Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Jun-2007 02:27 Email | Share | Bookmark
Donut

b4 goreng
Donut siap goreng
Donut
 
Pagi sabtu baru ni... buat experiment donut menggunakan yis basah. Biasanya sebelum ni guna yis segera yg kering tu. Sebelum ni.. puas bertanya dengan org resepi donut guna yis basah ni. Tapi yelahh.. org nak berniaga.. bila ditanya.. jawabnya.. "alaaa.. resepi takde sukat2.. main campak2 jer..." jadi ku faham sendiri laa.. itu maknanya org takmau bagi resepinya... heehee.. aku pun satu... org nak meniaga aku pi tanya secret resepinya buat apa...

Bukannya apa.. anak2 suka sangat makan donut. Kalau ibunya ni tak sempat buat breakfast pagi2... bila singgah kedai nak beli kuih... mesti donut yang dia pilih. So hari tu try ler buat donut ni. Sebelum ni biasa buat versi Donut Suria.. tapi kali ni cuba guna yis basah pulak. Resepi ni dikecek dari seorang kakak yg dulunya tauke donut kak Aziah namanya kalau tak silap.. jumpa dia masa kursus tak lama dulu. (tp skrg dia dah tak buat lagi dah.. dah pencen). Dia dengan murah hati telah beri resepi ni bila kebetulan dia bercerita pasal pengalaman dia buat donut. Aku pun apalagi.. ambil ler peluang menulis resepinya .. tapi bukan ku sorang jer yg salin resepinya tauu.. ada gak dua tiga org lain yg berminat.. masing2 pun salin ler resepinya..

Donut yg ku buat tu.. rupanya tak berapa cantik pasal ku uli tak lama masa membentuk tu aku tak cermat. Buat plak besar2.. bila kembang.. humak aihhhh... besornyer tebaboooo... hahaha.... Kira nak cepat jer.. nak cepat siap. Masa menggoreng plak.. si Haziq dok merengek.. sekalinya dah tergaring sangat. hehehee.. tp boleh la utk mkn sendiri. Tengahari tu ada kenduri kawin.. sibuk nak menggosok baju ler pulakk... tu yg nak cepat sgt tu.. (alasan!!) Takper.. lain kali ku buat lagi bagi cantik2..


DONUT (yis basah)
Sumber - Kak Aziah

Bahan2
500 gm tepung gandum
suku inci yis basah } dibancuh dengan sedikit air suam
4 s/b gula halus } campur sekali dgn yis tadi
2 s/b marjerin (jangan penuh mumbung.. agak2 ler.. )
2 s/b susu tepung
secubit garam
air secukupnya hingga mendapat doh yg lembut (air memang tak sukat.. tp pastikan masukkan sikit demi sikit hingga mendapat doh yg betul2 soft..)

Cara2
-Dalam mangkuk menguli.. satukan tepung, marjerin, susu tepung dan garam.
-Gaul kesemuanya hingga menjadi serbuk roti.
-Masukkan bancuhan yis tadi dan gaul rata sambil ditambah air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg lembut.
-Pastikan doh mesti betul2 lembut hingga mula2 menguli tu dohnya melekat2 ditangan.
-Untuk memudahkan menguli.. uli di atas meja yg bersih. Uli lama sket hingga mendapat doh yg licin dan lembut.
-Rehatkan 5 minit.
-Canai anggaran 1.5 cm kemudian gunakan donut cutter. (tapi saya tak guna pun.. sy timbang dlm 40 gm setiap satu.. kemudian bulatkan mcm nak buat roti canai tu then press tengah2nya dengan penutup botol air yg kecil tu.... hehehe... )
-Bila dah siap.. biarkan seketika hingga naik sekali ganda.
-Bolehlah digoreng.. guna api sederhana..
-Bila dah sejuk boleh salut dengan gula halus atau kalau rajin celup dlm coklat masakan... sy ni malas plak nak cairkan coklat tu..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net