Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-May-2007 08:39 Email | Share | Bookmark
Kari Tenggiri & Acar Kubis

Kari Ikan Tenggiri
Acar Kubis
Pappadom Goreng
Lauk ni MaDiHa masak minggu lepas.. seperti biasa resepi MaDiHa resepi tersendiri.. iaitu edisi sempoi ala MaDiHa.. hehehe... Bukannya apa.. waktu memasak yang terhad membuatkan MaDiHa mencari jalan termudah dan tercepat utk menyiapkan hidangan supaya hubby sempat makan malam kat rumah dulu sebelum pergi kerja. Jadi tak perlulah dia beli makanan kat luar utk makan malamnya...jimat belanja betul tak?

2 resepi ni amat sesuai digandingkan utk makan malam.. ehehee.. sebenarnya ini mengikut selera MaDiHa sendiri ler.. orang lain mungkin tak sama kot seleranya. MaDiHa biasanya kalau masak kari mesti suka ada sayur yg masam2 dan juga pelengkapnya mesti ada pappadom.. emm.. makan sampai tak nampak org lalu belakang tuu..



KARI IKAN TENGGIRI

Bahan2
2 keping ikan tenggiri yg besar - bersihkan
2 s/k halba campur
2 ulas bawang putih - hiris nipis
3 ulas bawang merah - hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis memanjang
1 pelepah daun kari
1 bungkus rempah kari ikan (gunakan terus tak perlu jadikan pes)
1 kotak kecil santan segera
8 biji kacang bendi - basuh dulu.. dekat2 nak masuk periuk baru dipotong hujung dan pangkalnya
2 biji tomato - belah 2
air
sedikit asam jawa - ramas dengan sikit air
garam & perasa
minyak utk menumis

Cara2
-Panaskan minyak.. tumiskan halba campur, daun kari, bwg putih, bwg merah dan halia. Kacau sebentar.
-Perlahankan api dan terus masukkan rempah kari dan kacau2 supaya rempah tak mudah hangus.
-Masukkan santan, sedikit air (untuk mendapatkan kuah), garam, perasa dan air asam jawa.
-Biarkan mendidih sambil kacau selalu supaya tak pecah minyak.
-Bila dah mendidih masukkan ikan tenggiri tadi. Kacau perlahan2 agar isi ikan tak pecah.
-Masukkan kacang bendi dan biar sebentar dan akhir sekali tomato.
-Rasakan garamnya.. bila ikan dah masak & bendi dah empuk sikit bolehlah dihidang.



ACAR KUBIS

Bahan2
suku kubis saiz besar - dicuci bersih dan hiris nipis2 atau sagat
1 biji bawang besar - mayang nipis
5 biji cili padi - hiris nipis
gula secukupnya
cuka makan secukupnya
garam secukupnya

Cara2
Campurkan semua bahan2 ke dalam besen dan digaul rata. Rasakan masin & manisnya mengikut selera masing2. Biar seketika sebelum dihidang. Sekali sekala digaul agar mesra. Bolehlah dihidang. Mudah kan?


PAPPADOM GORENG




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net