Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Jul-2007 03:01 Email | Share | Bookmark
Nasi Goreng Udang Kering

Nasi Goreng Udang Kering
Masak ni utk lunch ari ahad baru ni. Makan dengan anak2 jer. Entah kenapa malas pulak nak masak minggu ni. Tapi yang sebenarnya dah faham dahh.. bila hubby kena kerja sabtu & ahad.. memang angin malas sure datang punya.. Kesian anak2.. makan nasi goreng jelah yerr.. tapi yang bestnya dorang makan kemain selera lagi.. alaa budak2 bukan reti komplen.. janji kenyang..

NASI GORENG UDANG KERING

Bahan2 (sukatan agak2 jer)
Nasi sejuk - diperoikan
1 biji telur
3 s/b udang kering - rendam air panas - tumbuk
2 biji cili merah - tumbuk (ku bubuh sebiji takut Haziq pedas..)
3 ulas bwg merah - mayang
2 ulas bwg putih - tumbuk
4 batang kacang panjang - potong halus
minyak
garam & perasa

Cara2
Panaskan minyak. Tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan cili merah, udang kering yang ditumbuk dan bahan2 yg dimayang tadi. kacau sebati.
Masukkan kacang panjang, garam dan serbuk perasa.. kacau lagi hingga kacang nampak empuk.
Pecahkan telur kacau2 bagi telur hancur.
Masukkan nasi dan kacau2 hingga nasi sebati dengan bahan tumis.
Rasakan apa yang kurang dan boleh ler ditambah apa yg patut.
Boleh ler dihidang. Nasi goreng sedap dimakan dengan keropok ikan kering, telur dadar atau apa2 bahan sampingan lain. Juga tak lupa ulam spt timun, tomato dll.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net