Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Jun-2007 06:35 Email | Share | Bookmark
Sambal Telur

Sambal Telur
Minggu lepas buat sambal telur. MaDiHa jarang buat sambal telur sebenarnya. Tapi disebabkan telur rebus kenduri kat kg hari tu agak banyak tak habis2 dimakan.. tu yg buat gak tu. Sebelum tu dah dimakan dgn kicap & pepper.. dah buat sandwich telur.. tp ada lagi lebih 4 biji dah tak lalu nak mkn mcm tu jer...terpaksalah dibuat sambal sebelum dia rosak... Resepinya mudah ajer.. main campak2 jer


SAMBAL TELUR

Bahan2
4 biji telur rebus - kupas & goreng & ketepikan
5 s/b cili & bwg mesin (cili kering, bwg besar & bwg putih yg siap diblend)
1 s/b sos tomato
1 s/b sos cili
1 bj bwg besar saiz kecil - mayang
1/2 cwn air
garam, gula & perasa
minyak utk menumis

Cara2
-Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan sedikit gula supaya cepat garing.
-Masukkan sos tomato & sos cili.
-Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.
-Masukkan garam & perasa dan juga bawang mayang.
-Last rasakan garamnya.. bila dah cukup rasa masukkan telur goreng tadi kacau2 kejap bolehlah dihidang.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net