Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jun-2007 06:47 Email | Share | Bookmark
Kek Butter Kastard

b4 masuk oven
dah pun masak..
deco sket bagi cantik..
Custard Butter Cake


Kek ni dah lama buat sebenarnya.. buat pun saja2 jer pasal teringin nak rasa kek yg menggunakan tepung kastard. Keknya sedap & amat gebu sekali.. yg siap deco tu sajer jer gatal tangan nak main ngan aising..
Kepada Hajar.. terima kasih banyak kerana sudi share resepi.. MaDiHa share pula dengan kawan2 yang lain mana tau ada yg nak mencuba. Versi MaDiHa ni bubuh dalam cup.. boleh juga dibakar dlm loyang biasa.


Custard Butter Cake
Sumber : Hajar

4 biji telur
1 cawan butter
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum -
1 cawan tepung kastad - ayak bersama bahan ini
1 sudu teh soda bikarbonat -
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu pekat manis

Cara2
-Pukul butter dan gula hingga kembang.
-Masukkan telur satu persatu, esen vanilla dan susu pekat manis..pukul sebati.
-Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda sedikit demi sedikit cara kaup dan balik hingga sebati.
-Bakar 45 minit/hingga masak dalam oven yg dah dipanaskan dahulu 180 C (jika bakar dlm cup masa lebih singkat)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net