Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Jun-2007 07:05 Email | Share | Bookmark
Pau Ayam

Pau Ayam
Baru2 ni.. try buat pau.. dah lama tak mkn.. teringin lah pulak.. so merajinkan diri buat mlm tu utk buat sarapan pagi.. pagi tu hanya stim kejap utk dptkan pau yg lebih lembut. Oleh sebab hubby tak berapa suka inti manis.. ku buat inti pedas.. hanya 3 biji bubuh inti kaya (kaya beli) utk anak bujangku yg tahan mkn pedas..

Resepi ni tak ingat ambil dari siapa.. maaflah yer pd empunya resepi.. apa2pun terima kasih byk2 utk resepi ni..


KUEH PAU AYAM

bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeast mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas. (MaDiHa guna kertas minyak je)
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan



Inti Ayam

Bahan
300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil]
2 s/b serbuk kari ayam
1 cawan air
garam
gula
daun sup [racik kasar]

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam, gula dan air.
4. Biarkan mendidih dan pekat.
5. Bila kentang telah empuk dan intinya agak kering boleh ditutup api.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net