Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Jun-2007 07:43 Email | Share | Bookmark
Murtabak Mee Segera

Murtabak Mee Segera
Ada satu malam tu.. ambil dinner awal.. tapi tidur lambat dok tengok tv.. (hari cuti) sekalinya masing2 perut berbunyi plak.. hehehe.. hubby suruh masak mee segera buat alas perut.. teringat murtabak mee segera ni masa tengok dlm FP Penyulawa tak lama dulu.. so.. try ler buat.. anak sulung tu mula2 dengar nak buat murtabak megi dia mcam tak berapa nak jer. tp bila dah try.. dia bisik2 kat telingaku.. 'ibu ibu.. nanti ibu buat lagi yer... ' aku pun jwp.. 'haa.. tulah lain kali rasa dulu, jgn awal2 ckp tak suka'

Emm.. tp sebenarnya tak elok selalu2 mkn mee segera ni.. apatah lagi budak2.. tapi yelah.. kadang tu sekali sekala ada gak keinginan utk makan benda2 mcm ni.. sekali sekala takperlah ekk..

Kalau sapa2 nak mencuba senang jer.. kat bwh ni resepinya..


MURTABAK MEE SEGERA
1 bungkus mee segera (ku guna perisa kari)
2 biji telur
1 ulas bwg merah - cincang

Cara2
Rebus mee segera hingga lembut. Toskan airnya.
Pecahkan telur, masukkan rempah mee segera tadi dan kacau rata.
Masukkan bawang cincang, kalau nak pedas leh bubuh cili padi cincang halus.
Masukkan mee segera tadi dan kacau rata.
Panaskan sikit minyak dlm kuali.. tuangkan mee segera yg dah dibancuh dgn telur tadi nak masaklah spt buat lempeng. balik2kan hingga kedua2 belah garing.
Hidang dgn cili sos..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net