Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Jun-2007 04:31 Email | Share | Bookmark
Akhirnya..

peti ais usang ku..
ehemm.. peti ais baru ku..
 
Hampir seminggu juga MaDiHa rasa begitu susah hati sebab peti ais rosak. Bukannya apa.. rasa susah bila nak beli lauk banyak2 utk stok lauk pada hari bekerja. Kebiasaannya hubby akan beli lauk utk seminggu. Jadi bila peti ais rosak.. amat menyulitkan sekali. Soal tak dpt minum air sejuk tu tak kisah sangat pun.. tapi bab nak menyimpan lauk mentah or makanan yg tak habis atau barang2 yg tak tahan tu ler yg rasa amat sulit sekali. Maklumlah.. kita bekerja bukan selalu ada masa nak pegi pasar hari2. Hinggakan MaDiHa terpaksa angkut bahan2 yg boleh rosak spt cheese, yis basah dll lagi ke ofis tumpang peti ais ofis..

Ada jugak suruh org datang tengokkan apa yg rosak. Bila dicek2 katanya kalau nak repair dlm dua ratus lebih... hubby kata lebih baik beli yg baru..

Alhamdulillah.. hari sabtu lepas.. akhirnya dapat jugak beli peti ais baru. Sememangnya patut pun dah tukar peti ais baru sebab peti ais yg lama tu dah uzur sangat dah.. almaklum.. hubby beli lebih kurang 6 bulan sebelum kahwin lagi.. bermakna dah 8 tahun lebih. Itupun beli masa Sharp ada buat warehouse sale kat Shah Alam.. memang berjasa sungguh peti ais tuu... hehehee.. terima kasih ler peti ais lamaku itu... jasa mu tetap ku kenang.. tapi apakan daya.. setiap pertemuan ada perpisahan.. dah tiba ler masanya kita berpisah.. redho jelah yer..

Semasa driver hantar peti ais baru... hubby suruh sekali driver tu angkat peti ais lama.. tak kisah ler dia nak jual ker nak apa.. dia tolong bawak pun dah alhamdulillah.. maklum ler kalau kitorang nak angkat sendiri.. takde transport.. Terima kasih yer bang.. tolong kami hari tu...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net