Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-May-2007 02:03 Email | Share | Bookmark
Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak
ala MaDiHa
for Sarapan pagi tadi..
Pagi tadi goreng mee utk sarapan. Goreng kering2 ala mamak sket. Tapi bukan resepi asli mee goreng mamak pasal biasa mee goreng mamak ada guna cekodok tepung tuu... ini resepi main hentam jer ni...


MEE GORENG MAMAK ala MaDiHa
500 gm mee kuning
2 gengam tauge
2 pokok sawi / kubis (tak bubuh pasal takde stok)
2 keping tahu - goreng dan potong kiub2 kecil
2 keping fish cake - hiris (tak bubuh pun takde stok)
segengam udang basah -buang kulit semua
2 ulas bawang putih - diketuk
4 s/b cili&bwg mesin (cili kering, bwg besar, bwg putih yang dah dimesin sekali-mesin siap2 mudah nak masak.. ambil jer dr peti ais )
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b sos cili
gula
perasa/garam
2 biji telur
minyak

Cara2
-Panaskan minyak dlm kuali.
-Tumis bawang putih ketuk hingga wangi.. masukkan cili mesin tadi dan kacau2 masak hingga garing.
-Masukkan udang basah, dan segala jenis sos dan kicap pekat tadi serta sedikit sj gula & perasa.
-Masukkan sawi / kubis, tauhu goreng, fish cake. Rasakan garamnya.. kalau tak cukup masin boleh tambah sket garam. Actually dlm sos tiram & kicap pekat dah bergaram.
-Masukkan mee kuning dan gaul rata.
-Pecahkan telur kat tepi kuali.. biar dia masak.. kacau2 dan gaul rata dengan mee. Gaul sentiasa sampai semua telur masak.
-Last sekali masukkan tauge.. gaul kejap dan boleh la dihidang.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net