Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-May-2007 02:15 Email | Share | Bookmark
Kuih bakar berkentang..

Kuih bakar berkentang
yum yumm..
dalam loyang
kentang rebus & santan
kentang dah blend dgn santan
bancuh semuanya atau blend bagi rata & halus
tuang dlm loyang dan bolehlah dibakar
dah pun masak..
Ini projek mlm rabu baru-baru ni.. teringin sangat nak cuba resepi ni. Tengok bahan2 semua ada kat rumah.. so try ler buat utk sarapan.. Dapatlah satu loyang.. dipotong2 dan bagi pada baby sitter sikit. Rasanya berlainan dengan kuih bakar biasa... best sangat.. kalau nak tau kelainan rasanya.. boleh la cuba sendiri yer.. terima kasih pd empunya resepi (tak ingat dari siapa pasal dah lama sangat disimpan) tp resepi asal dah diubai suai kandungan gula sebab nak kurangkan manis... ini pun rasanya masih manis lagi bg tekak ku...

Kuih bakar berkentang..


Masih dlm loyang tunggu sejuk


KUIH BAKAR BERKENTANG

500 gm kentang (direbus dan diblend dgn santan)
550 ml santan pekat
250 gm tepung gandum (hasil kuih agak lembik.. boleh lebihkan 50gm ~ 100gm lagi)
300 gm gula pasir (resepi asal 350 gm)
3 biji telur (saiz besar)
1/2 sudu teh vanila
sedikit pewarna kuning
1 sudu teh garam
1 sudu makan mentega cair (resepi asal minyak sapi)

Cara:
1) Masukkan kentang yg diblend bersama santan ke dalam mangkuk berisi tepung.
Gaul rata.
2) Kemudian masukkan telur, gula, vanila, pewarna kuning, garam dan mentega
cair. Gaul rata.
3) Jika tepung tidak rata, boleh masukkan bancuhan tadi ke dalam blender dan
blend kejap supaya dpt bancuhan yg lebih halus.
4) Sapu loyang dengan minyak di dasar dan sekelilingnya. (saya guna loyang
berlubang) Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 1 jam –
1 ½ jam dgn suhu 170°C. (tempoh masak bergantung pd saiz loyang. Untuk
mengetahui kuih dah cukup masak.. uji dengan lidi penguji sekiranya lidi keluar
bersih beerti kuih dah masak)
5) Biarkan sejuk barulah boleh dipotong.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net