Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Jul-2007 03:35 Email | Share | Bookmark
Ikan Sisa Nabi@Sebelah Goreng Berlada & Sup Petola

 
 
Ni plak yang dimasak untuk dinner Ahad baru ni.. Ikan Sisa Nabi Goreng Berlada & Sup Petola.. Ikan sisa nabi atau ikan sebelah ni jarang2 jumpa kat pasar. Kalau ada pun tak banyak.. tu yang hubby bila nampak jer kat pasar.. dia rembat ler sekor. Besar jugak ikan tu.. tapi kitorang ni anak beranak (kecuali hubby) kaki meratahh.. sikijapp jer dah tinggal tulanggg Ini dia resepinya.. masak sempoi jer..

IKAN SISA NABI GORENG BERLADA

Bahan2
1 ekor ikan sisa nabi - cuci bersih - bubuh garam kunyit dan goreng garing letak atas pinggan hidangan.
3 biji cili merah }
6 biji cili padi (kalau suka pedas) }
8 biji cili kering - rendam } bahan2 ni diblend
1 biji tomato masak}
2 ulas bwg putih }
1 biji bwg besar }
1 biji bwg besar - mayang
1 senduk besar minyak
garam, gula & perasa
sos tiram
air sikit

Cara2
-Panaskan minyak dan tumis bahan2 diblend hingga masak & garing. (agak lama utk garing)
-Masukkan garam, gula, perasa, sos tiram dan air sikit. kacau2 dan biar dia mendidih kejap.
-Masukkan bawang mayang kacau2 kejap hingga layu.
-Tutup api dan tuang atas ikan goreng tadi then boleh la dihidang.


SUP PETOLA

Bahan2
2 biji petola segi - buang kulit & potong serong
1 biji bwg besar - mayang
2 ulas bwg putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
1 biji telur
1/2 kiub ikan bilis/ayam
air secukupnya
garam & perasa
minyak

Cara2
Panaskan minyak. Tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan bwg besar, cili dan kacau kejap.
Masukkan air, kiub ikan bilis/ayam, garam dan perasa.
Biar mendidih..masukkan petola.
Bila petola dah nak masak, pecahkan telur dlm kuah sup dan kacau2 sikit.
Boleh la tutup api dan hidang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net