Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Jun-2007 01:21 Email | Share | Bookmark
Yogurt Blueberry Cake

Yogurt Blueberry Cake
Besday kek Amirul
Dah kena potong...
Campur semua bahan & putar
Dah kembang..
Masukkan minyak jagong
Putar lagi.. then tuang dlm tin & bakar
Kek span dah masak biar sejuk
Dah sejuk
Kek dibelah dua
Letak satu layer dlm tin sama saiz
Bahan2 cream yogurt
Puding Yogurt Cream Crackers
yum yumm..


Minggu lepas maksu ku Sujah order blueberry cheese cake utk besday anak bongsunya Amirul yg berumur 13 tahun. Kebetulan sekarang anaknya yg belajar kat UiTM Dungun si Syikin sedang bercuti dan ada kat rumah. Pasal tu ler agaknya dia repeat order kek yg sama sebab masa first time aku buat dulu Syikin tak dapat merasa pasal ada kat Dungun. Aku pun sanggup jelah.. kat rumah masih ada sikit lagi blueberry fillling.. so hari jumaat tu lepas jemput anak sekolah (hari last sekolah) aku pun singgah pasaraya utk mencari bahan2 kek. Dok tercari2 cream cheese takdok la pulak. Hmm.. kehabisan stok plak dah. Whip cream dah ku ambil.. alamakk.. macamana ni.. aku dah janji nak buat cheese cake.. tp cheese takdelah pulak. Nak pegi kedai bakeri, Giant or Carefour jauh lah pulak. Walaupun kek tu nak guna hari sabtu malam, tp disebab hari sabtu aku ada meeting memang tak sempat lah nak buat kek hari sabtu.. aku mesti buat jumaat mlm tu jugak. Nak pegi cari balik kerja.. faham2 jelah dengan jalan jemnya.. dengan anak2nyer... Memang malas nak drive jauh2. Aku pun telefon Farhani (adik Syikin).. 'Naknie.. camner ni nak buat cheese cake tp cream cheese takde kat Checkers ni...abis nak buat kek apa ehh??" Farhani pun ckp.. "takperlah kaklong.. buat jelah kek apa2 pun asalkan ada BLUEBERRY.." Fuh lega kejap.. tp.. alamakk.. kek apa ehh yg ada bluebery??? Pening kejap dok mikir dlm pasaraya tuh....

Aku pun fikir punya fikir punya fikir.. ahaaaa.... dpt idea.. teringat kat rumah ada gelatin (halal punya tauu!) aku pun angkat 3 botol blueberry yogurt dan 3 botol yogurt biasa. Whip cream memang aku dah ambil tadi... so.. dlm kepala dah terbayang2 nak cuba dengan nekadnya membuat eksperimen Kek Yogurt Bluberry dengan gandingan kek span vanila dan cream yogurt.. hehehee.. amacamm... nak try buat tak? Haaa.. meh la cuba.. gerenti jadi punya pasal MaDiHa dah buat eksperimen tu dengan jayanya Resepinya MaDiHa akan sebutkan satu persatu... emm.. kek ni pada tekak MaDiHa best jugak. Rasanya masam2 manis gitu. Tapi tak tau ler pd tekak orang lain...

Sabtu malam tu.. aku sekeluarga pun pegi ler umah Sujah utk sambut besday Amirul dan juga parti BBQ sambil bawa bersama kek ku itu.. hehehe.. meh tengok resepinya ehh..



Mula2 kita buat Kek Span Vanila dahulu (resepinya sama spt entry Peach Fruit Flan Cake yer..)
ini kek span vanila dibelah dua...


KEK SPAN VANILA
Bahan2
120 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
4 biji telur (gred B)
10 gm ovalette
20 ml air
1 s/k vanila
20 ml minyak jagung

Cara2
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar saiz 8 inci yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.
-Sejukkan




Lepas tu kita buat pula cream yogurt..

CREAM YOGURT

Bahan2
3 botol yogurt asli
3 botol yogurt bluebery
1 liter whip cream
50 gm gelatin (halal)
300 gm gula halus

Cara2 membuatnya.
-Tuangkan whip cream, yogurt, gula & gelatin ke dalam periuk. Ehh.. apa lagi yg tinggal.. heheh.. maksudnya.. masukkan semua bahan2 tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga gula dan gelatin hancur. Tutup api dan biarkan seketika.


Cara2 menyediakan Kek Yogurt Bluberry

-Kek span tadi yg telah sejuk di belah dua.
-Masukkan satu layer ke dalam tin pembakar yg sama saiz dengan kek.
-Tuangkan adunan yogurt yg dimasak tadi. (masa ni MaDiHa dah gabra dah pasal tiba2 kek span tu timbul takmo tenggelam. Konon2 dlm kepala ingatkan nak buat kek satu layer kat bwh, tengah2 adunan yogurt kemudian lapisan atas kek. Tapi eksperimen dah jadi lain dah.. heheheh Oleh sebab kek tu timbul terpaksalah kita tekan2 kek tu sket supaya dia meresap adunan yogurt tadi.)
-Kemudian bubuh lagi satu layer kek yg dibelah tadi dan tuangkan lagi adunan yogurt tadi.
-Tinggalkan sedikit utk hiasan atas kek yer puan-puan.
(apa jadi pada kek 2nd layer tu..?? alamakk.. sama jugak mcm tadi.. keknya timbul jugak so MaDiHa pun dapat idea camne nak bagi dia tenggelam.. )
-Ambil satu bekas bentuk bulat saiz kecik sket dari tin pembakar tadi.. besen pun boleh.. tapi letak barang dlmnya supaya berat. MaDiHa guna mangkuk pie kaca yg mmg sedia berat Letakkan mangkuk tu (pastikan mangkuk tu bersih) atas kek tadi dah biar sampai adunan yogurt tadi sejuk dan masukkan dlm peti ais hingga dia mengeras. Fuhhh.. lecehnyerrr...
-Esoknya.. buka mangkuk pemberat tu perlahan2... tengah2 kek jd berbentuk lubang.. jangan panikk... tengah2 tulah kita letakkan blueberry filling...
-Gunakan pisau utk longgarkan tepi2 kek supaya mudah nak diterbalikkan.
-Terbalikkan kek dlm pinggan besar. kalau dia takmo turun.. ambil pisau kecik.. masukkan tepi kek perlahan2 dah kuis sket.. sure kek tu turun.
-Pastu terbalikkan semula kek tu atas cake board dan bolehlah di hias.
-Letak blueberry filling tengah2 lubang tadi.
-Ambil lebihan yogurt yg disimpan utk hiasan tadi.. dah keras kan? ambil senduk tekan2 bagi hancur dan lembut.
-Masukkan dlm piping beg dengan nozel bintang saiz besar dan picit lah atas kek.


Emmm... cream yogurt yg MaDiHa simpan utk hias kek tu ada lebih lagi.. puas ler MaDiHa fikir apa nak buat dengan cream ni. Nak dibuang sayang plak.. last2 MaDiHa panaskan balik... then MaDiHa ambil beberapa keping biskut cream crackers dan hancur2kan guna tangan kacau2.. masukkan dlm bekas kecik dan sejukkan. Jadilah Puding Yogurt Cream Crackers
ehh.. jangan gelak... sedap tauuu...

-



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net