Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-May-2007 01:04 Email | Share | Bookmark
Sotong Goreng Berlada & Sup Kubis + Tauhu Kosong

Sotong goreng berlada
Sup kubis+tahu kosong
Untuk Dinner
 
Lagi resepi sempoi untuk makan malam baru2 ni..



SOTONG GORENG BERLADA

Bahan2
10 - 15 ekor sotong saiz sedang - dipotong2 ikut suka
(bersihkan & buang kulit luar, gigi & matanya (hiris guna pisau) agar masa menggoreng tak meletop )
15 biji cili kering - kisar
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - mayang bulat
minyak utk menumis
serbuk kunyit
garam
gula
perasa
sikit asam jawa ramas dengan sedikit air (asam jgn byk takut masam sangat tak sedap)

Cara2nya
-Sotong yg telah dibersih & dipotong2 tadi dimasukkan dlm periuk dan rebus tanpa air.
-Kacau2 sket dan tunggu hingga sotong jadi putih dan keluar airnya.
-Tutupkan api dan toskan sotong tadi.
-Gaul sotong dengan garam & kunyit lalu digoreng sebentar.. angkat dan ketepikan.
-Gunakan kuali lain.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Masukkan garam, gula, perasa & air asam jawa secukup rasa.
-Bila sambal secukup rasa masukkan sotong dan bawang hiris tadi dan gaul rata hingga sambal agak kering.
-Bolehlah dihidang



SUP KUBIS + TAUHU KOSONG

Bahan2
setengah kubis saiz sedang - potong kasar
10 ketul tauhu kosong
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
1 kiub pati ayam/ikan bilis
1 sudu rempah sup - bancuh dengan sikit air
garam
minyak utk menumis

Cara2
-Panaskan sikit minyak dlm periuk dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
-Masukkan setengah jag air dan kiub pati ayam/ ikan bilis tadi serta rempah sup.
-Biarkan mendidih lalu masukkan kubis serta tauhu kosong tadi serta garam secukup rasa. Jangan bubuh byk terus pasal dlm kiub ayam/bilis td dah bergaram.
-Bila kubis dah lembut.. angkat dan boleh ler dihidang.

sempoi kan? hehe.. biasa laa tuu.. resepi MaDiHa semernya sempoi...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net