Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-May-2007 05:11 Email | Share | Bookmark
Peach Fruit Flan Cake

Peach Fruit Flan Cake
 
 
 


Kek ni dibuat sebulan yg lalu sempena my besday Kasihan kan.. besday sendiri pun kena buat kek sendiri.. tp takperlah.. dah boleh buat sendiri buat apa lagi beli kat kedai.. kan? (tauke kedai kek mesti tak suka kat MaDiHa ) Kata orang biarlah tak cantik.. tp hasil kerja tangan sendiri.



Kek ni dalamnya actually guna kek span vanila saja. Cuma selepas masak dihias guna krim kastard & buah peach dlm tin dan juga sedikit coklat deco.. maka terhasillah Peach Fruit Flan Cake... Kek span vanila ni buat siap2 kat rumah. Kemudian bwk ke kampung berserta bahan2 menghias yg lain dan disempurnakan kat kampong pasal kebetulan sehari lepas blk kg tu besday MaDiHa.. makanya besday celebrate kat kampong dengan ma & adik2 Pada Ma, hubby, Abby & Dee.. TQ very much for your hadiah hari jadi... I like it so much...


PEACH FRUIT FLAN

Bahan2
1 biji kek span vanilla (resepi spt di bawah)
cream custard (resepi spt di bawah)
1 tin buah peach dlm tin – potong ikut suka
1 biji lemon – perahkan airnya + 200 ml air + 40 gm gula - jadikan sirap lemon
200 ml whip cream – dipukul hingga kembang
Sedikit coklat deco – cairkan coklat masakan, tuang atas kertas ratakan jd nipis.. biar keras. Potong ikut suka.
Sedikit apricot glaze/jem apricot pun boleh + air – masak sekejap

Cara2 Membuat Peach Fruit Flan Kek
-Kek span dibelah 3 lapis
-Letak lapisan pertama atas cake board.
-Sapukan sirap lemon rata2 atas kek.
-Sapukan cream custard rata2 atas kek (jangan tebal sangat)
-Taburkan sedikit buah peach yg dicincang. Letakkan lapisan kek yg kedua di atas lapisan pertama tadi.
-Ulang cara yg sama sehingga third layer.
-Last sekali sapukan seluruh kek dengan lebihan cream custard di atas dan tepi kek.
-Sapukan bahagian tepi sahaja dengan whip cream yg dipukul tadi.
-Aturkan buah peach yg telah dipotong mengikut kreativiti sendiri. Boleh tambah ceri di tengah2 utk mencantikkan lagi.
-Sapu atas buah peach dengan apricot glaze tadi.
-Tempekkan coklat deco atau hiaslah mengikut kretiviti anda di tepi2 kek agar menjadi kek yg menarik.

KEK SPAN VANILA

Bahan2
120 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
4 biji telur (gred B)
10 gm ovalette
20 ml air
1 s/k vanila
20 ml minyak jagung

Cara2
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.
-Sejukkan


CREAM CUSTARD

Bahan2
100 gm instant custard powder
250 ml air masak biasa
50 ml whip cream
1 s/k vanilla

Cara2
-Semua bahan2 di atas dikacau rata.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net