Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Jun-2007 03:32 Email | Share | Bookmark
Bebola Daging Berkuah, Pucuk Manis Msk Lemak & Sotong Celup Tpg

Pucuk Manis Msk Lemak
Sotong Celup Tepung
Bebola Daging Berkuah
Minggu ni hubby kerja pagi. Jadi waktu memasak utk mkn mlm taklah kelam kabut seperti waktu dia kerja mlm. Oleh sebab ada byk masa dan tak terkejar2 .. bolehlah buat ekperimen menu2 baru yg perlukan masa agak lama utk disiapkan.. seperti Bebola Daging Berkuah tu... Dapat resepinya dari internet jugak tp tak ingat dari mana.. penyumbangnya ialah Jumi Maslam. Terima kasih Jumi kerana sudi share resepi ye.. Antara menu pelengkap yg lain ialah Pucuk Manis Masak Lemak & Sotong Celup Tepung. Kat bawah ni disertakan resepi2nya.


PUCUK MANIS MASAK LEMAK

Bahan2 (pakai agak2 jer)
Pucuk manis - petik daun2 dan pucuk2 mudanya dan cuci bersih.
santan secukupnya
1 ketul keledek (takde stok - sy guna ubi kentang jer ) - potong dadu besar
bawang besar - di hiris memanjang
cili besar - belah dua
ikan bilis secukupnya - bersihkan
garam & perasa

Cara2 masak
-Letak santan atas dapur. Masukkan keledek/kentang, bwg besar, cili, ikan bilis, garam & perasa. Biarkan mendidih sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
-Bila dah mendidih dan keledek/kentang dah agak empuk, masukkan sayur pucuk manis tadi dan kacau2 kejap. Agak2 pucuk manis dan masask bolehlah ditutup api dan dihidang.



SOTONG CELUP TEPUNG

Bahan2
Sotong saiz besar - cuci bersih, buang gigi & matanya & dipotong2 ikut suka - madiha belah dulu sotong tu supaya senang dicuci dlmnya pasal kdg2 ada pasir kat ekornyer... pastu baru potong so tak nampak ler rupanya mcm ring tu..
garam & kunyit serbuk
tepung jagung + tepung gandum secukupnya digaul rata
minyak masak

Cara2 membuatnya
-Panaskan minyak utk menggoreng - sederhana byk
-Gaul sotong dengan garam dan kunyit.
-Bila minyak dah panas, ambil secekak isi sotong dan celupkan dlm tepung dan balik2kan biar rata tepung dan terus masukkan dlm kuali tadi.
-Goreng hingga garing dan boleh ler dihidang
.


BEBOLA DAGING BERKUAH
Sumber : Jumi Maslam

Bahan2 bebola daging
500g daging cincang
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu teh lada putih
1 biji telur
50g bawang besar- dikisar
50g lobak merah- dihiris halus
2 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng daging

Bahan2 untuk kuahnya
10g lada kering }
5 biji bawang kecil } dikisar
3 biji bawang putih }
1cm halia }
2 sudu makan rempah kari
3 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kacang peas (tak letak takde stok)
1 cawan air
20 ulas bawang kecil-buat bawang goreng untuk tabur (tak letak gak tp diganti dgn daun bwg masuk sekali dlm kuah tu)
1 sudu makan gula
serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara2 Membuatnya
1. Campurkan daging bersama bahan bahan seperti tepung jagung, lada putih ,telur, bawang, lobak dan garam.
2. Kemudian dibulatkan dan digoreng dengan minyak yang banyak.
3. Setelah habis diketepikan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar bersama rempah kari hingga garing, kemudian masukkan tomato sos, air, garam, gula dan serbuk perasa, biarkan kuahnya mendidih,masukkan kacang peas dan daging yg telah digoreng tadi.
5. Biarkan kuahnya pekat sedikit, baru diangkat dan dihidangkan.
6. Taburkan bawang goreng.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net