Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Jun-2007 03:24 Email | Share | Bookmark
Paprik Ayam

Paprik Ayam
Paprik ialah salah satu masakan kegemaran MaDiHa. Kalau makan kat luar.. mesti order paprik. Percaya tak... seumur hidup MaDiHa tak pernah masak paprik? Pelik kan? Suka makan tapi kenapa tak pernah masak? MaDiHa pun kurang pasti kenapa.. tapi rasa2nya ada berkaitan dengan selera hubby MaDiHa agaknya.. Disebabkan hubby tak suka masakan yg mempunyai bau daun limau purut.. makanya... MaDiHa jadi kurang berminat nak masak masakan tersebut termasuklah tomyam.. Iyerlaa.. nanti kita penat2 masak.. tapi nanti kita sorang2 je makan... baik takyah masak betul tak? tapi at least tomyam ada gaklah masak... pasal anak pun suka..

Minggu lepas disebabkan lidah ni dah lama dok teringin sangat nak makan paprik yg dimasak sendiri... akhirnya masaklah jugak.. daun limau purut tu pun import dari kampung masa balik hari tu jugak Ini paprik resepi versi adikku.. Resepi yang dia selalu masak di kedai makannya yg terletak di Perantau Damai off Jalan Kuantan - Segamat.. huuu.. jauh tu import resepi Lain kali nak cuba resepi dari FP kawan2 pulak..



PAPRIK AYAM
Bahan2
(sukatan agak2 ye puan2)

Isi ayam - potong kecil
(kalau suka boleh tambah udang, sotong & daging - jadi paprik campur - MaDiHa tak bubuh pasal takde stok kat rumah.. so tu yg jadi paprik ayam jer)
carrot
cauliflower
kacang panjang
jagung muda
tomato
bawang putih - ketuk
bawang merah - blend / tumbuk halus
cili padi - ketuk
serai - hiris / titik
daun limau purut - koyak2kan
sos tiram
sos cili
kiub ayam
garam, gula & perasa
tepung jagung dicampur dgn air sikit
minyak utk menumis

Cara2
-Panaskan minyak.. tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang tumbuk & serai kacau dan biar sebentar. Masukkan daun limau purut & cili padi.
-Masukkan kiub ayam, isi ayam & sedikit air. Biar ayam empuk.
-Masukkan semua sos2 tadi.. dan masukkan jugak semua sayur2 tadi kecuali tomato masuk lambat sket.
-Rasakan masinnya tambah apa2 yg patut.. garam, gula & perasa.
-Masukkan tomato & air tepung jagung utk memekatkan.
-Biar sebentar.. bila dah secukup rasa bolehlah dihidang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net