Want your
own Fotopage?







 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Jun-2007 02:01 Email | Share | Bookmark
Walnut Brownies

baru masak..
dah sejuk.. sapu dengan choc ganache..
corak atas brownies..
brownies sliced.. wanna bite?


Dah lama sebenornya teringin nak buat brownies. Sebelum ni dah banyak kali tengok brownies ni dalam FP rakan2 yg lain. Tapi tak terbuat2 jugak. Masa kursus dengan Chef Anuar hari tu pun ada juga diajar buat brownies ni. Dapatlah juga merasa sorang sikit.. tapi tak puas makan.. maklum ler pelajarnya 40 org.. dapat ler 3 ketul sorang

Hari Sabtu baru ni.. anak kepada sepupu MaDiHa yg belajar kat Tangkak ada datang PJ rumah Sujah.. cuti pun 2 hari je.. pastu petang Ahad dah nak balik semula ke Tangkak. Dan kebetulan Syikin anak Sujah pun sedang bercuti semester.. Bulan Julai nanti kena masuk kampus balik kat Dungun.. tak lama lagi adiknya Farhani pulak nak gi belajar kat B. Mertajam, Penang.. Haii.. sepupu2ku semuanya dah nak terbang jauh2.. yelahh... demi untuk masa depan.. kenalah berkorban berjauhan dengan ibu bapa.. Tak lama lagi giliran anak2 MaDiHa pula.. kalau ada rezeki..

emm.. rasanya.. sekarang adalah masa yg sesuai utk kubuat brownies ni sebab ada ramai orang boleh merasa... seronok sikit makan ramai2.. Bila diaorang dah pegi belajar nanti.. kalau buat pun dok teringat2 kat diorang... So, petang Sabtu tu ku merajinkan diri membuat walnut brownies yg ku belajar dulu. Masa penyediaan tu aku dah berangan2 nak bakar dalam loyang 4 segi 10" x 10". Sekali bila dah siap bancuh.. cari punya cari.. alamakkk.. baru teringat loyang tu rupanya ada kat rumah Sujah.. pasal masa diaorang lunch kat umah MaDiHa aritu (masa masak kerang berapi dulu tu) MaDiHa ada buat 2 loyang kuih kole kacang. So, bagi kat Sujah 1 loyang 4 segi tu.. tu yg loyang tu ada kat sana.. hehe.. so.. oleh sebab loyang 4 segi takde.. ahh taram jelah loyang bulat punn.. janji masak..! orang lain buat brownies guna loyang 4 segi, kita wat versi baru guna loyang bulat

So, untuk resepi kali ni.. MaDiHa share resepi walnut brownies dari Chef Anuar..


WALNUT BROWNIES
Sumber : Chef Anuar

Bahan2
125 gm mentega (A)
35 gm serbuk koko
310 gm gula perang
250 mentega (B)
5 biji telur (MaDiHa guna 4 biji telur gred A.. kehabisan telur wat kek choc aritu )
125 gm tepung gandum
125 gm walnut cincang (MaDiHa guna 100 gm walnut + 50 gm sun flower seeds) - roast hingga masak dlm 10 min.

Cara2
-Cairkan mentega (A) dan serbuk koko cara double boil hingga jadi pes, kacau sebati.. sejukkan
-Pukul mentega (B) dan gula perang hingga kembang.
-Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
-Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kacau sebati menggunakan spatula/senduk kayu.
-Masukan pes coklat dan kacau rata.
-Masukkan walnut cincang (dan sun flower seeds) yang telah dibakar tadi kacau rata.
-Tuang dalam loyang yg telah disapu mentega dan di alas dengan kertas. Ratakan dan bakar kira2 35 minit dengan suhu 170C - 180C.
-Bila sejuk.. keluarkan dari acuan dan sapukan dengan coklat ganache.
-Untuk menghidang.. potong bentuk kiub boleh dihias dengan coklat rice atau white choc parut..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net