Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Jun-2007 03:49 Email | Share | Bookmark
Kisah Ikan..

Haziq main ikan talapia..
Talapia swim dalam besen..
Hubby menyisik ikan... ehh apasal sekor dah keluar talam?
Talapia besor2..
Talapia Percik
Talapia Masak Taucu
Talapia Percik
Talapia Percik Close-up
Hari Ahad baru ni, jiran MaDiHa En. Anuar yang tinggal depan rumah bagi ikan talapia yg dia memancing. Ini bukan kali pertama dia bagi… tp dah banyak kali juga… Tapi kali ni banyak betul dia bagi.. sampai 12 ekor.. besar2 plak tuu… alhamdulillah rezeki.. nasib baik laa dah ada peti ais baru.. kalau tidak mungkin ikan tu tak jadi rezeki MaDiHa.. yelah.. nak simpan mana ikan banyak2 kalau peti ais rosak… mungkin kalau ambil pun sekor dua jelahh untuk sekali masak.

Dulu2 pernah sekali makan terkena ikan talapia rasa tanah… masa tu makan kat kedai.. serikk.. lama juga tak makan talapia.. lepas tu ada sekali tu buat bbq kat rumah Sujah.. pakcik ada beli talapia merah.. Try ler makan cicah air asam.. sedaplah pulak. Mungkin sebab kita basuh bersih2 & last sekali rendam dlm air asam jawa.. tu agaknya yang ok kot.

Dalam pada seronok tengok ikan besar2.. dalam hati gundah gulana jugakk… hehehee.. bukannya apa… sebenarnya tak suka nak menyisik ikan…dah la banyak nanti habis sisiknya bertaburan dan melekat2 kat dinding dapur… heheee… Seketika MaDiHa dapat idea.. ahaaaa ni nak kena kecek hubby tolong ni… so kita pun cakap kat hubby.. “abangggg… abang tolong sisik yer ikan tu.. ibu tak suka ler nak menyisik.. abg tolong sisik dengan potong sirip dia jer… yg lain2 biar ibu bereskan..” hubby pun tak cakap banyak.. pasal masa jiran bagi tu.. dia yang tukang terima… jadi dia kenalah tolong.. ekekeee.. so dia pun keluarkan ler parang kontot yg tersimpan rapi dalam kabinet.. bawak ikan masuk bilik air.. (almaklum sinki dapur kecik.. susah nak buat kerja) dan apa lagi.. bermula la kerja2 menyisik..



Haaa… sebelum tuu.. hubby perasaan ada 2 ekor talapia yg masih bernyawa.. nyawa2 ikan gitu. So hubby pun ambil besen besar masukkan air.. dan letak 2 ekor talapia yg masih hidup tu dlm air.. anak2 bukan main seronok lagi main dengan ikan tu… Si Haziq mula2 takut2 nak pegang.. tapi bila tengok kakaknya main2 usik2 ikan tu.. last2 dia pun main sama.. sampai basah2 lantai kena air merecik2 dia main ikan dlm besen tu.. seronok tengok gelagat dia…

Dan after dah beres semua.. so apalagii.. kita masak ler pulakkk… untuk resepi kali ni.. MaDiHa share resepi Talapia Percik & Talapia Masak Taucu.. uihhh ada lagi tau dlm peti ais tuu…. Nak masak apa pulak yerrr… takkan hari2 nak mkn talapia. .



TALAPIA PERCIK
Sumber : Ma tersayang

2 ekor talapia saiz besar - bersihkan & rendam air asam jawa sebentar utk hilangkan bau hanyir
1/2 biji kelapa ambil santan
1 labu bawang besar }
2 ulas bawang putih }
1 inci kunyit hidup } semua bahan ni dikisar halus
1 inci lengkuas }
8 biji cili kering - rebus kejap }
1 sudu besar halba
3 batang serai - dititik
2 keping asam keping
garam, gula & perasa
kunyit serbuk

Cara2
Ikan digaul rata garam & kunyit serbuk.. kemudian dibakar hingga separuh masak
Jerang santan bersama2 bahan yg dikisar, halba, serai dan asam keping hingga mendidih. (boleh juga nak tumis dulu bahan blend kemudian masukkan santan dll)
Masukkan garam, gula dan perasa dan kacau selalu hingga kuah jadi pekat dan pecah minyak.
Bila dah cukup pekat dan secukup rasa.. tuangkan sedikit kuah pada ikan tadi dan bakar lagi. Balik2kan ikan sambil jirus kuah atas ikan hingga ikan garing dan masak.
Kemudian bolehlah dihidang.


TALAPIA MASAK TAUCU
Sumber : Kak Liza (tq Kak Liza)

Bahan-bahan
2 ekor ikan talapia (boleh guna apa2 ikan)
1/2 cawan taucu
1 batang timun [potong kecil] - tak bubuh
1/2 batang carrot [potong kecil] - tak bubuh
1 s/k gula
1 s/k kunyit
air secukupnya
minyak

bahan mayang/hiris
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 biji cili besar merah - tak bubuh ganti dengan 10 biji cili padi.. nak pedas
3 biji cili hijau - tak bubuh gak
3 labu bwg besar

Cara:
1. Bersihkan ikan dan gaul dgn garam n kunyit dan goreng hingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
3. Masukkan taucu air, gula, cili dan biarkan mendideh.
4. Masukkan timun dan carrot.
5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.
6. Hidangkan bersama nasi putih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net