gula castor
60 gm tepung naik sendiri
110 gm biji bunga matahari
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Bahan B
250 ml susu segar
55 gm mentega - dibiarkan pada suhu bilik
1 biji telur
2 sudu makan oat

Untuk hiasan
Sedikit buah buahan campuran kering

Cara Menyediakannya

Campurkan semua bahan A dan gaul rata. Buat lubang di tengah adunan tepung tadi dan tuangkan semua bahan B. Gaul balikkan semua sampai sebati. Panaskan oven pada suhu 180'C. Tuangkan adunan dalam acuan muffin 3/4 penuh dan taburkan buahan campuran tadi. Bakar selama 20-30 minit.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net