Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Jun-2007 03:13 Email | Share | Bookmark
Sosej Roll & Sandwich Telur

Sosej Roll
Makan dengan sos pun sedap..
Sandwich Telur
 
Kalau dah tak tau nak masak sarapan apa.. ini ler resepi paling mudah nak disediakan.. anak2 memang suka benor kalau buat ni..


SOSEJ ROLL
Bahan2
10 btg sosej ayam/lembu (pastikan halal punya yer..) - rebus kejap & tos
10 keping roti gardenia - canai bagi nipis utk kurangkan resapan minyak masa menggoreng
2 s/b tepung gandum - bancuh dengan sikit air jadikan gam
2 biji telur
bread crumb secukupnya

Cara2
-ambil roti yg telah digelek nipis tadi & gulungkan sosej di dalamnya.
-gamkan tepi roti dengan tepung gandum yg dibancuh td supaya tak terbuka semasa menggoreng.
-buat hingga habis roti & sosej.
-pukul telur dengan sedikit garam. campurkan sekali dengan lebihan bancuhan tepung gandum tadi (supaya tak membazir dibuang gitu ajer.. ) Kacau rata2.
-panaskan minyak dlm kuali utk deep fry.
-celup sosej roll tadi dlm bancuhan telur.. angkat kemudian letak dlm bread crumb. biar seluruh roti diselaputi bread crumb.
-bolehlah digoreng hingga garing.. api sederhana, nanti roti cepat hangus.
-bila dah kekuningan angkat & tos
-boleh dimakan begitu saja atau cicah dengan cili sos.


SANDWICH TELUR
sumber : Syikin & Nacnie (TQ for the recipe.. Dini suka sandwich ni..)

Bahan2
Roti gardenia secukupnya (guna roti lain pun boleh gakk.. marah kompeni roti lain dok iklan gardenia jer...)
3 biji telur rebus
3 batang crab stick direbus & dicarik2kan.. (MaDiHa tak bubuh pasal takde stok)
3-4 s/b mayonese
sedikit pepper
Salad & tomato (tak letak... anak tak suka sayur mentah)

Cara2
-telur rebus dilenyek hancur & campurkan dengan crab stick, mayonese & pepper. kacau rata.
-bolehlah dibuat sandwich.. dan hidang sebagai sarapan.. sedappp..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net