Want your
own Fotopage?







 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-May-2007 03:00 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat Moist..

Kek coklat moist..
tempahan
dari kawan..
Kek besday Haziq 1 tahun..




Kek coklat moist ni dah byk kali buat sebenarnya... Resepinya pertama kali diperoleh dari sahabat cyber iaitu Izzarin yg dikenali beberapa tahun yg lalu.. (tak pasti dari mana dia dpt resepinya) masa tu memang tak tau langsung buat kek coklat moist ni... ada pernah makan kek ni kat umah orang.. tp bila tanya resepi.. masing2 taknak bagitauu.. org tak sudi nak share kita takleh paksa kan?... Masa tu belum kenal lagi FP ni.. so memang tak tau dari mana nak dptkan resepinya...hinggalah pd suatu hari Izzarin bagi resepinya pd Madiha.. Tanpa berlengah.. terus cuba buat dan alhamdulillah.. menjadi dengan jayanya... Mula dari hari tu.. kalau nak buat besday kek.. kek coklat moist ni lah yg MaDiHa buat pasal anak pun suka mkn, apatah lagi maknya... hehehe . Terima kasih byk2 pada Izz kerana sudi share resepi ni dengan MaDiHa...

Ini kek birthday Haziq masa umur 1 tahun.. guna resepi kek coklat moist..


Tapi sejak kenal FP ni.. rupa2nya kek coklat moist ni ada byk versi.. ada yg bakar dan ada yg kukus. Tapi kali ni MaDiHa nak share resepi pertama yg MaDiHa kenal iaitu Kek Coklat Moist versi Izzarin..

Gambar kek yg 4 segi ni pulak.. kek yg kawan tempah utk besday anaknya yg ke 2 tahun.. beberapa bulan lepas. Deconya takleh lawan ngan deco kawan2 FP yg lain.. maklumlah MaDiHa ni bukannya pandai sangat mendeco... amatur ler katakan... bunga ros pun guna bunga ros wafer jer.. hehehe..




KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.


Quote:
Okey.. ada yg bertanyakan resepi aicing / butter cream yg MaDiHa gunakan.. dibawah ni resepinya yer..

Aising mentega

1 cwn butter
1 cawan shortening
3 cawan gula icing (ayak)
3 sudu susu segar
sedikit esen vanila.....

putar semua bahan sehingga smooth.....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net