Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Jun-2007 04:03 Email | Share | Bookmark
Kerang Berapi

Kerang Berapi
Asrong Ayam
Kerang Berapi
Tengok kat FP Kak Jie Jie hari tu bukan main terliur lagi... rasa cam tak sabar dah nak merasa. Sebab MaDiHa ni memang penggemar kerang. Masak apa saja... semua pun makan. So hari Sabtu baru ni aku pun suruh ler hubby beli kerang dan bahan2 yg lain. Bila dia balik dari pasar.. tengok kerang yg dia beli... amboiii banyaknyerrr...!! adalah dlm 3kg agaknya... dlm hati ku kata.. abis ke nii?? Apa2 pun aku masak gaklah. Tengah2 aku dok sibuk bersiap nak masak lunch tu.. tiba2 Sujah (makcik) call cakap nak dtg lunch kat rumah... dia dan anak2 dok teringin & terliur nak makan gulai asrong pasal dah lama tak makan.. (gara2 nampak gambar dlm FP aku ni ler.. hehehe...). Katanya nanti dia bawak ayam suruh aku masak gulai asrong. Alhamdulillah.. nampaknya kerang tu memang rezeki diaorang gak laa.. yg tadi aku dok risau takut tak abis... skrg dah tak risau lagi dah.. pasal ramai org yg tukang makan nanti. Siap boleh tapau lagi tuu... alhamdulillah rezeki...


KERANG BERAPI


ASRONG AYAM

Ramai yg kata sedap kerang tuu.. Hubby ratah kerang tu.. dia pun puji sedap!! Aku tau sangat.. kalau hubby puji sedap tu.. maknanya memang sedap ler tuh.. pasal hubby ku ini memang jarang2 nak memuji melainkan kalau betul2 sedap.. hehehe... Bagi MaDiHa sendiri pun.. Kerang Berapi ni memang sedap.. kena dgn selera MaDiHa.. cuma.. lain kali kalau buat lagi.. nak kopek siap2 isi kerangnya.. senang nak makan Untuk Kak Jie Jie... ribuan terima kasih utk resepi tersebut... Memang best bangatttttt!!! Patutlah ramai peminat yg berkunjung ke kedai kawan Kak Jie Jie tuu....

Resepinya MaDiHa copy & paste dari FP Kak Jie Jie... halal yer Kak Jie Jie.. malas nak retype..


KERANG BERAPI (jie jie)

BAHAN-BAHANNYA

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering >direndam dgn air panas sehingga lembut dan diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api >diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net