Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-May-2007 04:22 Email | Share | Bookmark
Karipap pusing..

Karipap Pusing
versi Rinchan..
Sedang digoreng..
Dah lama nak cuba wat karipap pusing ni.. sebelum ni selalunya wat karipap biasa jer.. bila tengok FP rinchan tunjuk step by step cara buat karipap pusing.. dan dengan gambarnya yg mengancam.. aku pun apa lagii... terus ler panaskan enjin.. hasilnya.. jadilah karipap pusing idaman kuu... tapi hasil kerja tanganku.. tak berapa lawoo... boleh la utk mkn famili kann..



Karipap ni sedapp... lembut dan rapuh sangat.. mungkin sebab dua2 doh ada penyumbang lemak.. iaitu doh 1 guna minyak, manakala doh 2 guna marjerin... tu pasal lembut yg amat.. & sedikit oily.. pd sesiapa yg sedang jaga pemakanan tu.. bolehlah kurangkan kandungan minyak utk doh 1 dan tambah air. (Ada gak org ckp doh 1 hanya guna air sajer.. tp aku tak pernah cuba lagi...)
Pada Rinchan.. tq so much utk resepi anda... akhirnya berjaga gak Madiha wat karipap pusing.. & izinkan ku copy & paste resepi mu di sini utk tatapan sesiapa yg berhajat nak buat... (dpt pahala tauuu rinchann... hehehe)

KARIPAP PUSING
(versi Rinchan)

[size=18]Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek. Madiha lak suka buat inti kentang campur ayam. Mana2 pun boleh.. semer sedap..

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Nota: doh marjerin masukkan dlm doh minyak. Canai dan gulung memanjang. Canai memanjang dan gulung jd roll yg pendek. Ptg 1 cm tiap satu & canai jadi bulan dan isi inti & kelim tepinya.

Kalu nak tengok gambar step by step.. silalah ke FP rinchan di http://rinnchan.fotopages.com pasal Madiha terlupa nak amik gambor step by step.[/size]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net