Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-May-2007 02:58 Email | Share | Bookmark
Ayam masak merah & Buncis goreng bertelur..

Dinner sempoi..
Ayam masak merah
Buncis goreng bertelur
Nasi goreng sempoi breakfast pagi tadi..
Minggu ni hubby kerja malam.. jadi tiap2 hari agak rushing utk masak dinner. Balik je dari kerja cepat2 pegi fetch anak2 dan terus balik. Sampai rumah kadang tu pukul 6.00 pm atau kalau jln jem sket.. 6.30 baru sampai umah. Sampai je rumah terus bersilat kat dapur.. masa memang terhad sebab hubby kena makan awal pasal nak pergi kerja plak. Jadi tiap2 hari time hubby kerja mlm aku hanya masak mana yg sempat dan yg paling mudah jer. Sambil masak tu macam biasa ler penolong setiaku mesti mengacau kat dapur.. hehe.. baby ku si Haziq memang suka benor ikut ke dapur time aku masak. Kalau nak bagi dia tak kacau/ kurang mengacau.. kena on tv bagi dia tengok baru ler senang nak wat kerja. Demamnya pun dah ok.. so kurang ler meragam.. bolehlah aku buat kerja dgn lancar..

Petang semalam mcm biasa tiba rumah pukul 6.15 terus keluarkan ayam dan sayur.. ku masak ayam masak merah dan buncis goreng bertelur. (mmg biasa pun msk 2 dishes jer pasal hubby jenis tak reti mkn byk2 lauk.. Kecualilah kalu mkn kat luar ataupun ada tetamu dtg baru ler masak lebih) Menu utk dinner ni biasanya dah fikir awal2 lagi. Sampai rumah terus je mulakan kerja takdelah nak buang masa nak fikir nak masak apa. Pukul 7.15.. makanan dan air pun dah ready..


Ayam masak merah


AYAM MASAK MERAH
(resepi sempoi ku belajar dari ma (ibu ku tersayang..))

Bahan2
10 ketul ayam (bersihkan dan gaul garam kunyit dan goreng)
20 biji cili kering (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
1 inci halia (kisar)
3 atau 4 batang serai (kisar)
2 sudu besar tomato puri
1 biji bwg besar (dimayang)
Minyak masak
garam
gula
perasa
1 cwn air
daun bwg/ daun ketumbar (untuk hiasan jer.. aku tak bubuh pun pasal takde)

Cara2
Minyak yg diguna utk goreng ayam tadi.. dikurangkan dan tinggalkan dlm sesenduk dlm kuali tadi. Bila minyak dah panas terus masukkan bahan2 kisar dan tumis sehingga garing. Kalau nampak tak cukup minyak boleh tambah lagi. Kalau tak suka byk minyak takyah tambah. Bila dah garing masukkan tomato puri, garam, perasa dan gula (buh lebih dlm 2/3 sudu besar kalu suka rasa manis2 sket). Then masukkan air dlm 1 cawan. Biarkan mendidih kejap then boleh la masukkan ayam dan bawang besar yg dimayang tadi. Kacau2 dan rasakan garam gulanya kalau dah ok.. bolehlah dihidang.


Buncis Goreng bertelur


BUNCIS GORENG BERTELUR
(resepi sempoi ku)

Bahan2
2 gengam kacang buncis
1 biji bawang besar (pilih yg sedang) (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
5 biji cili padi (hiris)
1 kiub pati ikan bilis
garam
2 biji telur
minyak masak
air

Cara2
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 dimayang tadi hingga wangi. Masukkan air dan kiub ikan bilis. Bila mendidih masukkan kacang buncis & garam (jangan byk pasal kiub ikan bilis dah masin) dan kacau hingga kacang lembut. Bila agak2 dah nak angkat tu terus masukkan telur dan kacau2 bagi telur tu jadi scramble. Tutup api dan boleh ler dihidang.


Nasi goreng sempoi.. (takyah resepi ler... resepinya sempoi sangat pasal pagi2 nak cepat..)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net