Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Jun-2007 06:45 Email | Share | Bookmark
Urap

Urap
Teruja bila tengok gambor urap kangkong & tauge di FP Maklang.. tanpa berlengah minggu lepas aku pun gi beli bahan2.. maka terhasillah urap.. Dah lama sebenarnya nak cuba buat sendiri urap ni.. selalu kalau bulan puasa ada jual mesti ku beli. TQ Maklang tulih resepi tu.. MaDiHa ada buat penambahan sket iaitu gula melaka & asam jawa.. utk mendapatkan rasa manis dan masam.. Rempah pun MaDiHa tumis kejap hingga wangi.. jgn maree ehh Maklang.. memandai MaDiHa ni modified resepi org..


URAP
(Maklang guna kangkong & taugeh.. tapi MaDiHa tambah kcg panjang, tauhu & tempe)

Bahan-Bahan
1 keping tempe - hiris kecil dan goreng garing
2 keping tauhu - goreng & hiris kiub2 kecil
8 tangkai kangkong - cuci bersih & ikat dipangkal dgn getah gelang (utk memudahkan pengendalian & boleh hiris sekali arong), celur hingga lembut angkat, tos & potong 1 inci bermula dari daun... bila sampai hujung baru buka gelang getah tu dan buang ler getah tu...
8 tangkai kacang panjang - buang hujung & pangkal patahkan dua, cuci & ikat hujung dgn gelang getah dan celur kemudian hiris 1 inci... sama mcm hiris kangkong td.. hiris sekali arong senang keje.. takyah nak ptg sebatang2..
2 gengam tauge, bersihkan buang ekor dan kepalanya - celur kejap dan ditapis

Bahan sambal
1/2 biji kelapa parut putih
25 gram udang kering, direndam - kisar
4 biji lada kering -kisar
8 biji cili padi kisar
2 biji bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1/4 inci belacan -kisar
4 biji cekur -kisar
2 helai daun cekur, dirampai (MaDiHa tak bubuh pasal takde)
Garam secukup rasa
1/4 gula melaka (ni MaDiHa tambah)
sedikit air asam jawa (ni MaDiHa tambah)
perasa

Cara Cara
Tumis rempah kisar hingga wangi, Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam, perasa dan kemudian masukkan kelapa parut. Masak hingga kelapa agak kering sebati dengan rempah.
Masa nak menghidang.. ambil sayur2an yg dah dicelur tadi, tempe dan tauhu dan gaulkan dengan sambal kelapa tadi. Boleh dimakan begitu saja... atau dibuat sebagai lauk nasi yum yumm..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net