Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jul-2007 02:33 Email | Share | Bookmark
Chip Havana Cookies & Pumpkin Seeds Cookies

Chip Havana Cookies b4 bakar
untuk Naknie..
Pumpkin Seeds Cookies
Pumpkin Seeds Cookies b4 bakar..
Ole ole dari Penang
Jeruk Salak
Jeruk buah pala dari Penang..
Buat cookies ni sebab nak bagi kat cousin anak Sujah (Farhani a.k.a Naknie) yang nak pegi Penang hari Sabtu 30 Jun baru ni sebab dia dapat masuk UiTM kat sana. Mula2 MaDiHa buat Chip Havana Cookies khas untuk dia.. pastu selang 2 hari bila cookies kat rumah dah abis.. Dini suruh MaDiHa buat lagi.. oleh kerana stok walnuts dah abis.. MaDiHa bubuh biji labu @ pumpkin seeds sebagai ganti selain choc chips. Tapi kali ni MaDiHa ikut resepi dalam majalah pulak. Sedap gak guna biji labu ni.. lemak2 gitu rasanya. Resepi Chip Havana Cookies pula MaDiHa ambil dari FP Nina.. tq Nina untuk resepi ni.. (maaf ya.. MaDiHa ubah cara penyediaan seperti membuat biskut biasa) dan Pumpkin Seeds Cookies pula dari Majalah Rasa.. resepi asal ialah Walnut Cookies. Rasa kedua2nya seakan2 sama cuma rasa kekacang je lain.


CHIP HAVANA COOKIES
Sumber : Nina

Bahan2
150 gm tepung hong kong/tepung pau (MaDiHa guna tepung gandum je.. agak keras mungkin sebab tepung tu.. lain kali kena kurangkan ke 140 gm)
100 gm mentega
100 gm gula castor (Lain kali kurangkan ke 70-80 gm sebab manis sangat pd tekak MaDiHa)
1 biji kuning telur gred b (MaDiHa tambah)
100 gm cip coklat
50 gm kacang hazel - dicincang (MaDiHa guna 30 gm walnut + 30 gm biji matahari - bakar dulu hingga masak tapi mesti bakar berasingan yer)
10 gm serbuk koko
1 sudu teh esen vanila

Cara
Satukan kesemua bahan di atas menggunakan mixer pada kelajuan sederhana hingga semua bahan sebati. Gunakan sudu dan letakkan di atas dulang pembakar. Bakar selama 20-25 minit (awasi jangan sampai terhangit - karang pahit lak biskut anda) atau sehingga masak. Tekstur biskut akan sedikit lembut tp ia akan mengeras selepas disejukkan. Biskut ini rangup. Sesuai utk kudapan ringan.

Cara MaDiHa
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. masukkan tepung dan serbuk koko sambil diuli hingga rata. Kemudian masukkan coklat chips & kekacang walnuts dan sun flowers seeds tadi. Bentukkan bulat2 dan tekan dengan garfu. Bakar dlm 20 minit suhu 175C.


PUMPKIN SEEDS COOKIES
Sumber : Majalah Rasa

Bahan2
100 gm mentega
70 gm gula kastor
10 gm kuning telur (MaDiHa guna 1/2 biji kuning telur gred A)
140 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko (boleh kurangkan ke 10 gm kalau takmau rasa pahit sangat)
50 gm walnut cincang (MaDiHa guna 30 gm biji labu & 30 gm chips coklat)
coklat masakan utk hiasan (tak bubuh pun)

Cara2
Bakar dulu biji labu hingga masak .. masa bakar tu biji labu akan meletop2 melenting dlm oven.. hehe.. bila dia dah senyap dah tak melenting2 dlm oven tu maknanya dia dah masak ler tuu bolehlah keluarkan dan sejukkan )
Pukul mentega & gula hingga kembang.
Masukkan telur dan pukul lagi
Masukkan biji labu dan chip coklat dan gaul rata.
Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh yg lembut.
Boleh dicanai dan terap atau bentukkan sesuka hati.
Bakar anggaran 15 - 20 minit suhu 175C.

Ole-ole dari Penang.. Jeruk Buah Pala & Jeruk Buah Salak...

Bila Sujah balik dari Penang selepas dah settle semua urusan kat sana... ada ler dia bagi ole-ole dari Penang.. apa lagi.. mesti ler jeruk buah pala yg popular kat Penang tu.. ni favourites hubby.. selain tu ada gak jeruk buah salak... yum yummm... (laaa baru semalam update gambor salak ) Pada Sujah.. terima kasih daun keladi utk ole-ole tu yer...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net