Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Jul-2007 07:45 Email | Share | Bookmark
Stew Ayam

Stew Ayam..
Stew Ayam
Terjumpa resepi ni dalam internet. Tapi dah lupa siapa empunya resepi sebab dah lama sangat tersimpan. Resepi asal ialah stew ayam bercendawan. Pada empunya resepi.. terima kasih banyak2 yer. Tapi MaDiHa ada buat sedikit olahan mengikut citarasa dan bahan2 yg ada kat rumah ketika tu.. so inilah dia Stew Ayam yang dimasak Jumaat lepas.. simple.. amat sesuai utk kanak2 sebab resepi ni tak pedas sangat.. lebih kurang sup juga..


STEW AYAM
Sumber : internet

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil2
1 tin cendawan butang dibelah 2
1 batang lobak merah dipotong ikut suka
2 biji kentang dibelah 6
2 biji bawang besar dibelah 4
1 s/b tepung gandum - bancuh dengan sikit air
1 inci halia dititik
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
sedikit serbuk lada sulah
sedikit sos tiram
garam & perasa

Cara:
1. Panaskan minyak sedikit, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang serta halia.
2. Masukkan ayam dan lada sulah (ikut kepedasan yg dimahukan) dan masukkan sedikit air. biar 5 ke 10 minit.
3. Masukkan Lobak dan kentang. biarkan seketika.
4. Masukkan cendawan, bawang, bancuhan tepung gandum, sos tiram dan bahan perasa yg lain.
5. Tutup periuk dan biarkan hingga ayam masak dan kentang empuk.
6. Rasakan garamnya.. kalau dah ok.. bolehlah ditutup api dan dihidang.
7. Sesuai dimakan bersama nasi atau pun roti.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net