Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Jun-2007 02:30 Email | Share | Bookmark
Hujung Minggu Yg Sibuk..

Ayam Masak Asrong.. Menu org Raub
Waa.. 5 hari tak jenguk FP ni.. rindu ler pulak.. ([size=9]hehe.. almaklum sedang kemaruk update FP ler katakan..) Sebenarnya.. bercuti dari 7hb - 10hb Jun.. sebab balik kg hubby di Raub, Pahang ada kenduri kahwin sepupu hubby. 11hb tu dah masuk kerja.. tp bz lah pulak..

Masa kat kg tu.. tak kemana2.. hanya berulang alik ke rumah mak saudara hubby jer menolong mana2 yg patut. Kata org Johor 'Rewang' ... tp org Pahang ni tak taulah pulak sebut apa... pasal tak pernah dengar plak istilah rewang kat kg hubby ni.. Rumah mak mertua dgn rumah mak saudara hubby tak ler jauh sangat.. about 5 minutes drive jer..

Hari Khamis tu.. sempat ler tengok org buat Nasi Manis.. buat utk dihidang pd orang yg merewang & utk petang hari nikah nanti. Rupanya sama mcm wajik.. tp dia lembik sikit kot.. aku ni cuma tengok jer.. pasal sibuk melayan karenah baby.. tak dpt nak menolong sangat kecuali ada org care dia.. atau masa dia tidur jer boleh ler menolong apa2 yg patut. (hehe.. alasan..). Aku tolong gaklah kat dapur org masak utk mkn t'hari org2 yg buat kerja. Nasi Manis tu masak kat tanah guna api kayu.. dlm kawah besor tuu..

Gambar aktiviti2 or makanan2 kat kg tak byk dpt ambil pasal aku ni rasa malu ler plak nak keluarkan kamera semata2 nak amik gambor makanan depan makcik2 kat kg tuu... nanti dikatakan ngada2 or nak menunjuk2 pulakk kamera.. kalau kat rumah tak kisah ler nak posing macamana pun makanan yg aku masak sendiri...

Selain nasi manis, kerepek2 spt kerepek pisang, muruku, kuih gunting, bepang mihun (1st time aku tengok ni), tempeyek ikan bilis dan lain2 lagi makanan kering2 tu.. dah disiapkan lebih awal.. juga utk dihidang utk org2 yg menolong masa kenduri tu. Ada jugak makanan2 ringan pemberian jiran2 & saudara mara lain.. tak tersebut sbb byk sgt..

Hari Jumaat tu.. selepas asar pengantin selamat dinikahkan di Masjid Kg. Ulu Sungai, Raub. Aku tak dapat ikut serta sebab aku ditugaskan utk membuat karipap sebagai menu tambahan minum petang tetamu2 yg blik dari nikah tu. Buat karipap tu agak byk gak ler.. hehe.. selalu yg pernah kubuat paling byk pun 1 kg tepung jer. Tapi kali ni aku buat 2 kg tepung & 2.5 kg kentang utk inti. (kalau ikutkan memang tak cukup.. tp itu jer yg sanggup aku buat.. tak larat weii.. nak menguli tuu...) Mula2 aku siapkan inti dan pastrinya kat rumah mertua. Huh lenguh jugak menguli tuu... guna tangan jer.. takde mesin2 bagai.. hehe.. Mujur adik ipar & mak mertua ada menolong mana2 yg patut masa penyediaan tu... Masa nak membentuk tu.. rasa2 cam tak sempat siap jer buat bertiga.. becoz adik ipar & mertua tak reti nak klem tepinya.. Nak suruh dia canai pun dia agak lambat gak.. lagipun aku ni lebih suka canai sendiri takut tertebal ker ternipis ker kalau suruh org... hehe.. lagipun kalu aku buat cepat jer..pro ler katakan (cehh perasan!) tapi kalau aku nak kena buat semua.. canai & klem sendiri alamat sampai lewat ptg ler baru siap.. hehehee.. Jadi aku buat keputusan utk bwk semua bahan2 tadi dan buat kat rumah mak saudara yg kenduri tu.. haaa.. kat situ ramai org.. so ada ler jugak yg pandai klem tu.. boleh gaklah menolong.. cepat ler sikit siapnya.. dlm pukul 3.30 ptg.. dah mula goreng.. sambil aku siapkan yg melambak dlm besen tu..(pembantu ler yg goreng tuu..) dan ngam2 org siap balik dari nikah.. karipap pun dah siap digoreng semuanya.. alhamdulillah.. selesai tugas ku..

Hari Sabtu.. org yg menolong semakin bertambah.. riuh rendah.. seronok pulak dah lama tak tengok org rewang kenduri mcm tu.. sebenarnya kenduri tu dibuat waktu malam.. aaaa.. jangan pelik.. ini first time aku tengok kenduri kawin buat belah malam. Biasa kenduri mesti siang.. Lainlah kalau kat bandar2 besar.. yg buat kat hotel2 or dewan tuu... aku ni masa anak tidur dpt lah jugak tolong mana2 yg patut.. Bukannya apa.. kalau masa anak tak tidur bimbang jugak sebab rumah kat kg tu jenis rumah tinggi.. kalau dibiarkan dia main sorang2 takut ler pulak dia terjun kat pintu tuu... Kalau dibawak ke tanah.. lagilah dia seronok berlari ke sana sini.. langsung takleh buat kerja dok melayan dia pasal dia tu jalan pun tak berapa stabil lagi.. kalau dibiarkan ada ler masuk parit atau lecak.. kadang ditujunya ke kawah org masak tu.. aduhaiii.. anak bujang ku sorangg... Bila dia tidur.. aman ler skit..

Antara menu masa kenduri tu ialah DAGING KARI, AYAM MASAK ASRONG (ini menu wajib & paling popular org Kg. Ulu Sungai, Raub.. diperbuat dari sejenis buah yg diperam.. Buah Perah namanya.. rupanya sebiji mcm kumbang hitam yg besar tuu nanti ku masukkan resepinya.. tp gambor tu gambor yg kubuat sendiri kat rumah tak berapa lama dulu), SAMBAL IKAN BILIS + PETAI, ACAR MASAK TIMUN BERTAUCU, KERABU UMBUT KELAPA (peberet aku niii..yum yumm..) & TEMBIKAI.. Menu utk meja pengantin pulak.. (ini mak2 sedara hubby yg masak.. mak sedaranya ramai.. ) antara lain ialah.. IKAN BAWAL SWEET SOUR, AYAM GOLEK, UDANG GORENG (dicucuk2 & hias pd nenas), BERGEDIL DAGING + KENTANG (ni pun sama dihias & dicucuk pd nenas) & BAKUL BUAH TEMBIKAI.. emmm sayang sekali takde gambar yg dpt kusertakan.. spt kukatakan tadi.. aku rasa segan nak amik gambor makanan (tak pernah dibuat dek org kat kg tuu.. hehehe ). Gambor2 pengantin ada gaklah diambil.. tp nantilah bila ada masa akan ku uploadkan.. masalahnya.. aku ni tak berapa mahir lagi nak transfer gambor dlm digi cam aku tuu.. [/size]

Ini dia gambor Ayam Masak Asrong.. yg popular kat kg hubby ku.. (gambar tak clear almaklum guna hp jer)


AYAM MASAK ASRONG
1/2 ekor ayam
segengam penuh cili padi kg (lagi byk lagi best.. kalau cili sikit tak jadi gulai ni.. nak cantik cari cili padi yg masak.. tp kalau takde yg hijau pun boleh.. tp kuahnya jd tak berapa cantik.. jg gelap sket mcm yg kumasak tu.. )
3 inci kunyit hidup (pilih yg tua2)
2 sudu besar penuh asrong (buah perah yg diperam)
2 kuntum bunga kantan
1/2 helai daun cemomok (rupanya spt daun apa yer.. mcm daun kunyit tp warnanya hijau gelap & lebih tebal.. baunya spt bau pijat tp kalau takde daun ni.. rasanya kureng.. tp still boleh buat gak la.. daun ni takde jual kat KL ni.. hehe.. aku biasa bwk blk daun ni dari kg dan keringkan dan simpan dlm peti ais utk digunakan waktu perlu )
secekak daun kesum
2 keping asam keping
garam & perasa secukupnya

Cara2
-Ayam dibersihkan dan potong kecil
-Tumbuk cili padi, kunyit dan asrong. (aku ni jenis nak cepat & mudah jer.. masuk blender dan blend jer...)
-Jerang air setengah periuk.. masukkan bahan ditumbuk/diblend tadi kacau rata2 kemudian masukkan ayam dan semua bahan2 lain.
-Masakkan hingga mendidih dan ayam empuk.
-Kuahnya agak pekat2 sket gitu.. kalau cair tak best. Rasakan garamnya dan boleh la dihidang.

Note : Awas utk org yg tak tahan pedas... resepi ni memang pedas menyengat... dulu2 1st time makan tak tahan.. skrg dah jd peberet plak termasuk anakku yg sulung tuu.. adik lelaki ku & ma pun dah mula jatuh hati dgn masakan ni Asal aku balik Raub jer mesti ma mintak bwk balik asrong tu utk stok ma di kgku..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net