Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Jun-2007 03:38 Email | Share | Bookmark
Meehoon Goreng Kunyit..

Sarapan pagi..
Meehoon goreng kunyit
Meehoon ni cukup mudah nak membuatnya.. tak perlu susah payah mesin cili segala.. semua pakai hiris/mayang2 jer.. biasa masak ni utk sarapan pagi bila cili mesin dah kehabisan dlm peti ais. (biasa MaDiHa stok cili kering + bwg besar + bwg putih siap blend dlm peti ais.. senang nak masak pagi2 hari bekerja)


MEEHOON GORENG KUNYIT

Bahan2
Meehoon (agak2.. sukatan ni utk 3 - 4 org makan) - direndam dlm air biasa hingga lembut
segengam udang - bersihkan buang kulit
1 keping tauhu - goreng & potong kiub
1 keping fish cake - potong (MaDiHa tak masuk.. takde stok)
1 biji telur (jika suka)
kubis / sawi
tauge
4 ulas bwg merah - hiris
2 ulas bwg putih - hiris/ketuk
6 biji cili padi - hiris
sedikit kunyit serbuk
1/2 kiub pati ayam
garam & perasa
minyak utk menumis
sikit lada sulah (jika suka)

Cara2
-Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih ketuk hingga wangi.
-Masukkan serbuk kunyit, bwg merah & cili padi, kacau2 hingga layu.
-Masukkan udang, sikit air, garam, perasa, kiub ayam, lada sulah, tauhu & fish cake.. kacau rata.. .. biar sebentar sambil kacau.
-Pecahkan telur.. kacau2 hingga telur masak.
-Masukkan sawi/kubis.. tambah air jika perlu.
-Masukkan meehoon dan kacau hingga sebati.. (jika masih kering & meehoon keras lagi.. boleh tambah sikit air utk melembutkan meehoon.. tp jgn byk nanti lembik tak sedap)
-Bila meehoon dah lembut.. masukkan taugeh.. kacau2 kejap dan bolehlah angkat & hidang.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net