Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Jul-2007 07:48 Email | Share | Bookmark
Buah Salak

Buah salak..
Pokok salak
hubby petik salak
buah salak
salak yang dikopek..
Buah salak..
Buah salak ni.. mungkin masih ada orang yang belum kenal ataupun tengok. Kulit buahnya seakan2 buah kelubi atau asam paya.. tapi rasa isi buah salak adalah manis bagi yang sudah masak berbanding buah kelubi yang masam dan hanya sesuai dibuat jeruk ataupun makan 'collek' kata orang Trengganu . Buah salak ni biasanya orang makan macam tu jer. Ada juga terjual yang sudah dibuat jeruk. Bagi penggemar buah salak.. pasti akan terliur bila tengok buah ni...


Gambar2 ni sebenarnya dah lama diambil.. cuma sekarang berkesempatan diedit dari digicam. Gambar2 ni masa MaDiHa balik kampung hujung April-awal Mei baru ni.. Ambil gambar pun dah senja sebab masa tu sibuk sangat. Dah nak balik ke PJ baru ler sibuk nak petik salak. Nyamuk usah kira ler.. tapi hubby ku selamba jer dengan singlet dia..

Kalau dikenang2 sebenarnya ada cerita sedih pasal buah salak ni. Sebenarnya pokok2 salak kat umah mak MaDiHa tu.. arwah ayah & ma yang tanam. Arwah memang terlalu gemar makan buah salak. Pasal tulah dia bersungguh2 menyemai benih yang diberi oleh pak saudara dari Terengganu. Dari benih sampailah pokok tu membesar arwah jaga dengan baik. Tapi sayangnya bila pokok salak ni mula berbuah.. arwah ayah tak sempat merasa sebab dia terlebih dulu pergi meninggalkan kami buat selama2nya . Ma cerita.. masa mereka sama dok menanam salak ni.. arwah ayah ada cakap pada ma.. "kita tanam pokok ni untuk anak2 cucu kita.. kita sendiri belum tentu sempat merasa buahnya.. " Nampaknya kata2 arwah benar2 jadi kenyataan.. ternyata arwah memang tak sempat merasa sedikit pun buah salak yang dia tanam. Tapi tak apalah.. walaupun dia tak dapat merasa buahnya... Arwah tetap mendapat bahagiannya.. sebab tiap kali buah salak ni disedekahkan pada jiran2 atau kawan2... mudah2an.. akan tertulis pahala buat arwah sebagai sedekah jariah.

Sebenarnya ada lebih kurang 100 pokok salak yang arwah tanam disekeliling & belakang rumah.. memang tak habis dimakan.. puas sedekah kat jiran2 dan ada juga yang dijual. Kalau MaDiHa balik kampung.. kawan2 kat PJ ni ada juga yang menempah mintak beli sebab kata mereka salak ni lebih manis dari yang dibeli kat pasar malam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net