Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Jun-2007 03:24 Email | Share | Bookmark
Nasi tomato & geng..

Nasi Tomato
Ayam Masak Merah
Acar Masak
 
 
 
 
Hari Ahad baru ni pulak.. cuba buat Nasi Tomato untuk lunch. Dah lama juga tak buat.. disebabkan dlm peti ais masih ada tomato puri berbaki lebih ku buat ayam masak merah hari tu... jadi sebelum dia rosak & berlaku pembaziran (MaDiHa ni memang anti pembaziran.. ).. lalu ku buat nasi tomato sekali ngan lauk simple yg boleh match dengan nasi tomato... apa lagi.. Ayam Masak Merah lah!! Mujur hubby tak komplen asyik2 ayam masak merah Selain tu.. sayurnya ku buat Acar Masak timun & carrot. Resepi nasi tomato ni... resepi yg ku belajar dari Sujah (mak sedara) tapi dah ingat2 lupa. Tapi takperlah teringin punya pasal ku buat juga mengikut apa yg ku ingat dan bahan2 yg ada kat rumah




NASI TOMATO

Bahan2
3 pot beras (seeloknya beras basmathi.. tp MaDiHa guna beras biasa jer..) - cuci bersih dan tos
2 pot susu cair
2 1/2 pot air biasa
2 s/b marjerin/minyak sapi
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih } dikisar halus
1 inci halia }
1 s/b tomato puri
1 s/k oren sunquick
garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara2 Memasak
-Panaskan marjerin/minyak sapi dlm periuk rice cooker di atas api gas.
-Tumiskan rempah tumis tadi hingga naik bau.
-Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga wangi & agak garing.
-Masukkan tomato puri dan oren sunquick. kacau rata.
-Masukkan air dan susu cair serta beras tadi.
-Masukkan juga garam & daun pandan. Kacau sebati.
-Alihkan periuk tadi ke ibu/rumah rice cooker tadi dan masak spt biasa (petik suisnya tu yer...)
-Bila dah masak, kacau perlahan2 (org T'ganu ckp 'kareh nasi' ) agar sebati dan tutup balik penutup periuk. Siap!!



AYAM MASAK MERAH - Resepinya telah diberi dlm entry yg lepas.


ACAR MASAK

Bahan2
2 biji timun - potong memanjang kasar2 (buang empulurnya)
1 biji carrot - potong memanjang kasar2
2 s/k biji sawi
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 senduk cili mesin (cili, bwg besar, bwg putih & halia dimesin halus)
1/2 senduk cuka / secukupnya
sikit air
1/2 peket rempah kari daging
garam, gula & perasa
minyak masak

Cara2
-Panaskan minyak dan tumis rempah2 tumisan tadi dan biji sawi hingga wangi.
-Masukkan cili mesin tadi dan kacau sebati.
-Masukkan rempah kari kacau lagi.
-Masukkan cuka & sedikit air serta bahan2 perasa garam, gula (lebih sket) & serbuk perasa.
-Masukkan carrot dan biar seketika.
-Masukkan timun dan biar hingga lembut.
-Rasakan garamnya. Acar ni rasanya masam manis gitu. Ada org suka manisnya lebih terpulang citarasa masing2


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net