Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jun-2007 05:15 Email | Share | Bookmark
Black Forest Cake

 
 
Seperti yang dijanjikan.. ini dia resepi Black Forest Cake.




BLACK FOREST CAKE
Sumber : Chef Anuar

Bahan2
1 biji kek span coklat saiz 8 inci
(sila rujuk cara2 membuat kek span dlm entry Fruit Flan Cake.. hanya tambahkan 20g serbuk coklat & kurangkan 20g kandungan tepung)
400 g whipping cream (yg manis)- dipukul hingga kental.
200 g chocolate rice
180 g buah ceri hitam dalam tin
2 s/b tepung jagung - bancuh dengan sikit jus ceri
20 g gula kastor
150 ml jus buah ceri -yg dlm tin tadi
sedikit serbuk kayu manis
ceri merah biasa
kepingan coklat masakan diparut.
sedikit snow powder

Cara2
1. didihkan jus buah ceri dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis.
2. masukkan bancuhan tepung jagung. kacau hingga pekat.
3. tuangkan buah ceri dan kacau sebati. tutup api biarkan sejuk.
4. potong kek span kepada 3 lapisan
5. letak lapisan pertama.. sapukan dengan sirap ceri tadi di atas lapisan kek. kemudian sapukan whip cream rata.
6. letak beberapa biji ceri atas cream. sapu lagi cream atas ceri. ratakan.
7. letak kepingan kedua.. ulang proses no. 5.
8. lakukan hingga ke lapisan ke3.
9. akhir sekali sapukan cream rata2 ke atas kek bahagian atas dan tepi.
10.Paipkan cream menggunakan nozel bintang mengikut kreativiti sendiri.
11 hias dengan coklat rice, ceri & coklat parut sebagai hiasan.
12.akhir sekali.. taburkan atas kek dengan snow powder.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net