Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Jun-2007 01:50 Email | Share | Bookmark
Sup Tulang, Bayam Goreng & Telur Dadar Berkuchai

Sup Tulang
Bayam Goreng
Telur Dadar Berkuchai
Ini menu dinner beberapa minggu lepas.. (huhh lama gak tu terperap... )
Oleh sebab baby tak boleh nak kunyah daging pasal byk urat2 kasar.. (giginya belum penuh ) so menu ditambah dengan telur dadar berkuchai.. so masa suap baby.. just ambil kuah sup, kentang, sayur bayam dan telur dadar.. berselera dia makan.. Anak sulung.. semuapun dia makan.. sayur bayam memang favourite dia.. sampai berebut2 ceduk dlm pinggan

Resepi sup tulang ni guna resepi sendirian berhad.. Dlm byk2 lauk... entah kenapa tiap kali buat sup mesti rasanya lari2 gitu tak pernah yg menten. Kadang sedap, kadang tak sedap. Agaknya masa tak sedap tu rempahnya terkurang kot . Ma selalu ckp... buat sup ler yg paling mudah.. tp bagi MaDiHa.. masak sup selalu jer tak menjadi. Hubby suka makan sup.. tp malangnya org rumah dia tak reti2 lagi buat sup yg betul2 power.. haiii.. nasiblah yer bang... (Org rumah plak konon2 pandai.. malas nak merujuk pd resepi sifu2 dlm FP ni... kalau dah tau tak pandai tu.. rajin2lah rujuk resepi orang lain )


SUP TULANG (versi sendirian berhad )
1 kg tulang - bersihkan dan rebus hingga dagingnya agak lembut
Kentang
bwg putih - ketuk
bwg merah - kisar
halia - kisar
bwg besar - mayang
kulit kayu manis
bunga lawang
cengkeh
buah pelaga
rempah sup - bancuh dengan sikit air
sup bunjut
daup sup
bawang goreng
garam & perasa
lada sulah
minyak

Cara2
-Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bawang putih ketuk hingga wangi. Masukkan kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
-Masukkan bahan dikisar tumis hingga garing. Kemudian masukkan bawang mayang, kacau2 kejap dan masukkan rempah sup yg dibancuh dan juga air secukupnya. Campakkan sup bunjut, tulang dan kentang dan biarkan sup mendidih dan kentang empuk.
-Masukkan garam, perasa dan lada sulah.
-Bila kentang dah empuk dan secukup rasa bolehlah dihidang.
-Hias dengan bawang goreng dan daun sup.



BAYAM GORENG
Bayam
Cili besar - hiris
Bawang putih- hiris
Bawang merah - hiris
Ikan bilis -bersihkan
Garam & perasa

Cara2
Panaskan minyak & tumis bahan2 hiris dan ikan bilis hingga wangi. masukkan sikit air, garam, perasa dan sayur bayam. Balik2kan dan bolehlah diangkat.



TELUR DADAR BERKUCHAI
Telur
kuchai - bersihkan & hiris 1/2 inci
garam
serbuk kunyit (nak hilangkan hanyir telur)

Cara2
Pecahkan telur. Campurkan kuchai, garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan boleh la di dadar



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net