Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Jun-2007 03:30 Email | Share | Bookmark
Calong

Calong.. simple & berkhasiat
sesuai utk org yg sedang berdiet..

Resepi ni kegemaran anak2 MaDiHa.. Hubby pun sejak MaDiHa perkenalkan calong ni pada dia mula2 kawin dulu.. dia pun turut suka. Walau pun simple.. tp sedap di samping menyihatkan pasal tak guna byk minyak atau santan. Anak sulung MaDiHa si Dini kalau makan dia pilih fish ball nyer ajer. Haziq plak MaDiHa suapkan fish ball & juga sayurnya.. emmm.. alhamdulilahh... berselera dia makan.. sebabnya sup ni tak pedas.. memang sesuai utk anak2.. dan juga bagi mereka yg sedang berdiet

Tak pasti dari mana asalnya nama Calong tu... sebab nama tu MaDiHa dengar dari ma sejak dulu lagi.... Setiap kali MaDiHa buat calong.. setiap kali tulah juga ingatan MaDiHa pada arwah ayah semakin kuat... Arwah sememangnya amat gemar dengan calong. Kalau ma buat.. memang berselera dia makan hinggakan dihirupnya kuah sampai habis... Ada kisah sedih kalau nak diceritakan.. sebenarnya calong ni jugaklah hidangan terakhir yg ma masak utk arwah ayah sebelum dia meninggalkan kami buat kali terakhir... 2 hari sebelum arwah pergi.. dia minta ma masakkan calong.. jadi ma pun masaklah calong utk berbuka puasa petang tu (masa tu 24 Ramadhan). Ayah makan dengan selera sekali. Keesokan harinya.. petang 25 Ramadhan ayah kena serangan jantung.. masa tu ma sedang buat kuih tepung pelita utk buka puasa hari tu.. bergegas ma hantar ayah ke Hospital Muadzam Shah.. tapi oleh kerana keadaan ayah yg tenat.. dia dihantar dengan ambulan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Keesokan harinya 26 Ramadhan 1423 Hijrah.. ayah pergi buat selama2nya.. Lepas kejadian tu.. bertahun2 juga ma taknak masak calong. Katanya dia sedih sangat memang tak boleh nak masak sebab setiap kali nak masak perasaan hibanya tak dpt dibendung mengenangkan masakan tu adalah favorites ayah. Mujurlah permintaan arwah dapat ditunaikan sebelum dia pergi buat selama2nya...

Oklahh.. tutup kisah cerita sedihh.. MaDiHa share resepinya.. terutama utk panduan anak dara MaDiHa yg suka sangat makan fish ball tuu..


CALONG

Bahan2
secekak besar sawi
(boleh juga guna kobis atau bayam kalau tak suka sawi- tp resepi asal memang guna sawi )
5 ekor ikan selayang pilih saiz besar
(ada org panggil ikan sadin) - boleh juga guna ikan tenggiri senang nak korek isinya )
2 s/b tepong jagung
2 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
sedikit lada sulah
garam & perasa
minyak utk menumis

Cara2
-Cuci & potong sawi.
-Ikan selayang disiang.. buang pipinya dan insang, kerat ekor.. siat kedua2 belah selaput kulit luarnya bermula dari tepi kepalanya dan buang tuang sirip atas dan bawah (yg berduri tuh) supaya senang nak ambil isinya.
-Picit / lurut dari tepi kepalanya utk ambil isinya (ambil isi seperti nak buat keropok lekor )
-Blendkan bawang merah & bawang putih dlm mesin pengisar kering.. jangan campur air.. keluarkan.
-Kemudian blend pula isi ikan tadi. (jangan campur air) kalau ada mesin pengisar daging lagi senang.
-Campurkan 1 s/b bawang blend tadi ke dalam isi ikan yg dah halus. Campur garam sket, lada sulah sket dan juga tepong jagung dan digaul rata hingga boleh dibentuk.
-Dalam periuk panaskan minyak, tumis bawang mesin yg lebih tadi hingga wangi.
-Masukkan air.. jgn byk sangat agak2 lah utk buat kuahnya..
-Sambil tunggu air mendidih.. bolehlah bulat2kan adunan isi ikan tadi menjadi bebola dan masukkan ke dalam kuah tadi.
-Biarkan mendidih.. masukkan garam, perasa, lada sulah dan last sekali masukkan sayur sawi.. balik2kan dan bolehlah ditutup api dan dihidang..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net