Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Jun-2007 07:04 Email | Share | Bookmark
Cekodok Sambal Sardin

Cekodok
Sambal Sardin
Cekodok Cicah Sambal..
Hari Sabtu baru ni buat cekodok cicah dengan sambal sardin. Gara2 tak puas makan masa kat kampong hari tu.. balik sini Madiha buat lagi. Masa kat kg hari tu.. on the way nak balik KL.. singgah sekejap umah makcik hubby yg buat kenduri tu. Masa tu dah petang dah. Makcik tu buat ler cekodok tepung ni.. utk minum petang.. cicah plak dengan kuah kari daging lebih kenduri yg dah dipanaskan. Tp diaorang dok panggil kuih bom. Tapi memang layak pun panggil kuih bom pasal makcik buat cantik bentuknya bulat2. Yang Madiha ni tak reti nak buat bulat2.. jadi leper2 jer.. jadi panggil cekodok jerlah. Dok makan masa tu.. ehhh sedap plak. Isinya pun lembut. Nak tanya resepi segan plak.. Madiha main teka2 jer apa yg dibubuh nak bagi lembut tu. So Sabtu baru ni lepaskan dendam ler.. buat ler utk sarapan. Emm.. memang sedap..lembut jer.. cicah pulak dengan sambal sardin.. sedap bangatttt... anak2 pun suka.. yg kecik tu mkan gitu jer..




CEKODOK
Bahan2
2 1/2 cawan tepung gandum
3 s/b gula pasir
1/2 s/k garam
1 biji telur
1 s/b yis basah
air suam secukupnya

Cara2
-Bancuh yis basah dengan 1/2 cwn air suam. Biarkan sekejap dlm 3 minit.
-Campurkan gandum, gula dan garam.
-Pecahkan telur ke dalam gandum tadi dan kacau2. Terus masukkan bancuhan yis tadi dan kacau rata sambil ditambah air suam hingga mendapat bancuban spt nak buat cekodok biasa.
-Biarkan sekejap hingga bancuhan naik sekali ganda.
-Panaskan minyak dan bolehlah digoreng menjadi cekodok dengan menggunakan sudu.


SAMBAL SARDIN

Bahan2
1 tin kecil sardin
2 ulas bwg merah - tumbuk halus
1 ulas bwg putih- tumbuk halus
1 cm kunyit hidup- tumbuk halus
8 biji cili padi- tumbuk halus
1 btg serai - ketuk
1 keping asam gelugur
garam & perasa
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk & serai titik hingga wangi.
Masukkan sedikit air utk kuah.
Masukkan isi sardin tadi dan pecah2kan isi sardin tadi hingga agak hancur.
Masukkan garam, perasa dan asam keping.
Biar kejap dan rasakan garamnya kemudian buang asam keping dan bolehlah dihidang bersama cekodok tadi.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net